23 February 2015

Kalsium Menghalang Tulang Rapuh

Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.



Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Sumber-sumber kalsium
Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.
Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.
Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
3 gelas susu,
4.6kg daging,
15 biji telur,
70g cheese,
400g ais krim, atau
2 cawan yoghurt.

Osteoporosis
Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.
Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.



Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :
  1. kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat
  2. kurang pengambilan kalsium
  3. pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause
  4. risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok
Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini.

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.

Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil
bersama-sama vitamin D dan magnesium serta diambil selepas makan

Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.

Saya pilih OSTEMATRIX SHAKLEE ! Sumber kalsium yang mencukupi untuk tubuh badan saya. :)






::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
 ✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam









Terima Kasih

17 February 2015

Vitalea ~ Multivitamin Penting

Assalamualaikum semua..:)

Sempena promosi VITALEA bulan ni. So saya nak ceritakan kebaikan Vitalea. Vitalea ni merupakan vitamin WAJIB ambil sekiranya anda memang tak suka nak telan vitamin banyak-banyak jenis tau. 


Vitalea merupakan multi-vitamin dan mineral pertama dicipta didunia. 1 tablet vitalea mengandungi 28 vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh. 

Vitalea ni untuk siapa?

  • Untuk yang kurang darah merah
  • Ibu menyusu
  • Ibu mengandung 
  • Untuk yang sering letih/lesu
  • Untuk yang mengamalkan diet
  • Untuk yang memilih makan/tak makan sayur


Tablet vitalea disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina dan merupakan tablet yang paling pantas terlarut dalam air dan tubuh manusia. 


Pengambilan vitalea bersamaan 40 hidangan lauk. Bermakna untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji vitalea ianya sama dengan 40 hidangan jenis lauk. Haaa...mampu ke kita nak amik 40 hidangan lauk sehari? Baik telan vitalea je kan?

Jom grab VITALEA bulan ni sementara masih promosi nih..:)


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam

Terima Kasih

15 February 2015

Bahaya Asam : Kecur Liur Bila Sebut Asam..:)

Sebut je asam, kelenjar liur pasti berfungsi dengan baik. Kecur tau. Saya pun suka asam2 nih. Tak takdelah suka tahap serius. Kekadang je makan. Masa pregnant aritu pun sebab loya sesangat baru amik asam. Pastu latih diri ambil buah kismis campuran tu. Yang ada kacang, buah tin, aprikot. Lagi sedap kunyah2 kan. 




Kenapa Asam Bahaya?

Makanan seperti jeruk dan asam adalah berasid tinggi. Ia bahaya kerana asid bersifat menghakis dan boleh memudaratkan perut. Ia boleh dimakan, tetapi seharusnya pengambilannya bukanlah secara berterusan. Jeruk dan asam boleh dikategorikan sebagai makanan tidak sihat, kerana secara amnya tiada khasiat secara langsung.

Jika anda pernah pergi ke Muzium Jeruk Madu Pak Ali, anda mungkin berkesempatan melihat bagaimana proses membuat jeruk dilakukan. Jika diamati, buah-buahan adalah segar ketika dihimpun untuk diproses menjadi jeruk. Namun, dek kerana proses menjeruk, khasiat semulajadi yang ada pada buah-buahan ini akhirnya akan hilang.


Bahan asas untuk menjeruk adalah gula dan garam. Kandungan kedua bahan ini adalah sangat tinggi untuk hasilkan jeruk yang sedap, tanpa diketahui bahawa kandungan asid yang terhasil dan terkumpul boleh memberikan kesan terhadap hati dan jantung. Kekerapan memakannya pula akan beri akibat jangkamasa panjang. Ia juga sejenis makanan yang tidak elok untuk pesakit diabetes atau kencing manis.

Ada pula laporan yang mengatakan memakan jeruk boleh membawa akibat kepada meningkatnya risiko kanser. Selain itu, pengambilannya juga dikaitkan dengan punca alahan, kecacatan bayi, dan kurangnya daya tahap imun badan.


Petua Orang Lama Makan Jeruk Hilangkan Loya

Ramai pula kata, antara petua untuk ibu hamil hilangkan rasa loya ialah dengan makan jeruk dan asam. Saya tak nafikan, petua ini memang ada betulnya dari segi pengalaman sendiri. Namun, pengambilannya tidaklah perlu secara berlebihan kerana ditakuti akan beri kesan kepada janin dalam kandungan.

Ada pakar yang menasihati ibu-ibu mengandung - jika mahu hilang rasa loya dan muntah-muntah, cuba ambil Yogurt kerana ia mengandungi khasiat yang lebih baik jika nak dibandingkan dengan jeruk serta asam. Malah, disyorkan ibu mengandung lebih ambil buah-buahan yang boleh dijadikan rojak untuk makanan seharian sebagai ganti buah-buahan yang dijeruk.


Kesan Makan Asam Jika Berlebihan

1) Ia mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi. Boleh mengundang kepada penyakit kencing manis atau diabetes
2) Pengawet yang digunakan amat berbahaya kepada kesihatan
3) Pengawet seperti asid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang
4) Dalam sesetengah keadaan, pengilang menggunakan pengawet berbahaya. Contohnya jeruk dari Thailand menggunakan formalin (pengawet untuk mayat) supaya jeruk tahan lama.
5) Pewarna yang digunakan boleh mengakibatkan alahan.
6)  Jika pewarnanya terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut dan kulit.
7) Namun, ramai mendakwa asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan mengatasi mabuk hamil.
8) Asam dan jeruk yang diambil berlebihan semasa mengandungi ditakuti akan menjejaskan kesihatan diri dan kandungan.
9) Menghakis dinding pada perut dan usus-usus di bahagian abdomen kita
10) Boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa
11) Boleh menumpulkan ketajaman gigi sebab kadar asid yang tinggi




 Fuuhh, tengok asam boi trend sekarang ni hah. Kecur liurrrr...hummmm...

Terima Kasih

7 February 2015

Dhuha Pembuka Pintu Rezeki

Alhamdulillah, 

Di tahun 2015 ini salah satu perkara WAJIB saya buat ialah SOLAT DHUHA. Mesti buat. Saya kena PAKSA diri saya untuk buat dhuha walaupun hanya 2 rakaat. 



Saya pernah baca, jika anda rasa dengan membuat 2 rakaat dhuha masih belum memurahkan rezeki anda, tambah lagi 2 rakaat. Dan di tahun 2015 ini, saya tambah lagi 2 rakaat solat dhuha sy menjadikan ianya 4 rakaat. Alhamdulillah, rupanya tak berat pun 4 rakaat tu bila kita dah biasa. 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)



Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

Terima Kasih

5 February 2015

Kenapa Botol SHAKLEE tiada logo HALAL?

Kisahnya seorang anak nak beli AJHT untuk maknya yang sakit lutut. Dah siap order, tapi mak dia taknak sebab mak dia kata kat botol shaklee takde logo halal..:)

Takpe. Kalau kita sekalipun mesti kita tengok kat botol ada halal ke tak kan? 

Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America) :
  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)

Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. ISA ini pula merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM



Kita boleh tengok lain-lain badan yang diktiraf oleh JAKIM dalam Halal Directory. Banyak lagi badan-badan lain yang diiktiraf oleh JAKIM. Tak semestinya logo halal mesti sama dengan JAKIM punyer ye..

Dan ini sijil HALAL Shaklee yang paling latest. Dalam sijil ni terdapat senarai produk Shaklee yang telah mendapat status halal. Jangan ragu-ragu lagi yer. Syubhah nanti.:)



Mudah-mudahan entry ini membantu anda bertambah yakin dengan produk shaklee dan mengamalkan tanpa rasa was-was..

"Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas),dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara syubhah (tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya."
(Imam Bukhari dan Muslim)



::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

4 February 2015

Oh My PAVLOVA

Dulu-dulu popular sungguh si PAVLOVA ni. Sempat la saya buat masa tengah glemer tu. Tapi sekarang mai teringin nak makan lagi. Tapi sebab utama ialah OVEN BARU tu hah. Semangat nak try sume masakan. Haha. Rajin benor ye. 

Ni resepi saya copy dari blog aziejaya.blogspot.com (Azie Kitchen)

Bahan-Bahan: 
4 biji telur putih (gred A)
1 cawan gula kaster (boleh kurangkan)
1/2 sk pure extract vanila 
1 sk vinegar/lemon juice
1/2 sb tepung jagung

Topping:
1 cawan heavy whipped cream
Fresh fruits


Cara cara:
Lukiskan bulatan pada kertas minyak menggunakan ukuran pinggan kuih dan terbalikkan.
Jangan lupa panaskan oven dengan suhu 150c dulu. 

Putar putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga kembang dan kental. Masukkan 1 sudu besar gula setiap kali sambil diputar sehingga habis. Masukkan vanilla. Setelah rata, keluarkan mixer bowl.

Tapiskan tepung jagung, kacau rata dengan spatula dan akhir sekali masukkan  cuka. Kacau rata. JANGAN GUNA MIXER ye. 

Tuang adunan ke atas bulatan yang dilukis tadi dan ratakan permukaannya. Bakar dalam oven pada suhu 130C selama 1 jam -  1  jam & 15 minit atau sehingga kelihatan berwarna pale, pinkish eggshell yang rangup di luar.

Bila masak, buka pintu oven dan biarkan pavlova di dalamnya selama 5 minit.

Bila dah sejuk, boleh letakkan whipping cream dan hiaskan dengan fresh fruit.

Untuk whipped cream : 
Putarkan whipped cream sampai adunan kental. Tambah sedikit gula. Dan putarkan lagi sehingga cream kental. 

Tips : saya masukkan pemutar cream dalam peti beku dulu. Supaya cream tak berketul bila putar. :)



Ni pavlova terabur saya. Tak pandai nk hias-hias. hihi

Tips Meringue Yang Cantik Merekah 
Copy dari Blog Kak Ya oh Yaya: http://silariangkanaku.blogspot.com


·                     Jangan ada setitik pon telur kuning.
·                     Jangan ada setitik pon air.
·                     Jangan ada setitik pon minyak / kotoran.
·                     Masa pukul telur jangan terus masukkan gula. Pukul sampai berbuih putih. 
·                     Masa masukkan gula jangan terus masukkan semua. Sabar, masukkan sikit-sikit tapi masa tu pakai kelajuan maksima.
·                     Kalau saya buat saya stop kejap then gaul kan gula yang melekat dekat dinding bowl supaya rata gulanya. Then putar balik.
·                     Panaskan oven dulu. Oven saya nak 150 darjah celcius.
·                     Meringue kita tak sama macam mat saleh. Meringue diorang putih cantik kita punya akan perang-perang sikit. Maybe sebab telur lain / lebih esen vanila.
·                     Masa masak tu kalau boleh jangan buka oven. Saya masak 1 jam. Suhu saya buat 140 darjah celcius.
·                     Gula kalau boleh 1 cawan. Kalau takde penyukat pakai cawan polisterin yang putih yang selalu ada dekat open house ataupon party tu saya dah ukur memang ngam ngam 1 cawan. 
·                     Kaup jer esen vanila tepung jagung dengan cuka. Dulu saya pakai lemon. Sekarang cuka jer. Lemon tak berapa mahir.
·                     Gula kastor tau.
·                     Lepas dah tamat waktu masak. Jangan bawak keluar. Bukak pintu oven sikit. Biar dia sejuk sendiri. Nak keluarkan boleh. Lepastu kempis la meringue awak.
·                     Kalau dah masak sejam tapi cucuk lidi pastu lembik. Awak tambah 10 minit. 
·                     Kalau pavlova sukar nak tarik dari baking paper, kemungkinan tak cukup masak.
·                     Saya pernah kurangkan gula. Tapi pavlova saya lembik.
·                     Pavlova ni akan mengambang gebu. So masa letak dalam loyang jangan rapat sangat ke dinding loyang. 
Selamat Mencuba yer. 

Saya pun cuba kali ke berapa puluh ntah, baru menjadi PAVLOVA yang CANTIK. 



Terima Kasih

3 February 2015

Vitalea Kids untuk Si Manja


Namun, kids are kids. Mereka tetap suka makan macam-macam jenis makanan. Lebih-lebih lagi jika kita pun suka makan junk food.
Jadi, sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.
  • Dari lahir sampai usia tiga tahun, perkembangan otak sangat sensitif dan bergantung terhadap gizi bayi dan anak-anak. 75% dari kapasiti otak mereka berkembang selama waktu ini. Kerana itu bayi harus diberi susu ibu, dan ibu hendaklah menjaga diet agar mendapat nutrient yang mencukupi untuk dirinya bagi menjaga tahap penting dalam perkembangan bayi.
  • Setelah usia dua tahun, diet anak harus mengandungi cukup rendah lemak untuk mengelakkan perkembangan penyakit jantung, obesiti, dan masalah kesihatan yang lain di sepanjang pembesaran mereka.
  • Pada usia lima tahun, otak anak telah berkembang sebanyak 90%.
  • Antara usia 11 dan 16, anak-anak mengalami growth sput, selari dengan pertambahan berat badan, pembentukan otot dan kematangan alat reproduksi.
Memandangkan kebanyakan ibu bapa hari ni adalah bekerja, maka tugas memberi makan anak-anak jatuh kepada pengasuh atau penjaga, termasuk guru taska, pembantu rumah dan sebagainya. Jika anak dijaga pembantu rumah, mungkin ibu bapa boleh menetapkan ‘rules’ tentang apa yang boleh dan apa yang tidak. Dan boleh meninggalkan makanan berkhasiat dari sumber organik misalnya untuk anak-anak. Namun jika anak dijaga pihak luar, nutrisi harian yang diambil tidak boleh dipandang mudah.

Ingat, makan bukan untuk kenyang tapi untuk membekalkan nutrien kepada tubuh.

Oleh itu, pilihan untuk ibu bapa bagi melengkapkan keperluan harian anak-anak, kini boleh diperolehi di Shaklee.

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea® for Children Chewable disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian! 

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea® bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya!


Fakta ringkas Vita-Lea® for Children Chewable Shaklee:
    • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
    • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
    • Memberi 100% nilai harian vitamin C
    • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia.
    • Berasaskan phytonutrien semulajadi
    • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti.
    • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
    • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa berri


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam


Terima Kasih

2 February 2015

Kenapa Lecithin Shaklee?


Apa itu Lecithin?

- Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
- Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
- Untuk komersil didapati dari telur, jagung & kacang soya
- Fat Emulsifier - Melarutkan lemak

Apa ada dalam Lecithin?

- Asid linoleik (essential fatty acid) yang amat diperlukan oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian
- Kolin - satu komponen neurotransmitter (memberikan impuls dari saraf satu ke saraf yang lain)
- Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
- Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Apakah khasiat dan kegunaan Lecithin?

1. PALING UTAMA - untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids) 

- Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
- Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
- Membantu mengawal paras triglycerides (a type of fat found in your blood. Your body uses them for energy)
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK 

- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman etc
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin
- Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. UNTUK KAUM TUA 

- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4. UNTUK PENGHADAMAN 

- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile'(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. UNTUK SEL
- Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
- Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
- Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

Hasil Penyelidikan (R&D)
- Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
- Lecithin daripada telur boleh tetapi tidak bergitu berkesan

Mengapa Shaklee?
- Kacang soya - sumber semulajadi yang terpilih.
- Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
- Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
- Kepekatannya - 1 kapsul : 520 mg lecithin, 78 mg phosphatidycholine, 47 mg phosphatidylinositol

Peranan Lecithin Pada Breastfeeding Moms
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.

Maka, selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah YA selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.

Sudah ramai yang merasai keberkesanannya. Ada bila lagi? :)
::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign