25 September 2014

Tampil Lebih Muda & Menawan dengan Shaklee Collagen Powder


Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda. 

Malangnya, semakin meningkat usia, kolagen dalam badan akan semakin berkurangan. Tetapi jangan bimbang, kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat menggantikan kolagen yang hilang. 

Bukan itu sahaja, ia juga berupaya menyegarkan semula kulit yang sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut. 


Untuk itu, apa kata mencuba Shaklee Collagen Powder. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah. 

Kolagen ini memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton. Tujuannya tidak lain, bagi membolehkannya diserap dengan mudah oleh tubuh selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan. Sisik ikan merah juga merupakan sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan yang lebih tinggi dan tahap pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan. 


Shaklee Collagen Powder terdiri dari tujuh bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak Plaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. 

Buktinya ia dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Kesan-kesan lain yang boleh dilihat ialah :

  • Anti Penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan 
  • Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan menggelupas pada wajah 
  • Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan 
  • Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit 
  • Menyubut - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar
  • Mencerahkan - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara 
  • Menyokong sendi - Menyokong kekuatan sendi dan menguatkan tulang serta membantu oto dalam mata supaya lembut 
Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.

Shaklee Collagen Powder adalah pilihan yang tepat. 

Hubungi saya : 




Terima Kasih

24 September 2014

Maternity Photoshoot ~ Little Humaira Inside

Ish..
Tetiba mai teringat my first time perut membulat bagai juara..
Hari-hari kendong ke sana ke mari..
Bestttt...
Best sangat2..
Rindu dah ni hah..:)


Bukak CD dan tengok balik gambar-gambar masa membulat tu..

Rinduuuu..:(




Maternity Photoshoot ni memang dari belum pregnant lagi dah niat nak buat. Kononnya untuk ingatan masa akan datang. Tambah pula yang ini yang pertama, memang teruja sangat setelah sekian lama menanti. 






Saya buat photoshoot di 2 tempat berbeza. Satu buat kat One Stop Baby Cente (Indoor) dan satu lagi buat kat taman kat kuala ibai. Masa buat indoor tu segan juga ler. Sebab orang sibuk nak membeli, kita sibuk nak bergambar. Haha.

Yang jadi 2 tempat ni sebab padang tempat cameraman decide nak shoot tu ada budak-budak tengah main bola. So, takleh nak buat, Kang diorang sorak kita, maluuu tau. 



Photoshoot ni hajatnya nak buat masa 7 bulan. Sebab masa tu muka takdelah sembab sangat. Tapi sebab perut tak besar sangat time tu, so tunda sehingga perut besar. At last, buat photoshoot time dah nak due sangat. Nasib baik sempat. Tu pun siap merajuk dengan en.hubby sebab tak berapa nak layan wife nak photoshoot. hihi. Bila dah nak dekat due ni, paham jelah macam mana rupa. Sembab + kembang..kembangggg sangatttt..haha. 





Photoshoot ni saya amik dengan Shahrol Mohd. Memang sangat sporting orangnya. Mudah berkira. Suka buat lawak. Senyum sokmo. Harga pun murah. Tak sampai RM300 pun. Harga sebenar kena tanya tuan. Takde limit masa jugak. Selagi belum malam, silakan bergambar..kikikiki..





Props tu saya buat sendiri jer. Mulanya nak tempah, tapi sebab kesuntukan masa. So, buat sendiri jer. Jimat pun yer kan? Kreatip saya ni kan..Lalalalala..



Mini black board untuk props tu merata jugak cari. Sebab nak yang kosong. Takde tulis apa-apa kat bingkai dia tu. Tapi memang takde. At last, beli jugak kat mydin tu.



Selongkar kotak lama-lama cari bear pulok. Edisi jimat. Takmo membazir beli-beli bagai. Ilham nak buat props ni semua dari hasil carian encik google. Siap google lagi camne nak posing tau..Ish3..Bersungguh benor..:)








Rindu nak memboyot lagi..Hahaha..Kalau ada rezeki, kita carry adik humaira pulak yer..InshaAllah..Muda-muda ni kena beranak ramai-ramai. 

Alahai..Muda la sangat kan?Dah nak masuk 30 tahun dah ni. Nak meneran pun nafas pendek. Ish..




Terima Kasih

23 September 2014

Penting ke B Complex?

Dulu masa zaman saya belajar, selalu saya dengar nak cerdik kena makan b complex. Masa tu memang lum kenal shaklee lagi. Tahu vitamin yang jual kat watson dan guardian tu jer. Masa belajar memang banyak yang kita nak hafal, nak kejar pointer lagi. So, memang kena makan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan prestasi ingatan ni. 


Kebaikan B Complex


B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.

  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
  • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*


Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

  • Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  • Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
  • Peningkatan penghantaran zat
  • Tablet mudah ditelan
Jangan terkejut bila anda consume B Complex, urine anda bertukar menjadi warna kuning ye. Ini kerana B Complex merupakan vitamin yang larut air dan mempunyai elemen kuning. 

Boleh rujuk disini ---> Kenapa Urine Kuning?

Dapatkan B Complex anda hari ini. Untuk ibu mengandung, anda sangat-sangat digalakkan mengambil B Complex Shaklee kerana ia mengandungi Asic Folic didalamnya yang mana sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. 



Terima Kasih

22 September 2014

Petua Rawat Selsema


Sekarang memang musim demam selsema agaknya. Mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang tak menentu ni kan? 

Kalau demam selsema memang sangatlah tak selesa kan? Kita yang tua ni pun rasa xbest apatah lagi anak-anak kecik tu. 

Alkisahnya, si comel saya tu terkena demam selsema ekoran dari jangkitan saya ni hah. Kesian sangat. Layu terkulai. Tido pun tak lena. Sobbsss.. Memang perasaan keibuan sangat time ni. Baru rasa camne perasaan mak bila anak sakit. Huhuhu...

Sebelum ni pernah terbaca kat FB, orang share petua menghilangkan selsema. Tak amik kisah sangat. Tapi bila dah kena kat anak, cepat-cepat google balik. 

Saya share balik kat korang ye. Dengan izin Allah, inshaAllah selsema cepat sembuh. 

Ni petuanya yer..:)

Kaedah Minyak Bawang Putih 
  1. Bakar bawang putih bersama kulitnya. (Jangan sampai hangus) 
  2. Lenyekkan bawang putih tadi dalam minyak zaitun. Kalau ada lemon, boleh juga perahkan sekali lemon. Sebab lemon kaya dengan Vitamin C.
  3. Sapukan minyak tadi ke dada, perut dan belakang badan anak. 
  4. Sapukan juga pada tapak kaki dan pakaikan stoking sepanjang malam.


Kaedah Stokin Bawang Putih (Garlic Socks)

  1. Pakaikan anak stokin yang berlubang besar sedikit, kemudian ambil sehelai lagi stokin dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk (jangan tumbuk lumat) 
  2. Untuk bayi, ambil separuh bawang putih sebab ditakuti kaki anak kepanasan 
  3. Tujuan guan 2 stokin adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan disebabkan oleh kepanasan bawang putih 
  4. Untuk orang dewasa boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan bawang putih ditapak kaki menggunakan plaster.


Dan bahan yang paling UTAMA ialah DOA. Mohon agar Allah memberikan kesembuhan buat si kecil kita. Sebab doa ibu kan mustajab..:)

Info : 
Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi dan membantu menyembuhkan selsema dan demam. 


Lemon merupakan salah satu buah yang kaya dengan Vitamin C yang mana meningkatkan imun tubuh bagi melawan penyakit. 


Selamat Mencuba..



Terima Kasih

21 September 2014

Berpantang Sihat dengan Shaklee



Saya memang dah jatuh cinta sangat-sangat dengan Shaklee sejak dari awal memulakan usaha mendapatkan zuriat melalui shaklee lagi. Sepanjang kehamilan pun saya tetap setia dengan Shaklee sehingga tempoh berpantang, saya masih dengan Shaklee. 

Best ke berpantang dengan Shaklee ni?

Bagi saya yang pertama kali berpantang, memang saya akui sangat best. Ramai yang tegur tengok saya sihat bertenaga je. Tak macam orang pantang pun. Alhamdulillah. 

Untuk ibu-ibu yang tengah sarat dan sedang mencari set berpantang yang sesuai, anda boleh memasukkan Shaklee sebagai salah satu listing pilihan anda. 


SET BERPANTANG SHAKLEE



B Complex (120 biji ) :
Untuk kesihatan saraf ibu dan anti stress. Juga untuk mengelakkan meroyan

Zink (120 biji ) : 
Untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin 

Vitamin C ( 180 biji) :
Mengelakkan anemia dan mencegah selsema dan demam

Vitalea (120 biji ) : 
Membentuk sel darah dan mengantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran

ESP (850 gram) : 
Untuk sumber protein pada ibu dan juga memekatkan susu ibu supaya baby cepat kenyang 

Ostematrix (120 biji) : 
Mengelakkan ibu berpantang dari sembelit 

Alfalfa (330 biji) : 
Untuk memperbanyakkan susu ibu 

Lecithin (180 biji) : 
Untuk membantu mencegah bengkak susu dan membantu dalam penurunan berat badan



Dapatkan Set Berpantang Shaklee dengan penjimatan harga yang sangat berbaloi. 
Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan khidmat nasihat PERCUMA dari saya. 

FB : Wan Anida 
FB Pages : Kedai Vitamin Terengganu
Whatsapp : 0199879347
COD : area K. Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Losong 






Terima Kasih

15 September 2014

Anak Mama dah 6 Bulan

Si comel saya tu sebelum 6 bulan dah sibuk nak makan apa yang kita makan. Asal kita suap kat mulut kita, dia pun sibuk nganga sekali. Siap boleh menangis lagi kalu tak diberi makan kat dia jugak. Ish. Memang keturunan mama. Haha. Pantang bab makan orang main-main..hihi..

Orang tua-tua dulu memang tak kisah anak dah 6 bulan ke belum, diorang suap je. Tengok tok wan ngan aki dia suap nasi saya risau jugak. Tapi takkan nak halang kan? Kecik hati diorang nanti.

Awal-awal lagi saya sibuk mengoogle bagai peralatan untuk makanan baby dan resepi dia sekali. Anak sulung kan. Memang excited melebih-lebih. Lalalalala...Tak sabar nak bagi si kecik tu makan. Asyik minum susu je kan? Mesti boring dop?

Baby Food Processor?


Sekarang macam-macam jenis baby food processor yang ada kat pasaran kan? Memang sangat memudahkan kerja ibu-ibu yang bekerja ni hah. Ada duit banyak boleh beli yang branded sikit. hihi. 

Pikir punya pikir, pilih punya pilih, tengok bajet, tengok fungsi akhirnya saya memilih Little Bean Baby Food Processor. Kenapa?

1) Yang pastinya mampu milik. 

Kalau ikut hati memang sangat berkenan yang brand Avent. Sangat berkenan. huhu. harga dia tak silap RM450 ++. Tapi tengok poket, memang tak berapa nak mampu. So, mama pilih yang brand Little Bean. Harga RM199 sahaja. Semoga blender ni dapat berkhidmat dengan baik sehingga anak saya yang ketiga..;)

Berkenan sangat yang ni..huhu

Pilihan yang terbaik. Insha Allah..:)


2) Steamer sekali macam brand Avent 

Makanan baby kebanyakan perlu di stim terlebih dahulu sebelum dikisar bagi melembutkan dulu buah/sayur tersebut dan mendapat hasil kisar yang halus. Rebus tidak digalakkan kerana rebus akan menghilangkan nutrien sayur/buah. 

Baby Food Storage?


Saya berkenan tengok kat google diorang keep makanan baby yang dah dikisar dalam storage kecik-kecik tu. Masa beli blender tu siap ambik dah bekas storage tu. Tapi tengok salesgirl bukak kotak blender dan memang dalam kotak tu dah ada bekas storage, so tak jadi beli yang kecik-kecik tu. hihi. Baru belajar buat makanan baby kan? Kena beli mana penting dulu. Takut-takut kan rajin sekejap je, membazir semua tu hah. hihi. 


Food Warmer?


Yang ni saya dah beli masa awal bersalin haritu. Untuk panaskan botol susu humaira. Dan boleh guna untuk panaskan makanan baby jugak. So, boleh guna untuk panaskan puree humaira yang mama dah freeze kan tu.



Baby bowl set?


Yang ni memang tak payah beli dah sebab ade yang kawan bagi hadiah untuk humaira. So, guna yang tu je. 

Humaira punya brand Anakku. Ni hasil google. Macam comel je kan?

Sekarang ni sibuk la duk google resepi sihat untuk si comel tu hah. Tengok dia makan dari air tangan kita macam seronok je kan? Tak sedap pun mama suap jugak. Haha. 

Semoga Nur Qaireen Humaira membesar dengan sihat dan sempurna.

Nanti ada masa saya share resepi si manja pulok ye..:)

Untuk soalan-soalan lazim mengenai pemakanan pertama bayi boleh baca di Soalan Lazim Pengenalan Makanan Pejal kepada Bayi


Terima Kasih

Pentingnya DHA untuk Minda Anak


Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas?

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh.

DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
 
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:

*Meningkatkan daya fokus
*Perkembangan otak yang baik
*Menajamkan penglihatan
*Meningkatkan sistem imun
*Mencegah ekzema
 
Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:

*1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
*2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
*4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.
 
Makanan yang kaya DHA:

*Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi  10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.

*Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.

Credit to : Pa & Ma

Omega Guard Shaklee merupakan  minyak ikan paling tulen didunia. Ini kerana setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi antaranya EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard  membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA. 



Omega Guard diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) diperairan negara Jepun. Ianya tidak diambil dari minyak hati ikan. Ketumpatan Omega Guard juga adalah 3x ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.

Kaedah mengekstrak minyak ikan iaitu kaedah penyulingan tekanan tinggi, biasa digunakan oleh kebanyakan kilang masa kini. Kaedah ini boleh memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak mampu menapis logam-logam berat yang membahayakan kesihatan.
           
Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Omega Guard dihasilkan oleh melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 paling tulen  dan paling semulajadi.

Kaedah ini berjaya menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl  - sejenis bahan kimia industri yang sangat toksik). 

Berikan yang terbaik untuk minda simanja anda bermula hari ini. 

Sebotol Omega Guard mengandungi 90 kapsul 
Dapatkan dengan harga terbaik dari saya. 











Terima Kasih

Bawang Putih sebagai Antibiotik

Bawang putih bukan sahaja enak dijadikan bahan asas dalam masakan bahkan juga merupakan antibiotik semulajadi yang dapat membunuh bakteria. Selain itu, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan bakteria. 

Pengambilan bawang putih ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan protein dalam urin. Kajian juga menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil. 

Selain itu, bawang putih juga merupakan satu cara untuk menyembuhkan selsema bagi ibu yang menyusu kerana pengambilan ubat antibiotik ketika menyusu tidak digalakkan.


Kebaikan Bawang Putih 


1. Mengurangkan risiko angin ahmar 

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan daran dengan baik bagi mengelakkan risioko darah tinggi dan angin ahmar/strok. 

2. Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan radikal bebas dalam darah.

3. Antibakteria dan antivirus 

Sejenis bahan Allicin yang terkandung dalam bawang putih bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. 

4. Anti-inflamasi 

Kajian menunjukkan bawang putih mempunyai bahan anti-inflamasi yang dapat mengurangkan penyakit asma dan mengurangkan inflamasi pada sendi. 

5. Mengandungi banyak iodin 

Kandungan iodin yang tinggi dalam bawang putih amat baik untuk pesakit hyperthyroid. 

6. Membantu sistem pencernaan 

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan dalam saluran makanan. 

7. Meningkatkan sistem imunisasi 

Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama 3 minggu akan meningkatkan sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor. 

8. Mengurangkan kolestrol dalam tubuh 

Kandungan di-suplhide dalam bawang putih membantu menurunkan kadar kolestrol dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. 



Cara mudah nak telan bawang putih ialah dengan mengamalkan pengambilan GARLIC SHAKLEE

Setiap tablet GARLIC SHAKLEE mengandungi 500mg bawang putih. 
Sebotol mengandungi 60 tablet.



Berminat?Boleh hubungi saya : 




Terima Kasih

14 September 2014

Kolestrol JAHAT @ LDL

Bila sebut kolestrol tinggi, mesti kita terbayang-bayang orang yang gempal je ada kolestrol kan? Perlu diingatkan orang kurus pun kadang-kadang kolestrol dia lagi tinggi dari orang gempal tau. Haaaa...jaga-jaga ye..


Kolestrol adalah komponen lemak yang terdapat pada pembuluh darah. Kolestrol sebenarnya berguna sebagai sumber energi, membentuk dinding sel-sel dalam tubuh juga sebagai bahan dasar pembentukan hormon steroid. Terdapat dua jenis kolestrol iaitu kolestrol baik (HDL) dan kolestrol jahat (LDL). HDL berfungsi membawa kolestrol dalam darah kepada hati dan hati akan menyingkirkan kolestrol dari arteri darah. Manakala LDL pula melekat pada dinding arteri dan membentuk plak yang mana menghalang darah bergerak dengan baik. 


Bahaya kolestrol tinggi

  • Penyempitan saluran darah  
  • Risiko penyakit jantung - arteri darah tidak normal membekalkan darah dan oksigen ke hati 
  • Serangan jantung - berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat
  • Angin - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat cukup oksigen
  • Strok - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena dan menyekat aliran oksigen ke kawasan otak. 

Phytocol-st Shaklee bantu cegah kolestrol 


Kelebihan dan Keistimewaannya
  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Bagaimanakah Fitosterol bertindak?
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.

Omega Guard Shaklee bantu menyerap kolestrol


Bagaimana pula dengan kolestrol yang telah sedia ada dalam tubuh kita? Jangan risau, Omega Guard membantu menyerap LDL dari badan yang telah lama mendiami tubuh kita. 

Fungsi Omega Guard : 
  • Mengurangkan risiko degupan jantung tidak normal  
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Mengurangkan risiko angin ahmar (strok)
  • Merendahkan tekanan darah
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic

Cegah sekarang sebelum terlambat. Jangan biarkan kolestrol menginap lama dalam tubuh anda. Cegah sebelum penyakit berbahaya menyerang dalam senyap..



Terima Kasih

Makanan Pertama Bayi Anda


Bila baby dah nak masuk usia 6 bulan memang teruja nak bagi baby makan kan?Saya pun rajin google resepi yang boleh bagi baby makan supaya tidak memudaratkan perut baby yang masih baru dalam proses penerimaan makanan pejal. 

Untuk ibu-ibu baru seperti saya, banyak ilmu yang perlu dipelajari sebelum memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Seronok memang seronok. Tapi jangan sampai tersalah bagi makan..;)

Antara persoalan yang biasa bermain-main difikiran mommies sebelum bagi baby solid food : 

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu bagi makan apa?
Untuk into, bagi bayi anda makan puri buah/sayur dahulu. Gunakan 4 days rule. Setiap satu jenis makanan perlu diberi selama 4 hari berturut-turut. 



2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula bagi 1 kali dulu. Samada pagi, tengahari, petang atau malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru. 

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.


4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.


5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.




6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.


7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.


8) Bagaimana mahu buat puri?
Untuk membuat puree, buah/sayur perlu distim terlebih dahulu sebelum dikisar. Elakkan rebus kerana rebus akan menyebabkan nutrien hilang. Dan jangan kisar makanan baby dalam kisar lada anda..;)


9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.


10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.


11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.


12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.


13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.


14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.


15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.


16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Beras perang dan oat perlu direndam di dalam air masak atau air tapis atau air nyahklorin bersama sedikit perahan jus lemon atau limau nipis selama sekurang-kurangnya 12 jam. Ini untuk memudahkan proses penghadaman bayi kita. Lagipun bila dah rendam cepat skit masaknya. Beras perang bila da direndam warna perang dia akan luntur, oats pula akan mengembang bila da direndam.

Lepas rendam tak perlu basuh, boleh masak dengan air rendaman..tp mcm ada bau masam skit la, sebab tindakbalas berlaku masa merendam tu..proses penapaian nama dia

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.


18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.


19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.


20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.


21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?
Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.


21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.


22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.


Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.


Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.


Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

23) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.


Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.

Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.

24) Baby sudah 8 bulan, menu apa yang boleh bagi?
baby 8m dah boleh intro lebih sikit grains macam millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta..veges macam capsicum,cendawan,sayur daun hijau(kecuali bayam),beetroot..protein macam ayam,daging n kuning telur..dah boleh tumis,tambah rempah,tambah santan..4 days rules jangan lupa ya..termasuk rempah pun kene intro satu2 untuk 4 ari..


25) Pisang perlu lenyek ke tidak?
Intro samaada lenyekkan dan tambah sikit ebm pun boleh..atau pun letak dlm food feeder tu pisang, dan biarkan dia hisap sendiri


26) kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?
Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.


Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.

27) Boleh ke bagi kentang untuk baby 6bulan?
Kentang 8-10 bulan. Sweet potato = Keledek. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6 bulan sebab boleh menyebabkan sembelit.


28) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?
Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12 bulan.kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit


29) honeydew bole buat puree ke?
Honeydew boleh 8-10 bulan


30) Mangga dan epal kena kukus juga ke?
Mangga masak ranum 6-8 bulan. Epal kena kukus. Mangga tak perlu. Yang penting mesti masak ranum.


31) Macam mana nak naikkan berat baby?
Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7 bulan ke atas. 


Selamat berusaha ye ibu-ibu. Enjoy our parenting hood.


Credit to : My Baby Homemade Solid Food



Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign