27 January 2015

Mashed Potato Cheese Baked

Dah ada oven baru ni, semangat masak pun berganda-ganda meningkat 500%. hahaha. Semangat sungguh nih. 

Ari jumaat tu pi la Nirwana beli bahan-bahan nak masak. Dalam kepala nak buat Potato Baked. Tengok orang post sana-sini. Tak pernah makan lagi. Tapi nampak macam shedapppp jee..Kecur liur i tau. I ni pantang tengok makanan. hahaha.. 


credit pic to salmikhairil.blogspot.com

Tu dia rupa Potato baked ye. Sedap kan? huhu. Nak buat pun macam mudah je. Cuma jadi ke tak tu yang tak tahu. hoho. 

Saya rebus la giant potato tu. Resepi memang dah google sesiap dah. Rebus sekali dengan kulit ye. Basuh bersih-bersih dulu. 

Ralit dodoi anak kat depan. Lama pulak pi rebus potato tu. At last. Dah masak potato tu. Acaner nak buat potato baked. ish3. 

Saya pun reka la buat resepi lain guna potato tu ---> MASHED POTATO CHEESE BAKED

Dah alang-alang masak betul si potato tu. Kita lenyek buat mashed potato. Letak susu segar dan lada hitam. 

Untuk inti : 

1) Panaskan butter dan tumiskan bawang putih + bawang besar holland yang dipotong dadu

2) Masukkan daging kisar/ayam kisar. Goreng hingga masak. Masukkan cendawan, sosej dan tomato puree. Saya suka guna brand Duchef. 

3) Masukkan lada hitam + serbuk kari. Saya tambah cili padi sket. I suka pedas. 

4) Masukkan lada benggala dan tomato. Tutup api. 

Amik loyang, sapukan butter. Layerkan dengan mashed potato. Kemudian letak inti. Saya lapiskan dengan cheese slice dan ceddar cheese + mozarella cheese. 

Kemudian ulang lagi. layerkan dengan mashed potato dan inti. Tabur cheese dan bakar.

Saya guna suhu 100c dan masak selama lebih kurang 25 minit. 


Ok, ni rupa bila dah siap ye. Sekejap je ngap dah abis. Ish3. Saya suka masak bila orang teruja makan. Seronok tau..:)

Terima Kasih

Oven Baru

Semangat memasak tahun 2015. Semangat menambah berat badan. hahaha. Pantang tengok makan, meleleh air liur. aduhhhhh...

Lama juga amik masa pikiq nak beli ke tak oven. Since kat umah mak tu ada microwave oven je. Selalu ok je masak guna microwave oven. Cuma kalu nk lagi sedap memang kene guna Oven. Asalnya nak cari brand Butterfly je. Brand ni memang dah terkenal dengan oven sejak beratus tahun dulu. Lagipun brand mampu milik..:)

Kalau macam ni 10 liter RM109 kat lazada.com

Punya la lama bertangguh nak beli oven, last2 satu hari di tahun 2015, ajak la encik suami yang kebetulan balik minggu. Mula-mula pi jalan-jalan round bandar je. Cari mainan tuk princess kecik tu. Otw balik tu teringatlah ada terbaca sakla (flyers) sale kat kedai elektrik Panaletrik. Sale last day aritu je. Ape lagi, aruk la encik laki pi singgah sat. 

Pusing-pusing dalam kedai tu yang ada hanya brand Morgan yang paling mampu milik. 20 liter RM103. Brand Morgan ni bagi saya sangat ok. Saya pernah guna portable air-conditioner brand Morgan. Alhamdulillah masih berkhidmat dengan baik sehingga sekarang. Kiranya dah hampir 3 tahun. 

Ni rupa oven yang saya beli. Ok la untuk masak bagi family makan.


So, decide la beli. Pusing-pusing lagi tengok ada heater elektrik brand Morgan jugak. Mak kat umah ada cakap nak beli kettle sebab yang kat umah macam nak ok tak ok dah. So, tambah lagi satu item, Stainless Steel Kettle Jug. Dapat harga RM45 dari harga RM88. Memang berbaloi dah tu. :)

Ni kettle stainless steel tu. Cantik kan? Suka sangat mak i..:)


Ok, bungkus2 then balik umah. Abis melayang RM148 aritu..:)




Terima Kasih

19 January 2015

IBU, saya TAK NAK sayur !



Kajian Jurnal Pediatrik 2014 mendedahkan apa sahaja makanan yang diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia mereka satu tahun akan menjadi sebahagian daripada gaya pemakanan mereka secara berterusan ke masa hadapan. 

Oleh yang demikian, kanak-kanak harus didedahkan dan dididik dengan makanan mengikut keperluan dan seimbang dari semua kumpulan makanan. Bagaimana caranya?
Kedengaran agak sukar namun tidak mustahil sekiranya ibu bapa pandai memainkan peranan dengan menunjukkan contoh yang betul. 

Secara purata, kanak-kanak aktif berusia 2 hingga 3 tahun memerlukan 1000 kalori dan 1200 kalori bagi yang berusia 4 tahun hingga 8 tahun untuk tenaga yang mencukupi dalam masa 1 hari. 

Ibu bapa perlu bijak bermain dengan hidangan yang pelbagai dan berwarna-warni. Ini kerana kanak-kanak sukakan sesuatu yang unik, menarik dan cantik. Jadi, mereka lebih bermotivasi untuk memakan makanan tersebut. 




Haa, cantik kan? Jangan mak yang pi ngap makanan ni sudah..:)

TIPS MENINGKATKAN NUTRISI ANAK-ANAK 

  • Tunjukkan contoh teladan pemakanan yang baik kepada anak-anak
  • Jangan jadikan waktu makan seperti "zon perang"
  • Jadi lebih kreatif 
  • Libatkan idea anak dalam memilih makanan, menu dalam masakan atau di pasaraya
  • Elakkan gangguan seperti tv, iPad atau permainan lain waktu makan

Selamat Mencuba..:)



Terima Kasih

8 January 2015

Ahlan Wasahlan 2015

Assalamualaikum w.b.t,

Wahhhhhhhhhh...lamanya saya tak menghupdate. Bersawang-sawang dah i punye blog ni hah. Aduh, bizi sungguh aih..alah PM. :)

Apa khabar semua warga blogger?

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik jua dalam rahmat Allah sentiasa. 

Sebut je tahun baru, mesti ada azam baru kan?Azam lepas pun ada lagi yang carry forward ke tahun ni. Saya ler tuuuuu..kikiki.

Banyak azam saya tahun ni : 

1. Rahsia
2. Rahsia
3. Rahsia

Nantilah saya citer next post ye. Koya artis gini ler. Hohoho. 

RATAPAN 2014

Mac 2014...

Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...



Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...


Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...


Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...


Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...


Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...
Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...
Source : Copy & Paste :)

Banyak ujian yang Allah berikan untuk kita semua, tanda Allah mengingatkan kita akan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Allah, Ampuni dosa kami semua. Jangan matikan kami dalam kekufuran. 

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign