9 July 2014

Bahaya Tekanan Darah Tinggi untuk Ibu Mengandung




Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. Ia tidak tetap. Sila jangan banding-banding ya.. Biar doktor yang menganalisisnya... Namun sekiranya tekanan melebihi 140 sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.

Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:-

Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu  - ini dipanggil Essential Hypertension.
Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.

Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Kenapa Berlaku Darah Tinggi?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”. 
Kenapa ia berlaku? Sebabnya tidak diketahui....

Apa Risiko / komplikasi?
Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamatnya.. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor... Kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi.. Antaranya adalah:-

  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan baby mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran baby dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak. 
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan baby dari kandungan sebelum waktu matang.
  •  Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ siibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, siibu boleh kena sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.
Rawatan
Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.
Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi. 

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.
Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.
Jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun,” kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun. 

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

Credit to : Utusan Online, Baby Center, Blog Dr. Zubaidi 

Untuk ibu hamil yang mengalami masalah darah tinggi ketika hamil saya cadangkan OMEGAGUARD dan GARLIC SHAKLEE. 
 
OMEGA GUARD iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

GARLIC SHAKLEE membantu merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah. Selain itu, garlic juga mampu mengurangkan alahan ibu mengandung.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:

Email: nida_anida@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam
Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign