26 March 2015

Senarai Barang Bercukai dan Tidak Bercukai

Assalamualaikum semua..:)

Lagi 5 hari menuju GST. Bersedia atau tidak, kita tetap kena tempuhi..:(

Disini disertakan senarai barang bercukai dan tidak bercukai untuk panduan. Malas nak komen lebih-lebih. Suara kita tiada harga pun. :(




Untuk senarai penuh boleh check di laman ini LAMAN WEB KASTAM


Terima Kasih

Saya nak HAMIL !


Siapa yang tidak mahu punya anak selepas mendirikan rumah tangga. Betul tak? Tetapi sebelum merancang utk hamil, anda mesti mengambil kisah tentang beberapa perkara. Semuanya demi keselamatan diri bakal ibu dan bayi. Berikut adalah beberapa perkara yang mesti dipersiapkan sebelum anda disahkan positif hamil.

  1. Berat badan
Anda perlu mengetahui berat badan sebelum mengandung. Sekiranya anda mempunyai berat badan di bawah normal maka lebih baik tambah berat badan sedikit kerana berat di bawah paras normal akan mempengaruhi proses ovulasi. Jika anda dalam kategori berat badan berlebihan, sebaiknya kurangkan dulu berat badan untuk memudahkan proses ovulasi dan mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi dan diabetis ketika hamil.

  1. Hobi melancong
Adakah anda dan pasangan gemar pergi melancong? Jika ya, segerakan hobi anda sebelum disahkan positif mengandung kerana anda tidak akan tahu bagaimana keadaan kesihatan anda ketika hamil.

  1. Buat rawatan gigi
Jika anda mempunyai masalah pergigian, segera lakukan rawatan sebelum hamil. Ini kerana biasanya rawatan pergigian yang kritikal berisiko dilakukan ketika hamil bahkan masalah gigi yang teruk dapat meningkatkan risiko jangkitan kuman seterusnya menyebabkan kelahiran bayi pramatang dan masalah praeklampsia ketika hamil.

  1. Tambahkan pengambilan vitamin
Pengambilan vitamin sangat diperlukan oleh bakal ibu hamil. Vitamin B sangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi. Oleh itu sebaiknya anda ambil asid folik sebelum merancang untuk hamil.

  1. Kurangkan pengambilan kafein
Belajarlah untuk mengurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi. Jika dulu anda minum dua hingga tiga cawan sehari, sebaiknya kurangkan menjadi secawan sahaja dan lama-kelamaan tidak perlu mengambilnya langsung. Ia membantu anda lebih mudah untuk hamil. Pakar menyarankan ibu hamil mengambil tidak lebih 150mg kafein sehari.

  1. Siapkan bajet
Ini yang paling penting! Proses kehamilan dan menyambut kelahiran serta membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. Jadi mulalah belajar menabung untuk memudahkan belanjawan anda kelak.

  1. Katakan tidak pada rokok dan alkohol
Mengambil minuman keras dan merokok merupakan tabiat yang tidak sihat apatah lagi dalam kalangan ibu hamil. Ia sudah tentu membahayakan bayi dalam kandungan bahkan mengganggu kesihatan bakal ibu sendiri. Bahkan ia turut mempengaruhi kualiti sperma si suami. Oleh itu sebaiknya bakal ibu dan ayah perlu terus berhenti tabiat buruk ini demi melahirkan bayi yang sihat.

Credit to : Pa & Ma



Terima Kasih

22 March 2015

Bahaya TOKSIN dalam badan !



Toksin adalah bahan buangan beracun dalam badan kita. Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke bahagian-bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi (pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran (system gastrousus).



Sakit adalah kegagalan tubuh manusia menyingkirkan bahan buangan. Contohnya Lendir/mucus, serta toksin yang menghalangi fungsi-fungsi normal tubuh manusia.



Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.



Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.



Bagaimana toksin terjadi?
- Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
-Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
-Merokok
-Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
-Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.



Tanda-tanda seseorang banyak toksin

1) Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.

2) Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit(mari checkup sekarang!..huhuhuhu)



3) Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.



Ada caranya nak buang toksin dalam badan

1) Senaman –Dengan senaman Toksin akan keluar melalui perkumuhan (peluh)



2) Refleksologi – Sebahagian dr toksin tak dapat dikeluarkan dari badan dan akn mendap dibahagian kaki. so disini pentingnya refleksologi kerana menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar.



4)Berpuasa - Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat” (H.R. Muslim)



Berminat ikhtiar dengan SHAKLEE ? Saya sarankan ALFALFA untuk anda.






 ::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam





Terima Kasih

20 March 2015

Spageti Oglio Olio Version Melayu

Selamat petang semua..:)

Salam jumaat yang penuh keberkatan dan kerahmatan.

Petang-petang minggu ni tekak menggatal nak makan western. Biru mata i arini u olss.. Pagi tadi dah pi bahan-bahan sebenarnya. Cuma tak tau nak masak ape. Orang kat umah lagi suka carbonara dan bolognese je. Tapi tukang masak terasa nak try oglio olio pulak..

Mana nak dapatkan resepi ye ? Opkos la encik google yang sentiasa baik hati membantu.

Resepi dah dapat, pi dapuq siapkan bahan. Cumanya udang takde. Kepah pun takde. Encik sutum je yang ada. Tak apa. Bahan tak cukup tak semestinya tak jadi kan. Yang penting rasa tu sedap. Haha.

Ni bahan-bahannya :
Spagetti (saya guna San Remo)
Seafood (Udang, sotong, kepah)
Mushroom
Oregano, parsley, chili flakes
Cili
Black paper
Bawang putih
Bawang holland

Cara-cara :
Rebus spageti. Letak sedikit garam dan minyak zaitun masa rebus spageti. Rebus seafood dan toskan. Tapi air jangan buang ye. Masukkan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang holland. Kemudian masukkan cendawan. Tumis sekejap. Saya tambah cili kering (gunting kecik2 dalam 2cm). Masukkan 2 senduk air rebusan seafood. Masukkan oregano dan parsley serta garam, blackpaper dan chili flakes.  Masukkan lada merah/hijau dan tomato. Last sekali masukkan spageti dan gaul rata. Ok. Siap untuk dimakan.




Terima Kasih

19 March 2015

Tingkatkan peluang untuk HAMIL


Mendapatkan zuriat menjadi sebahagian daripada tujuan kita berkahwin. Namun, sesetengah daripada kita tidak hamil dengan mudah dan menyebabkan kekecewaan. Jujurlah dengan pasangan tentang kekecewaan kita. Kongsikan dan usahakan bersama-sama. Luahkan perasaan dan bincangkannya secara terbuka. Ini menjadikan perjalanan kita untuk hamil lebih mudah dan tidak bersendiri.

Kenali diri

Sedar atau tidak, peluang untuk hamil sebenarnya bermula daripada diri masing-masing. Ia terkait dengan kesihatan dan cara hidup. Perhatikan fakta-fakta berikut:

1. Hindari tekanan dan carilah cara untuk melepaskan tekanan. Lebih baik lagi jika dilakukan bersama-sama. Bersukan, bersenam, akupuntur dan sesi kaunseling dapat membantu mengurangkan hormon penyebab tekanan.

2. Sayangi tubuh badan. Elakkan diet radikal dan pengurangan berat badan mendadak. Pastikan badan berada dalam julat berat yang sihat (BMI) dengan melakukan senaman.

3. Amalkan pemakanan sihat. Kekalkan pemakanan seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan dan meminum air dengan banyak.

4. Amalkan pengambilan vitamin termasuk zat besi, kalsium dan asid folik untuk wanita serta zat besi dan selenium untuk lelaki. Makanan yang tinggi antioksidan juga baik untuk diambil.

5. Elakkan sama sekali rokok, dadah dan alkohol. Bagi lelaki, elakkan haba yang keterlaluan kepada testis seperti memakai seluar ketat, berbasikal yang terlalu lama dan tub panas.

7. Masa yang tepat adalah penting dalam meningkatkan peluang kehamilan. Jangan bergantung kepada kalendar atau carta kesuburan semata-mata tetapi gunakanlah kit ramalan ovulasi. Perhatikan juga cairan servik. Jika kelihatan seperti putih telur, ia menunjukkan ovulasi sedang berlaku.


8. Lakukan persetubuhan sebelum ovulasi. Adalah lebih baik jika sperma telah tersedia dalam rahim sebelum telur dilepaskan melalui proses ovulasi. Telur hanya bertahan selama 24 jam manakala sperma dapat bertahan selama 3-5 hari. Lakukan persetubuhan 2 atau 3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi untuk meningkatkan lagi peluang persenyawaan. Persetubuhan 3 kali seminggu juga dapat membantu.

9. Elakkan ejakulsi sperma beberapa hari sebelum hari subur. Ini dapat membantu meningkatkan bilangan sperma pada hari yang diperlukan.

10. Sebelum anda mencuba untuk hamil, jumpalah pakar OBGYN bagi memastikan anda berdua sihat sepenuhnya. Infeksi yang tidak dirawat, STD atau keadaan kesihatan yang kurang baik mengurangkan peluang untuk hamil.

Panduan ketika bersama 

Melalui pembacaan, rata-rata tidak ada satu-satu posisi yang telah terbukti lebih baik berbanding yang lain serta dapat meningkatkan peluang untuk hamil. Justeru, adalah lebih baik jika kita teliti beberapa panduan berkaitan peluang kehamilan ketika bersama.

1. Kurangkan pergerakan selepas persetubuhan. Berdiri selepas melakukannya boleh menyebabkan air mani keluar. Tunggu lebih kurang 20 minit sebelum bangun dan bergerak.

2. Cuba kekalkan sperma dalam faraj selama mungkin. Letakkan bantal di bawah pelvis bagi memudahkan sperma bergerak ke bahagian atas dan kekalkan kedudukan tersebut selama 20-30 minit selepas persetubuhan.

3. Jadikanlah saat bersama sesuatu yang menyeronokkan dan bukan sekadar rutin. Pastikan anda berdua mencapai klimak. Bagi isteri ia dapat membantu menarik sperma ke dalam uterus dan tiub fallopio manakala rembesan alkali dalam uterus dan faraj meningkatkan jangkahayat sperma. Bagi suami, klimaks dapat meningkatkan bilangan dan kualiti sperma.

Dengan mematuhi teori graviti, posisi yang terbaik adalah posisi yang dapat merembeskan sperma sedekat mungkin ke servik. Beberapa posisi yang memenuhi perkara ini adalah:

Posisi ‘missnionary’ atau isteri di bawah dan suami di atas adalah posisi yang terbaik. Posisi ini dapat dibantu dengan meletakkan bantal dibawah pelvis isteri.

Posisi ‘rear entry’ atau lelaki menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini juga membolehkan sperma dirembeskan dekat dengan servik.

Posisi ‘spooning’ atau pasangan berbaring sebelah-menyebelah dan suami menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini lebih selesa bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami sakit belakang.

Elakkan posisi yang menyukarkan sperma bergerak ke servik seperti isteri berada di atas, berdiri atau duduk kerana sperma bergerak melawan graviti. Elakkan juga penggunaan gel pelincir kerana ia menjejaskan jangkahayat sperma.

Semoga dipermudahkan untuk mendapat zuriat. :)




Terima Kasih

Si Kecik Kesayangan dah pandai PROTES

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lunch ke semua ? Alhamdulillah, saya dah. Makan pisang goreng je. Kenyang sebab ESP kot..:)
(Promote ESP nih..kihkih).



Lately, si kecik humaira tu selalu memberontak, mengamuk, menangis. Mulut tak henti 'mengehek'. Bayangkan tengah drive, dia tarik tudung mama, dia pegang bahu, baling phone, baling puting. Allahuuu. Perjalanan bukan singkat. Ditambah lagi dengan 'peel' lagu tu. Lagi rasa lama sangat perjalanan tu.

Petang semalam, otw back balik umah pas amik humaira dari umah tokma. 5 minit pas masuk kereta, dia dah start menangis. Saya biarkan kejap. Pastu dia amik phone sambil nangis-nangis dan tunjuk kat phone tanda suruh bukak video. Ok, fine. Mama bukak video ye sayang.

Tengok video 5 minit, sambung mengamuk. Aish, apa tak kena dengan anak mama ni. Mama sabar lagi tau. Pesan kat dia, mama tengah drive ni humaira. Boleh tak humaira duk diam-diam sekejap. Ummm, langsung tak layan.


Mama positif. Mama sabar lagi tau. Budak-budak nak membesar memang camtu kan. Tengok dia nangis tak berenti lagi. Abis air hidung meleleh-leleh. Kesian pulak. Tapi bila dah sampai part dia tarik tudung dan cuba pegang stereng tu, terpaksa la berenti tepi jalan. Do something. Bukak belt humaira, amik dia letak atas riba. Dengan serta merta dia senyap. Baringkan dia atas lengan kiri, sambil dodoi. Aduhai, anak mama rindu nak manja-manja rupanya. :(

Mama layan je drive 60km/j. Bagi dia feel kasih sayang mama ni tiada penghujung. Mungkin dia tengok mama dia sibuk pegang phone je bila sampai rumah, so dia mesti cari peluang dalam kereta untuk tarik kasih sayang mama. Time drive je mama tak pegang phone. huhu.

Mama sayang anak mama Nur Qaireen Humaira.
Terima Kasih

5 Vitamin untuk KEMANTAPAN lelaki


Lelaki pun ada makanan penting? Apa yang perlu dimakan dan untuk apa makanan tersebut? Bagi yang belum tahu atau pun baru nak tahu, yes lelaki ada makanan untuk kesihatan sama juga seperti wanita yang memerlukan nutrient nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara dan para lelaki memerlukan zat zat nutrient untuk kesuburan dan kesihatan yang berpanjangan.

Tak percaya? Jom kita lihat 5 zat makanan penting untuk si lelaki.

1. Zat Besi

Zat besi adalah merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh tubuh lelaki untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan menambah jumlah sperma. Selain itu zat besi juga penting untuk membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh. Mana nak dapatkan sumber zat besi? Anda boleh cuba tiram! Tiram dikatakan boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual kerana kandungan sejenis hormon,iaitu dopamine.

Tiram juga mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat.

Pengambilan tiram juga mampu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. Tak suka tiram? Anda boleh cuba Stik sirloin!



2. Vitamin B3

Vitamin B3 atau Niacin penting untuk melancarkan sistem peredaran darah ke seluruh tubuh dan juga membantu utk hormon seksual.Nak tahu kenapa? kekurangan dalam vitamin B3 ini akan menjadikan anda mengalami masalah dengan ghairah seks dan menggangu kemampuan ereksi seorang lelaki, jadi kalau sistem peredaran darah tak bagus maka akan menggangu hidup anda. Makanan yang kaya vitamin B3 seperti cendawan, ayam, tuna mampu mengelakkan perkara seperti itu terjadi kepada anda!

3. Vitamin B6

Vitamin B6 adalah kunci nutrisi kepada peningkatan hormon lelaki. Hormon ini adalah penting untuk rangsangan seks lelaki selain mampu menaikkan libido wanita. Kandungan tinggi Vitamin B6 boleh didapati dalam avocado dan telur.


4. Vitamin E

Dikatakan Vitamin E ini adalah vitamin khusus utk seks. Vitamin E membantu dalam penghasilan hormon seks seseorang yang membolehkan seseorang itu meningkatkan penampilan, mood dan kehendak beliau. Selain itu, vitamin E ini juga merupakan antioksida yang boleh melambatkan proses penuaan dan mengelakkan penyakit. Almonds, kekacang dan bayam satu permulaan yang menarik!


5. Vitamin C

Brokoli, dan sayuran bewarna oren(labu dan lobak merah) antara sumber vitamin C yang
mudah didapati dimana mana. Peranan vitamin C beserta beta kerotina yang terkandung dalam bahan bahan tersebut adalah antioksidan yang baik untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.



Oh ya! Jangan lupa asparagus yang juga mengandungi vitamin E penting untuk memulihkan prestasi seks selain merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina.

Tip suplemen: Bagi saya sendiri pun, saya gunakan suplemen multi-vitamin setiap hari sebagai tambahan kepada makanan keseluruhan dan dalam proses pemilihan multi-vitamin tersebut, pastikan adanya zat makanan iktu keperluan unik lelaki.

Tapi anda harus ingat,  bergantung pada makanan sahaja tidak boleh menjadikan anda
seseorang yang sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan sehari. Biarpun sibuk macam
mana pun, senaman dan pengawalan kalori itu penting!

Credit to : Kevin Zahri



 ::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

5 Golongan yang Memerlukan PROTEIN




Siapa yang memerlukan protein ni ?

1. Golongan yang ingin TURUNKAN BERAT BADAN 

Pengambilan protein yang tinggi dalam diet sangat membantu penurunan berat badan yang effektif. Protein lebih membantu memberi tenaga dan rasa kenyang berbanding karbohidrat dan lemak. Protein membantu kita rasa kenyang dan puas. Dan rasa puas itulah yang mengelakkan kita dari makan lagi dan makan lagi..:)

2. Golongan yang mempunyai GULA TINGGI dan MASALAH METABOLISMA TUBUH 

Diet tinggi protein dapat membantu menstabilkan gula dalam darah dan dan membantu mengatasi masalah metabolisma tubuh.

3. Golongan ATLIT 

Protein ialah nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina otot. So, sekiranya anda ingin otot yang mantap, pengambilan protein adalah digalakkan diambil terutama selepas latihan dan bersukan.

4. Golongan tua dan yang mengidap penyakit KRONIK 

Golongan tua dan pesakit kronik kebiasaanya mengalami masalah otot yang lemak. Diet yang berprotein tinggi boleh membantu menghalang tisu dari rosak dan mengurangkan kesan penuaan.

5. Golongan yang bekerja kuat dan sentiasa STRESS 

Stress level yang tinggi boleh membawa kepada ketidakstabilan gula dalam darah. Pengambilan protein especially waktu pagi boleh menambah tenaga, mengurangkan simptom 'mengigil', meningkatkan tidur yang berkualiti juga meningkatkan kecergasan otak.

Anda di golongan yang mana ?






PROMO ESP BUY 6 FREE 1

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam





Terima Kasih

17 March 2015

4 Kelebihan ZINC untuk LELAKI

Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan zinc secara semulajadi. Sebab itu pentingnya untuk kita memastikan zinc yang mencukupi untuk tubuh badan kita. Cadangan pengambilan zinc untuk lelaki ialah 11mg manakala untuk wanita ialah 8mg.

Zinc boleh didapati dari banyak makanan termasuklah daging, tiram, kekacang, ketam, juga dari tenusu.


Dan zinc sangat-sangat digalakkan diambil oleh kaum lelaki khususnya. Kenapa ?

1.  Meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan meningkatkan hormon testosteron 

Zinc sangat diperlukan untuk penghasilan sperma dan meningkatkan jumlah penghasilan air mani. Sekiranya anda (lelaki) yang telah bersedia atau sedang berusaha untuk menimang cahaya mata sangat-sangat digalakkan mengambil zinc untuk meningkatkan kesuburan.


2. Meningkatkan Motiliti Sperma (Pergerakan) 

Motiliti merujuk kepada kekuatan dan pergerakan sperma untuk berenang dan mensenyawakan ovum wanita. Motiliti sperma yang rendah merupakan punca utama ketidaksuburan lelaki.

3. Mengurangkan risiko kanser prostat 

Zinc memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesihatan prostat. Pengambilan 100mg zinc setiap hari selama 10 tahun, 2 kali mengurangkan risiko kanser prostat.


4. Membantu melawan jerawat

Zink boleh membantu merawat dan mencegah jerawat. Zink juga membantu merawat eczema, psoriasis, kelemumur, kesan terbakar dan memudarkan parut.

Tapi ingat, jangan mengambil 100mg zinc sehari kerana pengambilan zinc yang berlebihan boleh membawa kepada risiko kanser prostat.

Jangan ambil mudah pengambilan zinc untuk lelaki ye..:)

Bulan ni PROMO ZINC ~ BUY 3 FREE 1


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

14 March 2015

Pentingnya Jadual Mengepam

Menyusukan anak adalah perkara semulajadi tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Tanpa ilmu dan pengetahuan misi penyusuan eksklusif sehingga anak mencapai usia dua tahun sukar dicapai. Penyusuan susu ibu bukan sekadar memasukkan puting payu dara ibu ke dalam mulut bayi sahaja.


Banyak cabaran dan rintangan yang bakal ditempuhi di sepanjang perjalanan penyusuan. Oleh itu ibu perlu pastikan sentiasa membekalkan diri dengan tips dan ilmu agar dapat menangis segala cabaran yang dihadapi demi meneruskan usaha murni menyusukan anak.

Sedar atau tidak, tugas mengepam susu adalah sebahagian daripada rutin wajib yang mesti dilakukan oleh ibu menyusu terutama sekiranya bekerja. Tahukah anda bahawa jadual mengepam susu secara konsisten membantu ibu mengekalkan pengeluaran susu.

Bayangkan anda meninggalkan anak selama lapan jam sehari ketika keluar bekerja namun hanya mengepam sekali atau dua kali, tentu sahaja penghasilan susu akan semakin berkurangan. Untuk mengekalkan momentum susu agar sentiasa dihasilkan, ibu perlu menghantar isyarat ke otak. Ia boleh dilakukan menggunakan kaedah jadual mengepam yang konsisten. Ibu jangan sesekali culas dengan jadual tersebut. Disiplin itu penting!

Selang masa mengepam adalah mengikut jarak masa bayi menyusu. Di awal usianya dua bulan, biasanya bayi menyusu dalam tempoh dua jam sekali dan semakin meningkat mengikut peningkatan usianya. Jadi, ibu boleh tetapkan masa mengepam yang sama setiap hari supaya otak terbiasa menghantar isyarat penghasilan susu dan ibu juga tidak terlupa dengan masa mengepam.

Contoh sesi mengepam yang disarankan adalah seperti berikut:

Sesi 1 : 9 pagi
Sesi 2: 12 tengahari
Sesi 3: 3 petang
Sesi 4: 6 petang

Info penting yang mesti diketahui ibu, jangan percaya yang kononnya tunggu sehingga payu dara bengkak baharu boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak atau tidak, ibu wajib pam susu!

Ini adalah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk keperluan anak kita. 

Credit to : Pa & Ma



Terima Kasih

13 March 2015

Hyperthyroid atau Hypothyroid ?

Assalamualaikum..

Semalam ada sorang customer saya mencari suplemen untuk penyakit hyperthyroid. Dia kata badan cepat letih. So, memerlukan kepada suplemen yang boleh membantu dia mengurangkan kesan yang dia dapat dari hyperthyroid yang dia ada tu. 



Thyroid terbahagi kepada dua jenis samada hyperthyroid atau hypothyroid. Dan thyroid ialah benjolan atau saiz leher lebih besar dari biasa. 


Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan. 


Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid.



Banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid.



Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon. 

Individu berusia 40 tahun ke atas dan wanita lebih terdedah kepada risiko penyakit tiroid. Kadangkala, penyakit tiroid dialami wanita hamil kerana lebih banyak hormon tiroid diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. 



Bagaimanapun, bengkak itu bersifat sementara dan akan hilang selepas wanita melahirkan anak. 




Gejala hyperthyroidism:
  • bengkak di leher
  • degupan jantung yang cepat
  • cepat marah
  • cepat berpeluh
  • tidak tahan cuaca panas
  • tangan bergetar
  • kitaran haid tidak teratur
  • sentiasa gelisah
  • penurunan berat badan
  • rambut gugur
  • masalah sukar tidur (insomnia)
  • bengkak di sekeliling mata
  • kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
  • cirit-birit
  • tubuh badan lemah
  • osteoporosis 

Gejala hypothyroidism:
  • kurang tenaga
  • rasa sejuk
  • denyutan jantung perlahan
  • kemurungan
  • berat badan bertambah
  • kurang daya ingatan
  • kulit kering
  • rambut gugur
  • sembelit
  • beguk
  • nafsu seks turun
  • suara serak 

Antara suplement bagi pesakit tyhroid ialah Vitamin E, Zink, B Complex, Vitamin C dan Kalsium. Pengambilan Omega-3 juga digalakkan. 







Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign