25 August 2014

Petua dan Doa untuk Mendapatkan Zuriat

Jodoh, rezeki dan zuriat adalah rahsia Allah yang kita sendiri tidak tahu dengan siapa bakal menjadi suami/isteri kita, apa pekerjaan kita, berapa orang zuriat kita. 

Bercakap soal zuriat, saya sendiri diuji Allah dalam kesukaran mendapatkan zuriat. Hampir 2 tahun lebih berusaha, akhirnya Allah mengurniakan seorang zuriat perempuan pada tahun ketiga perkahwinan. 2 tahun pun dah rasa cukup lama. Apatah lagi pasangan lain yang menanti sehingga 10 tahun. Semoga Allah memberikan hati yang kuat untuk mereka. 

Tunggu 2 tahun lebih pun berlinang air mata tau. Tengok kawan-kawan dukung baby, terasa juga kan?Allah uji sebab Dia tahu kita kuat. Dah dapat tahu pregnant pun dalam hati masih rasa tak selamat selagi tak tengok baby keluar. Fikir macam-macam sebab dah tunggu lama kan. 

Selain mengamalkan pemakanan shaklee, saya juga mengamalkan doa dan amalan lain yang membantu kami mendapatkan zuriat. Allah suka hambaNya yang berusaha kan? Tambah pula saya ni PJJ dengan husband. Kena pandai rebut peluang. Lalalala..

Yang ni saya bagi petua biasa-biasa je. Yang luar biasa segan ler nk kongsi. Hikhik..

Antara doa yang saya amalkan : 

1) Doa mendapatkan zuriat 

Doa ini saya baca setiap kali selepas solat. Baca selalu. Allah suka hambaNya yang meminta pertolongan dariNya. 



2) Zikir Ya Musawwir (Yang Maha Membentuk)

Saya jadikan zikir ini amalan setiap masa yang terluang. Sambil iron baju, Sambil basuh pinggan, dan yang penting selepas bersama. Mengiring ke kanan, zikir Ya Musawwir sambil niat dalam hati moga Allah membentuk janin dalam rahim saya. Bila dah dapat tahu mengandung saya amalkan zikir al-mubdiu. Zikir ni untuk elakkan dari keguguran. 

3) Doa 12 pintu rezeki 

Setiap pagi sebelum memulakan pekerjaan saya baca doa 12 pintu rezeki, kemudian saya baca doa mendapatkan zuriat seperti diatas. Bagus doa ni. Sampai sekarang pun still baca lagi. 


4) Bersedekah 

Setiap kali saya melihat post di facebook memerlukan sumbangan terutama kanak-kanak yang sakit saya akan menghulurkan sedekah walaupun hanya jumlah yang paling minima. Sebab saya yakin sedekah membuka jalan untuk saya menerima lagi banyak. Dan kena rajinkan diri ziarah baby baru lahir. Amik berkat orang kata. 



5) Berdoa untuk ibu mengandung 

Tengok ibu mengandung terasa sangat teruja. Ibu mengandung ni walaupun perut besar tapi comel je kan. Saya suka sangat. Saya amalkan doa untuk dia moga Allah memudahkan segala urusan bersalin dan memberi saya peluang untuk turut merasai perasaan mengandung dan melahirkan. 


Yang ni semua antara sebahagian dari usaha kami, yang penting usaha..usaha..usaha..Jangan putus asa. Sedangkan nabi Zakaria pun Allah uji dengan kesukaran mendapatkan zuriat, apatah lagi kita ini yang hanya manusia biasa. 

Lagi satu saya install Period Tracker dalam phone. Senang nak trace bila sepatut period, bila time subur. Sebab saya memang tak reti nak kira. 





Selamat Mencuba. Semoga Allah memberikan zuriat untuk kalian juga..
Nak tahu petua yang luar biasa, kena tanya personally. i malu la..:-)

Terima Kasih

19 August 2014

Bahaya GOUT !

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik ialah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 


Tanda Gout

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerapkali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehingga geseran dengan selimut pun akan merasa sakit yang sangat menyeksakan. Kesakitan mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Gout boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. 

Komplikasi 

Asid urik boleh berkumpul dibawah kulit dan membentuk benjolan di panggil 'tophi". Dalam saluran kencing, ia boleh berkumpul menjadi batu karang. Pengidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan yang lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes. 



Rawatan

Gout adalah satu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. 

Rawatan serangan akut

  • Rehatkan sendi semasa serangan gout
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my

Credit to : My Health Portal



Terima Kasih

18 August 2014

Awas, Simptom Penyakit Buah Pinggang


TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.

Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang -  kegagalan akut dan kronik - akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.


Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.

Apabila seseorang misalnya sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.

Kulit gatal berpanjangan

Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.

Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis. Kerosakan buah pinggang peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit

kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.

Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.


Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya ubat pengawal paras kolesterol jenis statin dikatakan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan buah pinggang.

Sila semak British Medical Journal (2010) di bawah laporan berjudul Unintended effects of statins in men and women in England and Wales: population based cohort study using the QResearch database.


Semaklah butiran yang tercatat pada label ubat pengawal kolesterol anda atau ahli keluarga anda. Ramai tidak tahu sebahagian besar preskripsi ubatan pengawal kolesterol adalah daripada keluarga statin!


Jika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika mengalami tanda atau simptom yang lain seperti didedahkan dalam artikel ini.

Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah.

Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk air kencing berbuih, kerap kencing pada waktu malam, semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.


Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap.

Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain. Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai

menyebabkan seseorang kerap buang air kecil.

Kerap buang air kecil juga boleh berpunca daripada stres kronik, lemah syahwat, masalah ereksi, terlalu kerap melakukan hubungan biologi serta sering melancap (beronani).

Perubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut.

Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.


Bengkak air

Seperti dinyatakan di atas, fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh.

Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.

Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.

Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).

Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.

Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.

dada. Kulit semakin kering dan gatal. Semakin kerap atau sukar untuk buang air kecil.

Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.


Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.

Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut.

Apabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti hilang selera makan, loya, muntah, melayang-layang, lesu kronik, sukar fokus, insomnia, sakit kepala, berat badan berkurangan, kulit gelap, kejang otot, sukar bernafas dan sakit

Terdapat pelbagai punca kerosakan buah pinggang termasuk yang utama ialah paras gula yang sentiasa tinggi seperti dialami oleh penghidap diabetes.

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.

CREDIT TO : SINAR HARIAN (26 MAC 2014)

Terima Kasih

15 August 2014

Haid Penunjuk Kesuburan


Kedatangan haid menjadi petunjuk seorang gadis itu sudah mencapai usia balighnya dan secara automatik menunjukkan sistem reproduktifnya sudah mula berfungsi. Proses haid ialah membuang keluar darah, mukus dan sel mati dari dinding rahim. Proses ini berlaku dalam tempoh tetap daripada masa akil baligh hinggalah menopous (putus haid) kecuali ketika wanita mengandung dan menyusu. 

Gangguan haid seperti aliran darah yang banyak, tempoh haid yang terlalu panjang, waktu didatangi haid tidak tepat, kesakitan semasa haid perlu diberi perhatian serius kerana ia mungkin petunjuk ketidakseimbangan hormon terutama bagi wanita yang berusaha untuk hamil. 

Faktor lain yang mempengaruhi gangguan haid ialah ketidakseimbangan hormon, stress, obesiti, kurang berat badan, PCOS, tiroid dan peningkatan hormon prolaktin. 




Tempoh Kitaran Haid dan Proses Ovulasi 


Proses ovulasi (pengeluaran telur) memainkan peranan penting dalam menentukan kitaran haid. Satu kitaran haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. 

Satu kitaran kebiasaannya diantara 28 hari hingga 30 hari. Walau bagaimanapun, ada sesetengah yang mengalami kitaran yang panjang iaitu 35 hari. Kitaran yang normal adalah diantara 21 hari hingga 35 hari. Waktu subur untuk kitaran 28 hari ialah hari ke 14, manakala waktu subur untuk kitaran 35 hari ialah hari ke 17. 


Kenapa pentingnya ovulasi?


Ovulasi merupakan tempoh subur seseorang wanita yang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Sebab itu setiap wanita perlu mencatat kitar haid masing-masing seperti tarikh mula datang haid dan tarikh akhir haid bagi memudahkan perkiraan tempoh haid dan waktu subur. 




Sekarang, dalam teknologi yang makin canggih aplikasi kiraan haid boleh didownload dengan mudah di telefon anda. Aplikasi yang saya gunakan untuk kitaran haid ialah period tracker. Saya gunakan semasa dalam usaha mendapatkan zuriat juga sampai sekarang. Sangat mudah dah user friendly. Boleh install dari PlayStore di Android anda. 





Untuk merawat masalah ketidaksuburan, anda boleh mencuba GLA Complex. 

Terima Kasih

13 August 2014

GLA dan Kesuburan




GLA atau Gamma-linolenic Acid adalah sejenis asid lemak yang didapati dari beberapa sumber tumbuhan, antara yang paling popular adalah dari sumber Evening Primrose. 

Evening Primrose mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan khususnya yang melibatkan masalah-masalah kewanitaan seperti menopous dan Pre-Menstrual Syndrome (PMS). Salah satu khasiat EPO yang diketahui umum adalah kecantikan kulit. 

Namun, tidak ramai yang mengetahui khasiat EPO untuk kesuburan. 

Bagaimana GLA membantu meningkatkan KESUBURAN?


GLA dapat membantu membantu menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kitar haid seperti pemakanan, hormon, tekanan dan lain-lain. Kitar haid yang teratur mungkin merupakan salah satu petunjuk bahawa diri seseorang wanita itu mempunyai masalah sistem reproduktifnya. 

Jika kitar haid wanita tidak teratur, ia merumitkan usaha untuk meramal waktu subur dan secara langsung merendahkan peluang untuk hamil. 

GLA membantu dalam prosel penghasilan mukus serviks yang berkualiti dan juga meningkatkan kuantitinya. Mukus serviks yang berkualiti akan membantu pergerakan sperma menuju ke uterus dan seterusnya mensenyawakan ovum. Jika hubungan kelamin dilakukan lebih awal dari tarikh jangkaan ovulasi, dengan perantaraan mukus serviks yang berkualiti, ia membolehkan sel-sel sperma dapat hiudp dalam tiub fallopio sehingga 5 hari sebelum berlaku ovulasi. 

GLA juga membantu mengatasi senggugutSenggugut terjadi apabila kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA. 

GLA dapat menguatkan plasenta dan meningkatkan lapisan uterus yang mewujudkan persekitaran yang baik bagi membantu telur disenyawakan. 

Persekitaran rahim adalah tempat dimana bertemunya sperma dan ovum. Oleh itu, persekitaran memainkan peranan yang penting bagi memastikan proses persenyawaan berlaku dengan baik. 

Berminat dengan lain-lain produk shaklee yang membantu kesuburan? 
Boleh lihat di sini ---> SET KESUBURAN SHAKLEE


Saya Agen Shaklee Pilihan Anda 
sms/whatsapp/wechat 0199879347
COD : Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Losong, Manir 



Terima Kasih

12 August 2014

Senarai Harga Produk SHAKLEE

Disini saya senaraikan HARGA RUNCIT bagi produk Shaklee untuk memudahkan anda membuat rujukan:




Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan HARGA AHLI?

Bagaimana?

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran keahlian sebanyak RM65 (seumur hidup) atau membuat pembelian RM670 (200 points) untuk mendapat KEAHLIAN PERCUMA. Saya akan uruskan pendaftaran anda sekiranya berminat. 




Terima Kasih

Jatuh Cinta dengan SHAKLEE Part 2

Dari jam 3 pagi tu tak tido sampai la pergi kerja. Tapi mata memang tak mengantuk. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ini. Belum bagitau husband lagi time ni. Takut false result ke apa kan.

Mai keje saya bawak UPT tu dan tunjuk kat 1 of my friend yang saya anggap macam kakak. Dia tengok tu, memang terkejut dan cakap memang saya pregnant. Dia suruh saya pi klinik untuk sahkan. Hari senyum sedunia untuk saya. :)

Waktu rehat saya keluar ke klinik. Doktor scan memang lum jelas lagi kelihatan cuma nampak macam titik gitu. Alhamdulillah memang saya pregnant 6weeks +

Teruja. Sangat teruja. Ambil gambar UPT double line tu dan whatsapp kat husband. Mula-mula dia macam tak tahu nak baca UPT tu. Pastu then dia tanya, "honey pregnant ke?". hihi..Kami syukur sangat pada Allah atas nikmat yang tak terhingga ini. Sungguh kami menantikan saat ini dari awal dulu. 

senyum simpul tu hah..:)

Alhamdulillah, 2 3 hari selepas itu dapat pulak berita gembira. Saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. 

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..


.....nanti saya kongsi sedikit petua dan usaha kami untuk mendapat zuriat selain mengamalkan pemakanan SHAKLEE. 

Untuk keterangan lanjut mengenai SET KESUBURAN SHAKLEE, anda boleh lihat disini Set Kesuburan Shaklee


Terima Kasih

Saya Kurus dengan SHAKLEE

Wanita memang sangat sinonim dengan KURUS dan CANTIK kan? Kadangkala sanggup melabur demi untuk cantik dan kurus. Kurus ni sangatlah subjektif. Ada yang memang suka tubuh badan sedikit berisi, ada yang suka sedang-sedang elok sahaja. Terpulang atas diri masing-masing. 

Untuk anda yang ingin menurunkan berat badan, saya sangatlah berbesar hati untuk membantu anda. Yang penting anda mesti SABAR dan DISIPLIN.


Tengok dia ni..Gigih nak turunkan berat badan dan sangat disiplin dalam pengambilan vitamin. Hanya mencuba SET KURUS BAJET je. Alhamdulillah. Dalam masa sebulan lebih mencuba, dia berjaya. Tahniah untuk dia. Hihi. 

Apa itu SET KURUS BAJET?

ALFALFA + LECITHIN ----> KURUS dengan LOW BAJET


Bagaimana ALFALFA dan LECITHIN membantu anda untuk KURUS?


LECITHIN bertindak sebagai Pengelmulsi Lemak : 
* bertindak sebagai detergent ke atas lemak-lemak dengan memastikan lemak terapung dalam saluran darah dan tidak melekat pada dinding membran. 
* menurunkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik
* membersihkan saluran darah

ALFALFA bertindak membawa dan membuang lemak-lemak dan lebihan air dalam badan. Selain itu. Alfalfa bertindak membuang toksin dalam badan dan badan akan rasa lebih ringan. Alfalfa juga mengandungi enzim yang membantu penghadaman makanan. 

Untuk KURUS : 
Kena DISIPLIN ! Jangan depends kepada figure pada alat timbang sebab Shaklee tidak pecahkan otot, tetapi ia pecahkan lemak. Turun 200- 500 g seminggu is good enough. :)

Harga ?
Memang tersangat MAMPU MILIK


Tak cuba tak tahu kan?
Dapatkan khidmat nasihat PERCUMA dari saya.
------------------------------------------------------------------
sms / whatsapp / wechat 0199879347
COD :
KUALA TERENGGANU, WAKAF TENGAH, MANIR, GONG BADAK, LOSONG 



Terima Kasih

10 August 2014

Jangan Ambil Mudah dengan PCOS !


Ramai wanita menganggap kitaran haid tidak teratur adalah pekara biasa dan tidak mengambil perkara ini secara serius. Malangnya, masalah ini mungkin menjadi punca kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Kitaran haid yang tidak menentu antara gejala seseorang wanita mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) yang merupakan punca lazim menyebabkan wanita itu kurang subur. 

PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 

Ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal. Bahkan gadis seawal usia 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur, gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan dan pertumbuhan bulu roma yang luar biasa juga merupakan simptom awal PCOS. 

PCOS boleh menggangu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular. 

Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak dan mengandungi sista kecil didalamnya. 

Rawatan PCOS : 

1) Ubat 
Pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai untuk wanita langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali stau enam kali sahaja. 
2) Pembedahan 
Pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi 
3) IVF
Jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF. 


Terima Kasih

Selsema Cepat Sembuh dengan Vitamin C

Saat selseme menyerang, memang tak boleh nak buat apa dah. Mata macam tak leh bukak. Rasa nak tidur je. Tak selesa sangat dengan hingus meleleh, tekak sakit. Ni baru sekecil-kecil ujian. 

Saya telan 3 biji Vitamin C sehari sebelum tidur. Dalam masa 2 hari selsema inshaAllah sembuh. Dengan izin Allah jua kan.



Kesan sampingan lain sekiranya mengambil SHAKLEE Sustained Release Vitamin C Plus : 

  • Membentuk Kolagen 
    • Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan 
    • Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering dan kasar. 
  • Peningkatan Sistem Imun 
    • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, meningkatkan sistem imun 
  • Memerangi Kanser 
    • Satu-satunya anti oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh 
  • Mencantikkan kulit 
    • Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmentasi adalah penyebab utama kulit berjeragat. 
  • Memperbaiki Insomnia 
    • Memperbaiki insomnia (sukar tidur malam), stress dan masalah mental 
  • Mengekalkan kolestrol sihat 
    • Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan hidung, pendarahan serebral dan skurvi. 
Antara testimoni pengguna tegar Shaklee Vitamin C : 







Sebotol Sustained Release Vitamin C tahan sehingga 6 bulan. 
Hah? tak percaya? 
Memang kena percaya. 


Saya Agen Shaklee Pilihan Anda 

Wan Anida 
0199879347
COD sekitar Kuala Terengganu, Losong, Manir, Gong Badak juga Shah Alam 


Terima Kasih

7 August 2014

Luka Jahitan Bersalin Normal ~ EPISIOTOMI


Episiotomi adalah prosedur melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum. Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hingga ke punggung.

Ia proses yang tidak menyakitkan, bagaimanapun proses pemulihan luka episiotomi terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan ada yang mengeluh sukar duduk, berjalan, membuang air kecil dan besar.

Bagaimanapun, kini episiotomy tidak lagi menjadi sebahagian rutin proses bersalin. Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh. Apatah lagi ia meningkatkan kesakitan perineal sepanjang tempoh berpantang, menimbulkan masalah ketika membuang air besar jika episiotomi di garisan tengah dilakukan dan menyebabkan masalah tumpah darah (post-partum hemorrhage).

Ada beberapa faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi iaitu :
*Bahu bayi tersekat.
*Bayi bersaiz besar.
*Otot perineal yang keras dan tidak anjal.
*Koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.
*Timbul masalah stress kepada bayi ketika proses meneran

Tip kurangkan sakit jahitan episiotomi


  1. Mandi air suam dapat membantu. Pastikan anda tekap bahagian yang dijahit perlahan-lahan dengan tuala lembut dan bersih.
  1. Dedahkan bahagian terbabit ke udara selama 10 mnit sekali atau dua kali sehari supaya ‘pengudaraan’ berlaku.
  1. Jika sakit untuk duduk, gunakan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donat di atas kerusi.
  1. Gunakan pad gel dingin. Kedinginan akan mengebaskan bahagian jahitan dan mengelakkan daripada bengkak.
  1. Simpan tuala wanita yang akan digunakan dalam peti sejuk terlebih dahulu.
  1. Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar. Ia dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda.
  1. Amalkan senaman lantai pelvik untuk melancarkan peredaran darah di bahagian berkenaan. Ia berkesan untuk menyembuhkan luka dengan segera.
  1. Berjalan sekerap mungkin juga membantu peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  1. Sekiranya perlu, ambil paracetamol 1000mg setiap enam jam jika terlalu sakit.
  1. Jika sakit dialami berterusan, segera dapatkan pemeriksaan doktor kerana dibimbangi luka anda terkena jangkitan kuman.
Credit to : Pa & Ma


Terima Kasih

6 August 2014

Tiada lagi ROKOK dengan VIVIX

Pagi tadi office mate saya cerita yang ayah dia dah kurang merokok. Ayah dia bukan hisap rokok Dunhill pun, just rokok daun je. Orang kata rokok daun lagi bahaya kan?

Bagus anak ini, ikhtiar untuk ayahnya berhenti merokok. Alang-alang dah promo VIVIX bulan lepas kan. Tadi dia kata Alhamdulillah ayah dia dah kurang merokok. Belum berhenti lagi. Tapi dalam proses berhenti. Semoga Allah mudahkan niat anaknya untuk lihat ayahnya sihat tanpa merokok. 

APA KANDUNGAN DALAM SEBATANG ROKOK?

Haa, tengok? apa yang suami anda hisap? apa yang ayah anda hisap? Semua kandungan yang merbahaya yang mengundang pelbagai penyakit kronik. 


BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PEROKOK BERHENTI MEROKOK?
-Antioksidan yang tinggi yang dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok.
-Vivix yg kaya antioksidan mampu mengurangkan ketagihan nikotin
-Antioksidan yang mampu meindungi dan memperbaiki serta membuang DNA yang terjejas akibat nikotin.
- Vivix juga membuatkan rokok menjadi pahit


KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VIVIX
Anda akan merasa kelainan yang luar biasa pada badan anda. lebih bertenaga dan merasa muda 20 tahun!
kesan sampingan pada kulit yg akan menjadi makin cantik, mata yang semakin cerah dan mampu merawat penyakit seperti barah, kencing manis dan darah tinggi.

KOS YANG BOLEH ANDA SIMPAN SEKIRANYA BERHENTI MEROKOK
Sekotak rokok RM 12.00 x 30 hari = RM 360

Sedangkan VIVIX RM475 (harga bukan ahli) tahan sehingga 2 bulan. 
Hanya sesudu sehari kesan sehingga ke DNA kita. 

Mana lagi berbaloi? Tepuk dada tanya rokok?:)


Saya Agen Shaklee Pilihan Anda 
Wan Anida 
0199879347
COD sekitar Kuala Terengganu, Losong, Manir, Gong Badak juga Shah Alam 

Terima Kasih

5 August 2014

Jatuh cinta dengan SHAKLEE Part 1

Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat sebagai penyeri kehidupan rumahtangga juga sebagai penyambung keturunan. Begitu juga saya dan suami. 

Alkisahnya, kami berkahwin pada Februari 2011 tetapi masih belum dikurniakan zuriat selepas setahun berkahwin. Saya dan suami merupakan pasangan PJJ. Saya di Terengganu, suami di Shah Alam. 

Boleh dikatakan setiap hari saya google produk kesuburan, doa mendapat zuriat, petua dan amalan mendapat zuriat. Semua kitorang buat yang doa dan petua tu. Berubat kampung dan mengurut pun saya cuba demi untuk zuriat. 


Akhirnya, pada Februari 2013 saya tekad untuk mencuba produk SHAKLEE. Google punya google, saya memilih untuk ikthiar dengan SET KESUBURAN SHAKLEE. Ikhtiar dengan meletakkan sepenuhnya harapan pada Allah agar mengurniakan kami berita gembira. 


Best sangat bercuti kat sini. Nak datang lagi..:)
Haaa..tengok ni. Sedapppp...

Last period saya 16 Mei 2013. Kitorang pun baru balik bercuti dari Kota Kinabalu pada 9 Mei tu. Ingatkan balik honeymoon tu lekatlah. Tup tup si peot pun datang. Alahai, lum rezeki lagi. Lepas tu kita sibuk mengundi pulak kan. 

Saya ni memang jenis period tak berapa nak stabil. Bulan 6 tu tak datang period lagi, tapi masih buat tak tahu. Saya turun Shah Alam kebetulan nak jumpa suami, siap bawak lagi UPT konon nak test time suami ada. Disebabkan perasaan rasa tak mengandung tu kuat, so bawak balik la UPT tu. Dah puas rasa kecewa sebab UPT single line. Hihi.

Balik Terengganu meneruskan kehidupan suami isteri jarak jauh..huhu. Pada 23 June tetiba terjaga jam 3 pagi sebab nak terkucil. Tapi teringat dah 10 hari terlewat period, so amik la UPT untuk test. 3 pagi tu..hihi..bukan excited tapi orang kata test urine pertama pagi tu. Baru elok line naik katanya. :)

Dah selesai tu dalam keadaan mata tak berapa nak bukak sebab mengantuk, amiklah UPT dan tengok. Allahu..Subhanallah..Alhamdulillah...Betul ke ni? Betul ke ni?

Rasa nak selam muka dalam baldi. Sungguh nikmat Allah yang sangat berharga. Allah tahu bila masa yang tepat untuk kita kan? Allah ganjarkan kita setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. 

Tak pernah saya dapat double line sepanjang 2 tahun lebih usia perkahwinan. Ini kali pertama. Ambil wuduk dan sujud syukur. 

"Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?"
[Surah Ar - Rahman : 13]

Sudahnyaaa...terus tak tido sampai pagi. Senyum memanjang..Walau dalam hati masih rasa macam tak percaya..:) : ) :) 

....will be continue Part 2





Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign