Assalamualaikum semua..:)
Lagi 5 hari menuju GST. Bersedia atau tidak, kita tetap kena tempuhi..:(
Disini disertakan senarai barang bercukai dan tidak bercukai untuk panduan. Malas nak komen lebih-lebih. Suara kita tiada harga pun. :(
Untuk senarai penuh boleh check di laman ini LAMAN WEB KASTAM
Pages
▼
26 March 2015
Saya nak HAMIL !
Siapa
yang tidak mahu punya anak selepas mendirikan rumah tangga. Betul tak? Tetapi
sebelum merancang utk hamil, anda mesti mengambil kisah tentang beberapa
perkara. Semuanya demi keselamatan diri bakal ibu dan bayi. Berikut adalah
beberapa perkara yang mesti dipersiapkan sebelum anda disahkan positif hamil.
- Berat
badan
Anda
perlu mengetahui berat badan sebelum mengandung. Sekiranya anda mempunyai berat
badan di bawah normal maka lebih baik tambah berat badan sedikit kerana berat
di bawah paras normal akan mempengaruhi proses ovulasi. Jika anda dalam
kategori berat badan berlebihan, sebaiknya kurangkan dulu berat badan untuk
memudahkan proses ovulasi dan mengurangkan risiko mengalami tekanan darah
tinggi dan diabetis ketika hamil.
- Hobi
melancong
Adakah
anda dan pasangan gemar pergi melancong? Jika ya, segerakan hobi anda sebelum
disahkan positif mengandung kerana anda tidak akan tahu bagaimana keadaan
kesihatan anda ketika hamil.
- Buat
rawatan gigi
Jika
anda mempunyai masalah pergigian, segera lakukan rawatan sebelum hamil. Ini
kerana biasanya rawatan pergigian yang kritikal berisiko dilakukan ketika hamil
bahkan masalah gigi yang teruk dapat meningkatkan risiko jangkitan kuman
seterusnya menyebabkan kelahiran bayi pramatang dan masalah praeklampsia ketika
hamil.
- Tambahkan
pengambilan vitamin
Pengambilan
vitamin sangat diperlukan oleh bakal ibu hamil. Vitamin B sangat penting untuk
mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi. Oleh itu sebaiknya anda
ambil asid folik sebelum merancang untuk hamil.
- Kurangkan
pengambilan kafein
Belajarlah
untuk mengurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi. Jika dulu anda
minum dua hingga tiga cawan sehari, sebaiknya kurangkan menjadi secawan sahaja
dan lama-kelamaan tidak perlu mengambilnya langsung. Ia membantu anda lebih
mudah untuk hamil. Pakar menyarankan ibu hamil mengambil tidak lebih 150mg
kafein sehari.
- Siapkan
bajet
Ini
yang paling penting! Proses kehamilan dan menyambut kelahiran serta membesarkan
anak memerlukan kos yang tinggi. Jadi mulalah belajar menabung untuk memudahkan
belanjawan anda kelak.
- Katakan
tidak pada rokok dan alkohol
Mengambil
minuman keras dan merokok merupakan tabiat yang tidak sihat apatah lagi dalam
kalangan ibu hamil. Ia sudah tentu membahayakan bayi dalam kandungan bahkan
mengganggu kesihatan bakal ibu sendiri. Bahkan ia turut mempengaruhi kualiti
sperma si suami. Oleh itu sebaiknya bakal ibu dan ayah perlu terus berhenti
tabiat buruk ini demi melahirkan bayi yang sihat.
Credit to : Pa & Ma
22 March 2015
Bahaya TOKSIN dalam badan !
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam badan kita. Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal,
tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah),
organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran
(system gastrousus).
Sakit adalah kegagalan tubuh manusia menyingkirkan bahan buangan. Contohnya
Lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia.
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit
adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila
seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa
buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di
dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.
Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?Toksin yang
berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka
juga akan mudah dihidapi penyakit.
Bagaimana toksin terjadi?
- Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat
pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
-Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan
televisyen.
-Merokok
-Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
-Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.
Tanda-tanda seseorang banyak toksin:
1) Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih
tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
2) Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah
lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal
kulit(mari checkup sekarang!..huhuhuhu)
3) Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat,
kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah
tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan
ruang yang tersumbat.
Ada caranya nak buang toksin dalam badan
1) Senaman –Dengan senaman Toksin akan keluar melalui perkumuhan (peluh)
2) Refleksologi – Sebahagian dr toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akn
mendap dibahagian kaki. so disini pentingnya refleksologi kerana menurut
perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60
titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.
4)Berpuasa - Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah
perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat” (H.R. Muslim)
Berminat ikhtiar dengan SHAKLEE ? Saya sarankan ALFALFA untuk anda.
::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda :::::
✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam
20 March 2015
Spageti Oglio Olio Version Melayu
Selamat petang semua..:)
Salam jumaat yang penuh keberkatan dan kerahmatan.
Petang-petang minggu ni tekak menggatal nak makan western. Biru mata i arini u olss.. Pagi tadi dah pi bahan-bahan sebenarnya. Cuma tak tau nak masak ape. Orang kat umah lagi suka carbonara dan bolognese je. Tapi tukang masak terasa nak try oglio olio pulak..
Mana nak dapatkan resepi ye ? Opkos la encik google yang sentiasa baik hati membantu.
Resepi dah dapat, pi dapuq siapkan bahan. Cumanya udang takde. Kepah pun takde. Encik sutum je yang ada. Tak apa. Bahan tak cukup tak semestinya tak jadi kan. Yang penting rasa tu sedap. Haha.
Ni bahan-bahannya :
Spagetti (saya guna San Remo)
Seafood (Udang, sotong, kepah)
Mushroom
Oregano, parsley, chili flakes
Cili
Black paper
Bawang putih
Bawang holland
Cara-cara :
Rebus spageti. Letak sedikit garam dan minyak zaitun masa rebus spageti. Rebus seafood dan toskan. Tapi air jangan buang ye. Masukkan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang holland. Kemudian masukkan cendawan. Tumis sekejap. Saya tambah cili kering (gunting kecik2 dalam 2cm). Masukkan 2 senduk air rebusan seafood. Masukkan oregano dan parsley serta garam, blackpaper dan chili flakes. Masukkan lada merah/hijau dan tomato. Last sekali masukkan spageti dan gaul rata. Ok. Siap untuk dimakan.
Salam jumaat yang penuh keberkatan dan kerahmatan.
Petang-petang minggu ni tekak menggatal nak makan western. Biru mata i arini u olss.. Pagi tadi dah pi bahan-bahan sebenarnya. Cuma tak tau nak masak ape. Orang kat umah lagi suka carbonara dan bolognese je. Tapi tukang masak terasa nak try oglio olio pulak..
Mana nak dapatkan resepi ye ? Opkos la encik google yang sentiasa baik hati membantu.
Resepi dah dapat, pi dapuq siapkan bahan. Cumanya udang takde. Kepah pun takde. Encik sutum je yang ada. Tak apa. Bahan tak cukup tak semestinya tak jadi kan. Yang penting rasa tu sedap. Haha.
Ni bahan-bahannya :
Spagetti (saya guna San Remo)
Seafood (Udang, sotong, kepah)
Mushroom
Oregano, parsley, chili flakes
Cili
Black paper
Bawang putih
Bawang holland
Cara-cara :
Rebus spageti. Letak sedikit garam dan minyak zaitun masa rebus spageti. Rebus seafood dan toskan. Tapi air jangan buang ye. Masukkan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang holland. Kemudian masukkan cendawan. Tumis sekejap. Saya tambah cili kering (gunting kecik2 dalam 2cm). Masukkan 2 senduk air rebusan seafood. Masukkan oregano dan parsley serta garam, blackpaper dan chili flakes. Masukkan lada merah/hijau dan tomato. Last sekali masukkan spageti dan gaul rata. Ok. Siap untuk dimakan.
19 March 2015
Tingkatkan peluang untuk HAMIL
Mendapatkan
zuriat menjadi sebahagian daripada tujuan kita berkahwin. Namun, sesetengah
daripada kita tidak hamil dengan mudah dan menyebabkan kekecewaan. Jujurlah
dengan pasangan tentang kekecewaan kita. Kongsikan dan usahakan bersama-sama.
Luahkan perasaan dan bincangkannya secara terbuka. Ini menjadikan perjalanan
kita untuk hamil lebih mudah dan tidak bersendiri.
Kenali diri
Sedar atau tidak, peluang untuk hamil sebenarnya bermula daripada diri masing-masing. Ia terkait dengan kesihatan dan cara hidup. Perhatikan fakta-fakta berikut:
1. Hindari
tekanan dan carilah cara untuk melepaskan tekanan. Lebih baik lagi jika
dilakukan bersama-sama. Bersukan, bersenam, akupuntur dan sesi kaunseling dapat
membantu mengurangkan hormon penyebab tekanan.
2. Sayangi
tubuh badan. Elakkan diet radikal dan pengurangan berat badan mendadak.
Pastikan badan berada dalam julat berat yang sihat (BMI) dengan melakukan
senaman.
3. Amalkan
pemakanan sihat. Kekalkan pemakanan seimbang yang merangkumi semua kumpulan
makanan dan meminum air dengan banyak.
4. Amalkan
pengambilan vitamin termasuk zat besi, kalsium dan asid folik untuk wanita
serta zat besi dan selenium untuk lelaki. Makanan yang tinggi antioksidan juga
baik untuk diambil.
5. Elakkan
sama sekali rokok, dadah dan alkohol. Bagi lelaki, elakkan haba yang
keterlaluan kepada testis seperti memakai seluar ketat, berbasikal yang terlalu
lama dan tub panas.
7. Masa yang
tepat adalah penting dalam meningkatkan peluang kehamilan. Jangan bergantung
kepada kalendar atau carta kesuburan semata-mata tetapi gunakanlah kit ramalan
ovulasi. Perhatikan juga cairan servik. Jika kelihatan seperti putih telur, ia
menunjukkan ovulasi sedang berlaku.
8. Lakukan
persetubuhan sebelum ovulasi. Adalah lebih baik jika sperma telah tersedia
dalam rahim sebelum telur dilepaskan melalui proses ovulasi. Telur hanya
bertahan selama 24 jam manakala sperma dapat bertahan selama 3-5 hari. Lakukan
persetubuhan 2 atau 3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi untuk
meningkatkan lagi peluang persenyawaan. Persetubuhan 3 kali seminggu juga dapat
membantu.
9. Elakkan
ejakulsi sperma beberapa hari sebelum hari subur. Ini dapat membantu
meningkatkan bilangan sperma pada hari yang diperlukan.
10. Sebelum
anda mencuba untuk hamil, jumpalah pakar OBGYN bagi memastikan anda berdua
sihat sepenuhnya. Infeksi yang tidak dirawat, STD atau keadaan kesihatan yang
kurang baik mengurangkan peluang untuk hamil.
Panduan
ketika bersama
Melalui pembacaan, rata-rata tidak ada satu-satu posisi yang telah terbukti lebih baik berbanding yang lain serta dapat meningkatkan peluang untuk hamil. Justeru, adalah lebih baik jika kita teliti beberapa panduan berkaitan peluang kehamilan ketika bersama.
1. Kurangkan
pergerakan selepas persetubuhan. Berdiri selepas melakukannya boleh menyebabkan
air mani keluar. Tunggu lebih kurang 20 minit sebelum bangun dan bergerak.
2. Cuba
kekalkan sperma dalam faraj selama mungkin. Letakkan bantal di bawah pelvis
bagi memudahkan sperma bergerak ke bahagian atas dan kekalkan kedudukan
tersebut selama 20-30 minit selepas persetubuhan.
3.
Jadikanlah saat bersama sesuatu yang menyeronokkan dan bukan sekadar rutin.
Pastikan anda berdua mencapai klimak. Bagi isteri ia dapat membantu menarik
sperma ke dalam uterus dan tiub fallopio manakala rembesan alkali dalam uterus
dan faraj meningkatkan jangkahayat sperma. Bagi suami, klimaks dapat
meningkatkan bilangan dan kualiti sperma.
Dengan
mematuhi teori graviti, posisi yang terbaik adalah posisi yang dapat merembeskan
sperma sedekat mungkin ke servik. Beberapa posisi yang memenuhi perkara ini
adalah:
Posisi
‘missnionary’ atau isteri di bawah dan suami di atas adalah
posisi yang terbaik. Posisi ini dapat dibantu dengan meletakkan bantal dibawah
pelvis isteri.
Posisi ‘rear
entry’
atau lelaki menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini juga membolehkan
sperma dirembeskan dekat dengan servik.
Posisi
‘spooning’
atau pasangan berbaring sebelah-menyebelah dan suami menyetubuhi isteri
daripada belakang. Posisi ini lebih selesa bagi mereka yang mempunyai berat
badan berlebihan atau mengalami sakit belakang.
Elakkan
posisi yang menyukarkan sperma bergerak ke servik seperti isteri berada di
atas, berdiri atau duduk kerana sperma bergerak melawan graviti. Elakkan juga
penggunaan gel pelincir kerana ia menjejaskan jangkahayat sperma.
Semoga dipermudahkan untuk mendapat zuriat. :)
Si Kecik Kesayangan dah pandai PROTES
Assalamualaikum w.b.t,
Dah lunch ke semua ? Alhamdulillah, saya dah. Makan pisang goreng je. Kenyang sebab ESP kot..:)
(Promote ESP nih..kihkih).
Lately, si kecik humaira tu selalu memberontak, mengamuk, menangis. Mulut tak henti 'mengehek'. Bayangkan tengah drive, dia tarik tudung mama, dia pegang bahu, baling phone, baling puting. Allahuuu. Perjalanan bukan singkat. Ditambah lagi dengan 'peel' lagu tu. Lagi rasa lama sangat perjalanan tu.
Petang semalam, otw back balik umah pas amik humaira dari umah tokma. 5 minit pas masuk kereta, dia dah start menangis. Saya biarkan kejap. Pastu dia amik phone sambil nangis-nangis dan tunjuk kat phone tanda suruh bukak video. Ok, fine. Mama bukak video ye sayang.
Tengok video 5 minit, sambung mengamuk. Aish, apa tak kena dengan anak mama ni. Mama sabar lagi tau. Pesan kat dia, mama tengah drive ni humaira. Boleh tak humaira duk diam-diam sekejap. Ummm, langsung tak layan.
Mama positif. Mama sabar lagi tau. Budak-budak nak membesar memang camtu kan. Tengok dia nangis tak berenti lagi. Abis air hidung meleleh-leleh. Kesian pulak. Tapi bila dah sampai part dia tarik tudung dan cuba pegang stereng tu, terpaksa la berenti tepi jalan. Do something. Bukak belt humaira, amik dia letak atas riba. Dengan serta merta dia senyap. Baringkan dia atas lengan kiri, sambil dodoi. Aduhai, anak mama rindu nak manja-manja rupanya. :(
Mama layan je drive 60km/j. Bagi dia feel kasih sayang mama ni tiada penghujung. Mungkin dia tengok mama dia sibuk pegang phone je bila sampai rumah, so dia mesti cari peluang dalam kereta untuk tarik kasih sayang mama. Time drive je mama tak pegang phone. huhu.
Mama sayang anak mama Nur Qaireen Humaira.
Dah lunch ke semua ? Alhamdulillah, saya dah. Makan pisang goreng je. Kenyang sebab ESP kot..:)
(Promote ESP nih..kihkih).
Lately, si kecik humaira tu selalu memberontak, mengamuk, menangis. Mulut tak henti 'mengehek'. Bayangkan tengah drive, dia tarik tudung mama, dia pegang bahu, baling phone, baling puting. Allahuuu. Perjalanan bukan singkat. Ditambah lagi dengan 'peel' lagu tu. Lagi rasa lama sangat perjalanan tu.
Petang semalam, otw back balik umah pas amik humaira dari umah tokma. 5 minit pas masuk kereta, dia dah start menangis. Saya biarkan kejap. Pastu dia amik phone sambil nangis-nangis dan tunjuk kat phone tanda suruh bukak video. Ok, fine. Mama bukak video ye sayang.
Tengok video 5 minit, sambung mengamuk. Aish, apa tak kena dengan anak mama ni. Mama sabar lagi tau. Pesan kat dia, mama tengah drive ni humaira. Boleh tak humaira duk diam-diam sekejap. Ummm, langsung tak layan.
Mama positif. Mama sabar lagi tau. Budak-budak nak membesar memang camtu kan. Tengok dia nangis tak berenti lagi. Abis air hidung meleleh-leleh. Kesian pulak. Tapi bila dah sampai part dia tarik tudung dan cuba pegang stereng tu, terpaksa la berenti tepi jalan. Do something. Bukak belt humaira, amik dia letak atas riba. Dengan serta merta dia senyap. Baringkan dia atas lengan kiri, sambil dodoi. Aduhai, anak mama rindu nak manja-manja rupanya. :(
Mama layan je drive 60km/j. Bagi dia feel kasih sayang mama ni tiada penghujung. Mungkin dia tengok mama dia sibuk pegang phone je bila sampai rumah, so dia mesti cari peluang dalam kereta untuk tarik kasih sayang mama. Time drive je mama tak pegang phone. huhu.
Mama sayang anak mama Nur Qaireen Humaira.
5 Vitamin untuk KEMANTAPAN lelaki
Lelaki
pun ada makanan penting? Apa yang perlu dimakan dan untuk apa
makanan tersebut? Bagi yang belum tahu atau pun baru nak tahu, yes lelaki
ada makanan untuk kesihatan sama juga seperti wanita yang memerlukan
nutrient nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari
serangan kanser payu dara dan para lelaki memerlukan zat zat
nutrient untuk kesuburan dan kesihatan yang berpanjangan.
Tak
percaya?
Jom kita lihat 5 zat makanan penting untuk si lelaki.
1.
Zat Besi
Zat
besi adalah merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh tubuh lelaki
untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan menambah jumlah sperma.
Selain itu zat besi juga penting untuk membantu tubuh membekalkan oksigen ke
seluruh sel tubuh. Mana nak dapatkan sumber zat besi? Anda boleh cuba
tiram! Tiram dikatakan boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang
kepuasan seksual kerana kandungan sejenis hormon,iaitu dopamine.
Tiram
juga mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan
kanser prostat.
Pengambilan
tiram juga mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang
menyebabkan kanser prostat. Tak suka tiram? Anda boleh cuba Stik sirloin!
2.
Vitamin B3
Vitamin
B3 atau Niacin penting untuk melancarkan sistem peredaran darah ke seluruh
tubuh dan juga membantu utk hormon seksual.Nak tahu kenapa? kekurangan dalam
vitamin B3 ini akan menjadikan anda mengalami masalah dengan ghairah seks dan
menggangu kemampuan ereksi seorang lelaki, jadi kalau sistem peredaran darah tak
bagus maka akan menggangu hidup anda. Makanan yang kaya vitamin B3 seperti
cendawan, ayam, tuna mampu mengelakkan perkara seperti itu terjadi kepada
anda!
3.
Vitamin B6
Vitamin
B6 adalah kunci nutrisi kepada peningkatan hormon lelaki. Hormon ini adalah penting untuk
rangsangan seks lelaki selain mampu menaikkan libido wanita. Kandungan
tinggi Vitamin B6 boleh didapati dalam avocado dan telur.
4.
Vitamin E
Dikatakan
Vitamin E ini adalah vitamin khusus utk seks. Vitamin E membantu dalam
penghasilan hormon seks seseorang yang membolehkan seseorang itu meningkatkan
penampilan, mood dan kehendak beliau. Selain itu, vitamin E ini juga merupakan
antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan dan mengelakkan penyakit.
Almonds, kekacang dan bayam satu permulaan yang menarik!
5.
Vitamin C
Brokoli,
dan sayuran bewarna oren(labu dan lobak merah) antara sumber vitamin C yang
mudah didapati dimana mana. Peranan vitamin C beserta beta kerotina yang
terkandung dalam bahan bahan tersebut adalah antioksidan yang baik untuk
melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.
Oh
ya!
Jangan lupa asparagus yang juga mengandungi vitamin E penting untuk
memulihkan prestasi seks selain merangsang hormon seks, menguatkan
tenaga batin dan menambah stamina.
Tip
suplemen:
Bagi saya sendiri pun, saya gunakan suplemen multi-vitamin setiap hari sebagai
tambahan kepada makanan keseluruhan dan dalam proses pemilihan multi-vitamin
tersebut, pastikan adanya zat makanan iktu keperluan unik lelaki.
Tapi
anda harus ingat, bergantung pada makanan sahaja tidak boleh menjadikan
anda
seseorang yang sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan sehari. Biarpun sibuk
macam
mana pun, senaman dan pengawalan kalori itu penting!
Credit to : Kevin Zahri
::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda :::::
✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam
5 Golongan yang Memerlukan PROTEIN
Siapa yang memerlukan protein ni ?
1. Golongan yang ingin TURUNKAN BERAT BADAN
Pengambilan protein yang tinggi dalam diet sangat membantu penurunan berat badan yang effektif. Protein lebih membantu memberi tenaga dan rasa kenyang berbanding karbohidrat dan lemak. Protein membantu kita rasa kenyang dan puas. Dan rasa puas itulah yang mengelakkan kita dari makan lagi dan makan lagi..:)
2. Golongan yang mempunyai GULA TINGGI dan MASALAH METABOLISMA TUBUH
Diet tinggi protein dapat membantu menstabilkan gula dalam darah dan dan membantu mengatasi masalah metabolisma tubuh.
3. Golongan ATLIT
Protein ialah nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina otot. So, sekiranya anda ingin otot yang mantap, pengambilan protein adalah digalakkan diambil terutama selepas latihan dan bersukan.
4. Golongan tua dan yang mengidap penyakit KRONIK
Golongan tua dan pesakit kronik kebiasaanya mengalami masalah otot yang lemak. Diet yang berprotein tinggi boleh membantu menghalang tisu dari rosak dan mengurangkan kesan penuaan.
5. Golongan yang bekerja kuat dan sentiasa STRESS
Stress level yang tinggi boleh membawa kepada ketidakstabilan gula dalam darah. Pengambilan protein especially waktu pagi boleh menambah tenaga, mengurangkan simptom 'mengigil', meningkatkan tidur yang berkualiti juga meningkatkan kecergasan otak.
Anda di golongan yang mana ?
PROMO ESP BUY 6 FREE 1
::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda :::::
✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam
17 March 2015
4 Kelebihan ZINC untuk LELAKI
Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan zinc secara semulajadi. Sebab itu pentingnya untuk kita memastikan zinc yang mencukupi untuk tubuh badan kita. Cadangan pengambilan zinc untuk lelaki ialah 11mg manakala untuk wanita ialah 8mg.
Zinc boleh didapati dari banyak makanan termasuklah daging, tiram, kekacang, ketam, juga dari tenusu.
Dan zinc sangat-sangat digalakkan diambil oleh kaum lelaki khususnya. Kenapa ?
1. Meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon testosteron
Zinc sangat diperlukan untuk penghasilan sperma dan meningkatkan jumlah penghasilan air mani. Sekiranya anda (lelaki) yang telah bersedia atau sedang berusaha untuk menimang cahaya mata sangat-sangat digalakkan mengambil zinc untuk meningkatkan kesuburan.
2. Meningkatkan Motiliti Sperma (Pergerakan)
Motiliti merujuk kepada kekuatan dan pergerakan sperma untuk berenang dan mensenyawakan ovum wanita. Motiliti sperma yang rendah merupakan punca utama ketidaksuburan lelaki.
3. Mengurangkan risiko kanser prostat
Zinc memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesihatan prostat. Pengambilan 100mg zinc setiap hari selama 10 tahun, 2 kali mengurangkan risiko kanser prostat.
4. Membantu melawan jerawat
Zink boleh membantu merawat dan mencegah jerawat. Zink juga membantu merawat eczema, psoriasis, kelemumur, kesan terbakar dan memudarkan parut.
Tapi ingat, jangan mengambil 100mg zinc sehari kerana pengambilan zinc yang berlebihan boleh membawa kepada risiko kanser prostat.
Jangan ambil mudah pengambilan zinc untuk lelaki ye..:)
Zinc boleh didapati dari banyak makanan termasuklah daging, tiram, kekacang, ketam, juga dari tenusu.
Dan zinc sangat-sangat digalakkan diambil oleh kaum lelaki khususnya. Kenapa ?
1. Meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon testosteron
Zinc sangat diperlukan untuk penghasilan sperma dan meningkatkan jumlah penghasilan air mani. Sekiranya anda (lelaki) yang telah bersedia atau sedang berusaha untuk menimang cahaya mata sangat-sangat digalakkan mengambil zinc untuk meningkatkan kesuburan.
2. Meningkatkan Motiliti Sperma (Pergerakan)
Motiliti merujuk kepada kekuatan dan pergerakan sperma untuk berenang dan mensenyawakan ovum wanita. Motiliti sperma yang rendah merupakan punca utama ketidaksuburan lelaki.
3. Mengurangkan risiko kanser prostat
Zinc memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesihatan prostat. Pengambilan 100mg zinc setiap hari selama 10 tahun, 2 kali mengurangkan risiko kanser prostat.
4. Membantu melawan jerawat
Zink boleh membantu merawat dan mencegah jerawat. Zink juga membantu merawat eczema, psoriasis, kelemumur, kesan terbakar dan memudarkan parut.
Tapi ingat, jangan mengambil 100mg zinc sehari kerana pengambilan zinc yang berlebihan boleh membawa kepada risiko kanser prostat.
Jangan ambil mudah pengambilan zinc untuk lelaki ye..:)
Bulan ni PROMO ZINC ~ BUY 3 FREE 1
::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda :::::
✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam
14 March 2015
Pentingnya Jadual Mengepam
Menyusukan
anak adalah perkara semulajadi tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Tanpa ilmu
dan pengetahuan misi penyusuan eksklusif sehingga anak mencapai usia dua tahun
sukar dicapai. Penyusuan susu ibu bukan sekadar memasukkan puting payu dara ibu
ke dalam mulut bayi sahaja.
Banyak
cabaran dan rintangan yang bakal ditempuhi di sepanjang perjalanan penyusuan.
Oleh itu ibu perlu pastikan sentiasa membekalkan diri dengan tips dan ilmu agar
dapat menangis segala cabaran yang dihadapi demi meneruskan usaha murni
menyusukan anak.
Sedar atau
tidak, tugas mengepam susu adalah sebahagian daripada rutin wajib yang mesti
dilakukan oleh ibu menyusu terutama sekiranya bekerja. Tahukah anda bahawa
jadual mengepam susu secara konsisten membantu ibu mengekalkan pengeluaran
susu.
Bayangkan
anda meninggalkan anak selama lapan jam sehari ketika keluar bekerja namun
hanya mengepam sekali atau dua kali, tentu sahaja penghasilan susu akan semakin
berkurangan. Untuk mengekalkan momentum susu agar sentiasa dihasilkan, ibu
perlu menghantar isyarat ke otak. Ia boleh dilakukan menggunakan kaedah jadual
mengepam yang konsisten. Ibu jangan sesekali culas dengan jadual tersebut.
Disiplin itu penting!
Selang masa
mengepam adalah mengikut jarak masa bayi menyusu. Di awal usianya dua bulan,
biasanya bayi menyusu dalam tempoh dua jam sekali dan semakin meningkat
mengikut peningkatan usianya. Jadi, ibu boleh tetapkan masa mengepam yang sama
setiap hari supaya otak terbiasa menghantar isyarat penghasilan susu dan ibu
juga tidak terlupa dengan masa mengepam.
Contoh sesi
mengepam yang disarankan adalah seperti berikut:
Sesi 1 : 9
pagi
Sesi 2: 12
tengahari
Sesi 3: 3
petang
Sesi 4: 6
petang
Info penting
yang mesti diketahui ibu, jangan percaya yang kononnya tunggu sehingga payu
dara bengkak baharu boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak
atau tidak, ibu wajib pam susu!
Ini adalah
cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak
bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam
sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk
keperluan anak kita.
Credit to : Pa & Ma
13 March 2015
Hyperthyroid atau Hypothyroid ?
Assalamualaikum..
Semalam ada sorang customer saya mencari suplemen untuk penyakit hyperthyroid. Dia kata badan cepat letih. So, memerlukan kepada suplemen yang boleh membantu dia mengurangkan kesan yang dia dapat dari hyperthyroid yang dia ada tu.
Thyroid terbahagi kepada dua jenis samada hyperthyroid atau hypothyroid. Dan thyroid ialah benjolan atau saiz leher lebih besar dari biasa.
Kelenjar
tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting
ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme
badan.
Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang
(hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid.
Banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin
dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid.
Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin
daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha
menambah pengeluaran hormon.
Individu berusia 40 tahun ke atas dan wanita lebih terdedah kepada risiko
penyakit tiroid. Kadangkala, penyakit tiroid dialami wanita hamil kerana lebih
banyak hormon tiroid diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun, bengkak itu bersifat sementara dan akan hilang selepas wanita
melahirkan anak.
Gejala hyperthyroidism:
- bengkak di leher
- degupan jantung yang cepat
- cepat marah
- cepat berpeluh
- tidak tahan cuaca panas
- tangan bergetar
- kitaran haid tidak teratur
- sentiasa gelisah
- penurunan berat badan
- rambut gugur
- masalah sukar tidur (insomnia)
- bengkak di sekeliling mata
- kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
- cirit-birit
- tubuh badan lemah
- osteoporosis
Gejala hypothyroidism:
- kurang tenaga
- rasa sejuk
- denyutan jantung perlahan
- kemurungan
- berat badan bertambah
- kurang daya ingatan
- kulit kering
- rambut gugur
- sembelit
- beguk
- nafsu seks turun
- suara serak
Antara suplement bagi pesakit tyhroid ialah Vitamin E, Zink, B Complex, Vitamin C dan Kalsium. Pengambilan Omega-3 juga digalakkan.