26 June 2015

Performance Drink ~ Minuman Wajib Bulan Puasa

Sekarang tengok kat tv asyik keluar iklan 100plus je kan? Sebab 100plus minuman isotonik yang bagus terutamanya ketika bulan puasa. Cuma yang tak bagus ialah kandungan gula dalam minuman berkenaan.

So, tak perlu pikir panjang. Anda boleh cuba PERFORMANCE DRINK dari SHAKLEE. Performance Drink merupakan minuman isotonik yang diperlukan oleh badan especially bulan Ramadhan bagi mengantikan cecair yang hilang dalam badan dengan cepat. 

Dan, terbukti Performance Drink juga mampu membuatkan anda lebih bertenaga dan kurang haus ketika menjalani ibadah puasa. 



Fuh, tengok gambar je pun dah terliur. Aishhh. takleh taip panjang-panjang ni. Karang kurang pulak pahala puasa ni hah. Hihi. :)

Jom order lekas. Sempat lagi ni.


*********************************************************************************

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

25 June 2015

Jangan Ambil Remeh Dehidrasi ~ Kekurangan Air

TUBUH badan manusia terdiri daripada 75 peratus air manakala selebihnya 25 peratus adalah bahan pepejal.

Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75 peratus air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening.

Kebanyakan daripada kita tidak menyedari akan peri pentingnya untuk mengekalkan kelembapan badan terutama sekali jika mengamalkan gaya hidup aktif.

Keperluan badan terhadap cecair (air) meningkat di dalam persekitaran panas dan lembap seperti halnya di Malaysia di mana, badan mengeluarkan peluh dengan lebih banyak sekali gus meningkatkan kadar kehilangan air.

Ambil sahaja contoh mudah, tumbuh- tumbuhan yang anda tanam di halaman rumah. Anda menyiram tumbuh-tumbuhan tersebut dan membajanya dengan baik sekali.

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak menyiraminya selama seminggu? Ia akan menjadi layu, bukan?
Itulah juga yang akan terjadi kepada tubuh badan kita jika tidak dihidrasi (diberikan air atau tidak mendapat kelembapan) sebagaimana yang sepatutnya.
Kadang-kala, dalam iklim yang lebih sejuk mahu pun persekitaran berhawa dingin, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan suhu badan, semakin bertambahlah cecair yang diperlukan.
Justeru, adalah sangat penting bagi kita untuk minum, tidak kiralah sama ada ia air masak, jus, minuman isotonik, susu mahu pun memakan buah-buahan serta sayur- sayuran yang secukupnya.

PERANAN AIR DALAM BADAN : 

Air membantu hampir kebanyakan anggota badan manusia untuk berfungsi secara berkesan. Kita perlu memahami peranannya di dalam badan.

* Otak kita adalah 75 peratus air manakala darah, tulang dan otot-otot masing- masing mewakili sebanyak 92, 22 dan 75 peratus air

* Air penting untuk pernafasan dan mengawal atur suhu badan

* Air juga penting bagi melindungi dan melapik organ-organ utama termasuklah sendi tulang

* Di samping itu, air membawa nutrien (zat makanan) dan oksigen ke semua sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrien

* Air menukar makanan kepada tenaga dan menyingkirkan bahan-bahan sisa yang tidak dikehendaki.


TANDA-TANDA PENYAHHIDRATAN : 

Kesan penyahhidaratan boleh muncul dalam pelbagai bentuk dari dahaga dan lemah kepada kegagalan fungsi buah pinggang.

Dalam kes-kes yang lebih ekstrem, penyahhidratan boleh membawa kepada koma dan akhirnya mengundang maut.

1. Penyahhidratan yang tidak begitu kuat
* Rasa dahaga
* Sakit kepala kesan daripada tekanan atau stres mental dan/atau fizikal yang boleh berpunca daripada tidak mendapat bekalan air mencukupi
* Mengalami keadaan letih lesu. Ini terjadi kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair
* Mulut dan tekak terasa kering

2. Penyahhidratan sederhana
* Rasa keliru, terjadi disebabkan oleh kekurangan cecair di dalam sistem otak yang boleh mempengaruhi cara seseorang membuat keputusan.
Ini kerana, otak mengalami penghidratan yang sangat lemah yang mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala serius
* Degupan jantung menjadi kencang, pening kepala, mengakibatkan tekanan darah rendah yang berpunca daripada penurunan darah
* Rasa lemah dan tidak bertenaga disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair di mana jumlah darah boleh menurun sekali gus menjejaskan prestasi dan rutin seharian kita
* Air kencing menjadi sangat pekat tetapi jumlah pengeluarannya merosot

3. Penyahhidratan teruk
* Pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin atau bahan racun dan bakteria yang terperangkap di dalam kelenjar limfa. Akibatnya, buah pinggang tidak berupaya mengusir keluar toksin-toksin itu
* Lidah bengkak
* Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang semakin berkurangan
* Rasa lemah, tidak bermaya tambah ketara
* Buah pinggang tidak dapat berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan toksin.

Untuk hidrasi sewajarnya, adalah disarankan agar anda minum pelbagai jenis cecair termasuk air, susu, minuman isotonik, jus buah-buahan, sup, minuman dengan rasa buah-buahan atau mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran segar dalam jumlah cecair dibenarkan, mengikut saranan.

Minuman isotonik memang mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam hidrasi terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Minuman isotonik yang mengandungi karbohidrat membantu menggantikan semula tenaga yang hilang manakala natrium bukan hanya menambahkan keenakan rasa cecair tetapi juga meningkatkan sensasi dahaga.

Ia turut membantu memperbetulkan kehilangan garam akibat perpeluhan berpanjangan.
Sementara itu, kalium, klorida dan magnesium tidak sekadar menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang di dalam peluh tetapi turut membantu pembendungan cecair serta menggalakkan penghidratan semula.


Terima Kasih

24 June 2015

Kulit Bermasalah Kurang Keyakinan Diri

Assalamualaikum sahabat saya yang dikasihi sekalian. Semoga dalam rahmat Allah sentiasa. :)

Pagi ni camne ye? Sihat tak? InshaAllah sihat dan kuat dalam menjalani ibadah puasa ini.

Disebabkan kita dah masuk bulan Ramadhan, bermakna Syawal akan diraikan tak lama lagi. Bila Syawal tiba ni, faham-faham la kan. Semua nak bergaya sakan. Tapi jangan melampau-lampau, jangan berlebih-lebihan. Allah tak suka. Sekadarnya sahaja. 

Salah satu yang kita concern bila nak raya is kecantikan. Bukan baju je cantik, tapi wajah yang cantik. Seeloknya cantik natural. Baru gempak kan. Bukan cantik dengan make up teballl..Jangan marah nooo..:P

Dan punca utama bila kita jaga kulit ialah rasa lebih yakin nak berdepan dengan masyarakat dan tak malu untuk bergaul. 




Petikan dari akhbar utusan menyatakan lebih 64% wanita mengidap masalah kulit sensitif pada bahagian MUKA dan 55% mengidap kulit sensitif pada bahagian BADAN. Muka dah cantik, tapi kulit badan pulak yang bermasalah. :(



Salah satu punca masalah kulit ialah KURANG VITAMIN. Haaa....tengok betapa pentingnya vitamin untuk kesihatan dan kecantikan. Sebab tu orang kata, kalau nak cantik mesti kena sihat. Pengambilan vitamin tambahan penting untuk kesihatan dalaman yang membantu menyerlahkan lagi kecantikan luaran. Antara vitamin yang penting untuk kecantikan kulit ialah VITAMIN C, VITAMIN E, B COMPLEX DAN ESP. Ini yang asas. Bergantung juga kepada bagaimana keadaan kulit individu berkenaan. 


Untuk kecantikan luaran, Shaklee juga ada produk pencuci muka, toner, krim, lotion. Bukan vitamin je yang Shaklee supply ye. Gunakan tips diatas untuk kecantikan wajah anda. 


*********************************************************************************



::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam


Terima Kasih

23 June 2015

Resepi Chocolate Shake ~ ESP + Cinch Choc Mix

Pening tak tahu nak kacau air ape untuk berbuka? Ni cheq nak bagi resepi air paling mudah nak buat. Dan yang penting berkhasiat tau.

Tadaaaa....



Tengok gambar pun terliuq kan. Dah tak payah nak pi beli air starbuck lagi. Kalu nak rasa sebijik macam starbuck boleh add on chip and creamer. Then topping dengan whipped cream. Walllaaa. Sodapppp aihhh..

Jom order sekarang sebelum Ramadhan berlalu. Untuk sahur saya sangat galakkan minum cinch. Sebab cinch membantu kenyang lebih lama dan bertenaga.

*********************************************************************************


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam





Terima Kasih

22 June 2015

Repeat Order Lagi ~ Carotomax Shaklee

Selamat berpuasa hari ke-5 untuk semua umat islam. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik, kesabaran juga kekuatan dalam menjalani ibadah puasa ini.

Dah pikir ke nak masak ape arini? Ranking paling tinggi mr google bulan ni mesti resepi kan? hihi.

Saya tak nak share resepi sebab takde masak lagi start puasa ni. Ma yang masak. :)

Ni nak share my customer repeat lagi order Carotomax untuk ayahnya yang ada masalah glaucoma mata. Bila customer dah repeat, means shaklee works for him la kan. Ayah dia ni memang dari dulu consume carotomax tapi berhenti seketika atas faktor yang tidak diberitahu. Berjodoh pulak shaklee dengan saya, so ayah dia start consume balik.


Carotomax ni memang fungsi utama dia adalah untuk kesihatan mata. Tapi dalam masa yang sama juga ia membantu kesihatan yang lain sebab carotomax tinggi antioksida. Carotomax mengandungi 6 KARATENOID TERBAIK untuk kesihatan optimum.


Sekiranya anda mengalami masalah mata seperti rabun, katarak, glaucoma mata boleh cuba ikhtiar dengan Carotomax Shaklee. :)



*********************************************************************************

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam

Terima Kasih

21 June 2015

Rindu Makanan @ Hyatt Regency Hotel Kota Kinabalu

Alhamdulillah, hari ini dah hari ke-4 berpuasa. Awk tu yang tulis blog ni puase ke tak eh? :P

Tetiba mai teringat makanan kat hotel masa kursus last 2 weeks tu. Serious, saya suka sangat makanan kat situ. Semuaaaaaaa sedap. Dengan pelbagai makanan yang dihidangkan dan dimasak panas-panas. Ada makanan western, indian food, chinese food, malay food. Semua saya nak ngap tau. I kan kuat makan..:)

Seafood dia segar dan besar-besar. Second day kursus tu dihidangkan dengan udang saiz XXXXL masak sweet sour. Berebut kitorang pi beratur tadah pinggan. Dapatlah rasa sekoq sorang. Ok dah tu kan. 

Tapi sayang tak sempat nak snap picture banyak-banyak makanan yang diorang hidang. Sibuk nak makan. Takut nanti sempat makan sikit je. Kuang-kuang. :P








Roti nan cheese, sedap sangat. First time saya makan. Order tu pun sebab terliuq tengok kari dhal dia. Ummm, ada rezeki boleh pi lagi kan. Bawak family. 

Selamat menjamu mata ye. 

Terima Kasih

20 June 2015

Keguguran: Perlukah Berpantang?


Keguguran mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Jika mengikut nasihat orang tua-tua, situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.

Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran.

Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Adakah tempoh berpantang ibu keguguran sama seperti ibu selepas bersalin? Sebenarnya mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang ibu yang keguguran termasuk bab pemakanan dan gaya hidup seharian.

Berpantang ibu keguguran berakhir mengikut jangkamasa keguguran.  Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin. Ibu mesti mengelakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.

Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai.

Ibu juga tidak boleh makan ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Jika mengikut petua pantang larang orang tua-tua, ibu yang melanggar pantang tersebut boleh mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.



Terima Kasih

19 June 2015

Minuman Detoks - Do It Yourself


Trend masa kini ramai wanita yang gemar minum air detoks. Apakah minuman detoks? Ia adalah air yang membantu mencuci sistem dalam badan secara semula jadi. Air detoks menyediakan antioksida untuk membuang keluar segala toksin dari dalam badan dalam medapatkan sistem penghadaman yang baik, kulit yang cantik, badan yang sihat dan tubuh yang bertenaga.

Jom cuba buat sendiri minuman detoks yang mudah dan berkhasiat ini jika diamalkan selalu. Sudah tiba masa untuk menyahkan toksin dari dalam badan anda sempena bulan puasa ini.


Lemon dan Timun
Kedua buah ini merupakan sumber hebat vitamin C dan antioksida. Timun juga sumber terbaik mengurangkan kembung sementara lemon bagus untuk menguatkan sistem imun badan.

Cara menyediakan
Hiris separuh biji lemon dan ¼ timun. Campur kedua bahan dalam bekas besar diisi dengan dua cawan ais dan penuhkan air ke dalam bekas tersebut. Biarkan bahan tersebut selama sejam sebelum boleh diminum.

Strawberi dan Lemon
Strawberi kaya dengan antioksida dan sumber terbaik potasium yang membantu mengurangkan paras kolesterol, risiko tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung! Ia juga mengandungi sumber anti penuaan seperti biotin dan asid ellagic yang membantu mengurangkan kedutan kulit. Lemon pula meningkatkan sistem imun anda menghalang sebarang jangkitan selesema dan demam. Bila dicampurkan kedua buah ini rasanya memang lazat.

Cara menyediakan
Hiriskan separuh buah lemon dan campur dengan enam biji buah strawberi yang dipotong empat. Tambahkan air dan ais. Untuk menambah rasa, boleh juga ditambah dengan daun basil. Biarkan selama sejam sebelum diminum.

Blueberi dan Oren
Oren bertindak sebagai pembekal vitamin C yang membantu melawan penyakit kronik. Oren juga baik untuk melegakan masalah sembelit, menghindari penyakit buah pinggang dan penentang kanser yang bagus. Blueberi pula memang terkenal bagus kerana kaya dengan antioksida. Keduanya juga tinggi dengan serat dan yang pasti rendah kalori!

Cara menyediakan
Tambah enam cawan air, dua biji oren yang dipotong bentuk baji dan segenggam buah blueberi. Tambahkan segenggam air dan biarkan ia sejuk di dalam peti ais selama 24 jam.

Kiwi dan Strawberi
Kiwi adalah ‘superfood’ kerana ia dipenuhi dengan vitamin A dan E yang membantu menghalang radikal bebas serta beberapa jenis kanser. Kiwi juga membuang segala toksin dari dalam usus, yang membantu memperbaiki kesihatan diri secara keseluruhan. Gabungkan ia dengan sumber anti penuaan iaitu strawberi, jika diminum selalu anda akan merasai kesegaran diri.

Cara menyediakan
Campurkan empat biji strawberi dan dua biji kiwi. Tambahkan segenggam air, penuhkan bekas dengan air sejuk. Biarkan dalam peti asi selama 24 jam sebelum diminum.

Anggur, Strawberi dan Limau nipis
Limau nipis adalah sumber serat terbaik selain membantu penghadaman dan menghalang masalah sembelit. Ia juga mengandungi minyak semula jadi yang menghindarkan jangkitan kulit serta meremajakan semula kulit anda! Anggur pula membantu mengurangkan keletihan dan kelesuan, juga melegakan masalah migrain. Tambahkan pula dengan strawberi yang kaya antioksida.

Cara menyediakan
Potong 20 biji buah anggur kepada bentuk separuh. Tambah sebiji limau nipis yang dikupas kulit dan dihiris, kemudian tambah dua hirisasn buah strawberi. Biarkan minuman ini dalam peti ais selama 24 jam.

Minum semasa berbuka nanti mesti best kan. Tengok pun dah rasa segar je tekak. :)

Selamat berdetoks. :P

Terima Kasih

18 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah, diberi keizinan untuk bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Sekejap masa berlalu. Ingat lagi Ramadhan 2013 bawak insan kecil dalam perut. Terasa segalanya dipermudahkan Allah. Dikurniakan berita baik disaat Ramadhan yang bakal tiba. Sungguh, Allah tahu waktu yang terbaik untuk kita. 

Tahun ini tahun kedua berpuasa dengan buah hati kesayangan mama, Nur Qaireen Humaira. Tahun lepas dia kecik lagi. Asal kita bangun sahur, dia pun bangun sekali. Tahun ni tak tahu lagi camne tu. 

Selamat datang Ramadhan yang penuh berkat. Peluang, ruang, keizinan, kemudahan untuk menambah pahala. 



Ramadhan merupakan bulan untuk mengumpul sebanyak-banyaknya pahala. Segala amalan kita akan digandakan pahala.

Ya Allah, Kau mudahkan untukku beribadat, ringankan tubuh badanku dan lembutkan hatiku untuk bangun malam. 






Dan jangan lupa untuk niat puasa ye. Tak sah puasa if tak niat tau. Semoga segala amalan kita diterima Allah dan dijagakan oleh Allah untuk kita dari berbuat kejahatan. 

Salam Ramadhan semua sahabat-sahabatku. :)

Terima Kasih

17 June 2015

Koleksi Jubah/Dress @ Anida Collection

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk sahabat-sahabat yang dikasihi. Alhamdulillah, 2 hari ni cuaca di Kuala Terengganu mendung dan hujan. Terasa nyaman dan selesa je cuaca camni kan. Mudah-mudahan bulan Ramadhan nanti pun cuaca tidaklah terlalu panas. 

Bila dah masuk bulan Ramadhan, persiapan raya dah perlu diselesaikan. Tapi ada yang dah settle bab baju raya kan. Contoh macam saya la. hehehe. Untuk anak dan diri sendiri, Alhamdulillah 90% dan settle. Tinggal baju tema raya pertama je tak settle lagi. Beli awal bukan sebab teruja nak raya tau. Tapi sebagai salah satu langkah berjimat-cermat. Beli sikit-sikit, simpan. Takdelah nanti kita perlu keluarkan belanja yang besar untuk beli persiapan raya. Untuk hubby, dia biasanya settle sendiri. Sebab susah nak beli baju yang kena dengan taste dia tau. Hukkk.


Untuk yang sedang cari jubah/dress nak raya nanti boleh jenguk di facebook Anida Collection. Anida Collection ni dah beroperasi lebih kurang 2 tahun sebelum saya bergiat serius dalam Shaklee. Sekarang masih running bisnes di Anida Collection dan ada jugak saya join vendor butik di Melaka. 


Jubah diatas antara jubah yang terbaru di Anida Collection. Material satin dengan konsep nursing friendly dan wudhu' friendly sangat sesuai untuk muslimah masa kini. Terdapat dalam 5 warna yang menarik. 



Koleksi dress diatas merupakan koleksi yang paling hangat di Anida Collection. Paling cepat laris sebab selesa dan harga yang berpatutan. Material chiffon (full lining termasuk lengan) dan cutting yang menarik. Harga dari RM65 sahaja. 

Jemput jenguk-jenguk di facebook Anida Collection untuk pelbagai koleksi untuk hari raya anda. 



Terima Kasih

16 June 2015

Homemade Masker Muka ~ Masker Kulit Cantik

Dulu-dulu sebelum jadi mak orang, rajin juga bermasker ni hah. Sebelum kenal Shaklee, saya buat masker guna bedak sejuk yang biji-biji tu. putih melepak tiap-tiap malam. Hihi. Tapi bila dah kenal Shaklee ni, buat masker guna Shaklee la pulak ye. 

Dah lama saya tak bermasker. Sejak ada anak ni, agak sukar sebab kengkonon nak buat masker sebelum tidur. At last, tertidur sekali dengan anak. ekekeke. 

Tapi, bila tengok salah seorang customer saya ni, sebulan bermasker dengan shaklee kulit dia jadi cantik dan bersih. Saya jadi teruja. Bertambah semangat nak bermasker balik. hihi. 

Banyak cara sebenarnya nak bermasker guna Shaklee. Saya share 3 Resepi Masker yang hot ye..:)

1. MASKER ESP + YOGURT

 2. MASKER ESP + VITAMIN E 
 3. MASKER VITAMIN C + ALFALFA


Jom, kita sama-sama start berMASKER SHAKLEE. Raya tak lama dah ni. Sempat la sebulan bermasker untuk kulit yang sihat dan berseri.


*********************************************************************************

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

15 June 2015

Berpuasa dengan SET MIGHTY 3 GEMS

Alhamdulillah, lagi 3 hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat. Ada lagi ke yang tak abis ganti puasa tu ye? :)

Bila dah nak puasa ni, ramai la yang duk cari set untuk tenaga katanya. Kalau boleh taknak letih-letih bila puasa nanti. Nak cergas macam biasa. Nak terawih setiap malam. InshaAllah.

Bulan puasa sememangnya bulan kesabaran buat kita. Letih dan lapar itu biasa. Sebab tu seeloknya kita dapatkan apa-apa suplemen atau makanan tambahan yang MEMBANTU kita untuk puasa dengan lebih baik.

Saya cadangkan SET MIGHTY 3 GEMS : ESP + MEALSHAKES + PERFORMANCE DRINK


1. ESP
  • Merupakan minuman rendah lemak,bukan GMO secara biologinya mempunyai kandungan protein yang lengkap dengan kandungan sembilan(9) asid amino perlu dan 14gm protein soya sihat bagi setiap hidangan.Rasanya yang enak dapat memberikan tenaga pada tubuh dengan protein soya yang berkualiti tinggi.
  • Membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan.
  • Sebagai pelapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidrolik di dalam perut.Oleh itu dapat elak rasa kepedihan perut dan ulu  hati.Sesuai yang menghidap gastrik.
  • Gabungan ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manla kesayangan anda sepanjang bulan Ramadhan.

2. PERFORMANCE DRINK

  • Mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LYTE dengan campuran untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.
  •  Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi.
  • Memelihara tahap gula darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  • Menjadi pilihan ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan mengurangkan rasa dahaga

3. MEALSHAKES
  • Membekalkan 19 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh dan ia amat perlu bagi proses tumbesaran dan mengekalkan kesihatan.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium dan membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka puasa dan sahur kita.


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam


Terima Kasih

14 June 2015

Testimoni ~ Kulit Cantik dalam 1 Bulan

Assalamualaikum,

Apa khabar ye sahabat-sahabat saya ni semua? Semoga sihat dan dalam lindungan Allah sentiasa. 

Pagi ni saya nak share TESTIMONI FRESH yang saya dapat dari customer last week. Sebab sibuk dengan kursus tak sempat nak hupdate kat blog ni hah. Hihi. 

Customer saya ni consume pada akhir bulan 4 dan baru ni dia share picture selepas consume Shaklee. Amazing. Saya terkejut tengok tau. Muka dia nampak bersih. Jauh beza dengan sebelum tu. Jerawat naik tu pun sebab period katanya. 

Ni dia gambar customer saya tu. Apa yang anda nampak perbezaan? 



Mesti ada yang tertanya-tanya dia consume apa ye? 

1. GLA
Sebab dia ada masalah jerawat. Salah satu sebab jerawat is hormone imbalance. GLA juga mengandungi EPO yang sangat membantu untuk kulit. 

2. B Complex
B is for beauty. B complex penting untuk membantu mengatasi stress. Bila kita stress, hormon cepat tunggang langgang dan kulit cepat berkedut tau. 

3. Vitamin C 
Vitamin C sangat penting untuk kulit dan tinggi antioksida. Vitamin C Shaklee juga mengandungi kolagen untuk pembentukan kulit sihat. 

4. Alfalfa 
Kenapa saya suggest dia consume Alfalfa. Toksin merupakan salah satu punca jerawat. Dan toksin yang banyak dalam badan menganggu penyerapan vitamin. Sebab itu pentingnya Alfalfa untuk membantu pembuangan toksin 

Saya juga ajar dia cara untuk buat masker. Sebab itu kesan yang dia dapat lagi cepat. :)

Idamkan kulit cantik sebelum Hari Raya? Cepat dapatkan Shaklee sebelum terlambat. Raya lagi sebulan ni. Jangan pikir lama-lama ye.


:::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam





Terima Kasih

13 June 2015

Pasar Malam @ Pasar Filipina Sabah

Hari kedua berkursus, malamnya tiada apa-apa program. Lepas solat Magrib kami turun ke cafe untuk makan malam sebelum berjalan kaki ke Pasar Malam. Planning asal nak makan seafood segar kat pasar malam, tapi memikirkan makanan kat hotel TERSANGAT SEDAP rasa rugi lepaskan peluang. Hihi. I memang kuat makan.

Dalam kul 8 kami gerak ke pasar malam. Jauh juga berjalan. Tambahan pula dengan rasa agak takut sebab persekitaran yang agak tak friendly serta warga sabah yang lepak sekitar jalan. Kena jalan laju2 gitu.

Terus ke pasar malam tempat jual kerongsang yang memabg terkenal di KK. Betul2 sebelah Le Meridian Hotel.



Harga untuk kerongsang besar saya dapat 2 box RM15. Dan untuk kerongsang kecil 4 box RM10. Manakala kerongsang sepasang saya dapat harga RM35 untuk 1 tray (12 set). Butang baju melayu kristal RM30 untuk 4 box.

Main beli je. Tak kira cukup ke tak. Sebab banyak yang tak berkenan. Huhu.

Sebelum sampai ke pasar malam tempat jual kerongsang tu, kami pusing2 sekitar tempat makan. Tengok seafood segar2. Bestttt. Sedap je tengok. Nasib baik perut dah kenyang tau.



Udang kara ni berharga RM40 sekor. Hohoho. Boleh tahan juga harga dia ye. Boleh pilih nak suruh masak ape. Masak pedas, sweet sour, masak cili etc. Saya snap pic je. Tak makan pun. Sebab aritu masa datang holiday dengan hubby dah test seafood kat sini dah.





Makan seafood banyak-banyak kena jaga-jaga tau. Seafood ni boleh membawa kepada gout dan darah tinggi. So, jangan lupa amik SHAKLEE. Hihi.





Terima Kasih

12 June 2015

Kursus @ Sabah ~ Day 2

Waktu di Sabah awal 1 jam dari waktu KL. Subuh kat sini jam 4.30 pagi. Dan syuruk jam 6.02 pagi. Hoho. Awal. Timing tido pun da lari daaa.

Dan, kami bangun agak lewat pagi ni. Gara-gara tido balik lepas subuh. So, masuk dewan lewat sikit la. Kikiki. 


Untuk hari kedua, program sampai jam 5 petang sahaja. So, petang tu kami ada masa untuk pusing-pusing area berdekatan. 

Abis program kami amik peluang untuk lepak kat sekitar hotel. Dan berjalan ke mall. Orang pompuan lagu ni la. Pi mana pun mesti kena singgah mall. Kami berjalan ke Suria Sabah. Lebih kurang 5 minit berjalan. 


Alhamdulillah, hanya window shoping. Ekekeke. Takde yang berkenan. Lagipun rushing nak balik bilik before magrib untuk bersiap ke pasar malam pulak. 


Terima Kasih

11 June 2015

Lawas dengan ALFALFA

Usus kita ni seeloknya dicuci setiap hari. Jangan simpan sisa makanan lama2 kat dalam tau. Bahaya untuk kesihatan.

Lagi satu, toksin yang berlebihan dalam badan yang tidak dibuang menggangu penyerapan vitamin. Maksudnya vitamin yang kita consume kurang berkesan. 



Customer saya ni consume ALFALFA disebabkan masalah jerawat yang dihadapinya. Salah satu vitamin yang saya cadangkan ialah ALFALFA kerana salah satu punca jerawat adalah toksin dalam badan. 

Bila badan dak kurang toksin, penyerapan vitamin adalah ditahap OPTIMUM. 

Dan apa yang dia dapat is KULIT YANG BERSIH dan TIADA LAGI MASALAH MEMBUANG. Best kan? Nikmat membuang setiap hari tu memang tak dapat diungkapkan. Hihi.



Terdapat 2 pilihan saiz botol ALFALFA iaitu :

Small - 330 biji
Large - 700 biji

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam




Terima Kasih

10 June 2015

Hyatt Regency Hotel @ Sabah

Seminar Tadbir Urus Cemerlang Strategi Lautan Biru anjuran UUM kali ini diadakan di Negeri Sabah dibawah bayu. Dan bertempat di Hyatt Regency Hotel. Untungnya berseminar ni adalah dapat duk hotel best. Ngeeee.

Saya cuba google hotel ini kat internet,  uish boleh tahan jugak harga tau. Nak2 lagi waktu seminar ni time cuti sekolah. Peak season gitu.


Mahal harganya kan. Kalu datang sendiri takdenya saya nak book hotel mahal cenggini. Setakat nak tido je. Duk hotel 3 bintang dah ok. Kikikiki.

Masuk bilik, macam biasanya snap picture dulu.








Best kan. Tapi kalu datang dengan hubby n humaira lagi besssst ni. Ehemmm. 



Terima Kasih

9 June 2015

Kursus @ Sabah ~ Day 1

Dah lama rasanya tak pergi kursus luar, Alhamdulillah kali ini diberi peluang untuk mengikuti seminar di negeri sabah dibawah bayu.

2 3 ari sebelum tarikh seminar, sabah dikejutkan dengan gempa bumi yang telah mengorban nyawa para pendaki gunung kinabalu. Allahu. Terasa gementar. Risau juga camne nak pegi ni. Kalau percutian family memang dah batalkan.

Tanya kawan di Sabah, katanya tiada apa yang serius. Di KK boleh datang. Legaaaa..

Dari Terengganu menaiki flight seawal 8.20 pagi. Macam biasa, naik flight everyone can fly. Hihi. Menangis si kecik humaira nak ikut tadi. Bila dah besar ni gitula. Sebak ati mama tau.


Tiba di KLIA 2 lebih kurang 9.15 pagi. Dan ini kali pertama kaki jejak KLIA2. MashaAllah. Besarnya. Dan yang tak best. Jauhhhhhhhh sangat nak berjalan.

Dari balai ketibaan nak ke balai pelepasan tu rasanya ada dalam 15minit berjalan. Cari roti dan lepak area kaunter balai pelepasan. Next flight ke KK jam 11.10pagi. Dalam jam 10.10 pagi saya dan ofismate jalan ke kaunter untuk check in. Dah check in tu jalan lebih kurang 15minit lagi ke gate K6. Fuhhhh. Banyak kalori dah terbakar ni.

Masa booking tiket saya memang pre order sekali makanan. Sebab dah bajet tak sempat nak makan berat. Lapar tau. Untuk saya macam biasalah, Nasi Lemak Pak Nasser.



Dah makan kenyang-kenyang saya boring takde nak buat ape, so tulis la entry ni. Nanti sambung lagi ye. Tunggu sampai KK dulu. Moga perjalanan kami dipermudahkan, selamat pergi dan balik. Amin.



Terima Kasih

8 June 2015

Resepi ~ Sayur Jambu Golok

Alhamdulillah. Hujung minggu ni berjaya penuhi hajat sahabat dari jauh nak makan sayur jambu.

Saya ni memang tak pandai masak lauk kampung. Dan masa nilah saya amik peluang belajar buat sayur jambu golok dengan ma. Hihi. Rugi tak pandai masak lauk kampung tau. Rupanya kacang je nak buat. Hish. Napelah sebelum ni tak belajar. Tahu makan je. Hoho.



Bahan :
Jambu Golok
Sotong
Santan
Bawang Besar (dibelah empat)
Lada
Garam



Cara-cara :
1. Biji jambu dibuang dan isinya di cincang dan potong.
2. Rendam isi yang telah dicincang dalam air garam
3. Letak sedikit air dalam periuk. Bila air dah mendidih masukkan bawang dan sotong.
4. Dah agak layu, masukkan santan.
5. Kacau santan supaya santan tak naik minyak.
6. Isi jambu yang direndam tadi diramas-ramas untuk hilangkan rasa kelat dan perah air masukkan dalam periuk.
7. Perasakan dengan garam dan masukkan lada. Siap.

Mudah sangat-sangat kan. Goreng ikan panas-panas. Makan dengan budu. Sedap tau.



Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign