19 November 2014

Waspada dengan KOLESTROL

Bila sebut kolestrol, apa yang anda bayangkan?

Saya bayangkan LEMAK, GEMUK, dan PENYAKIT. 

Kita selalu bayangkan kolestrol dengan orang yang bertubuh gempal. Sebab bagi kita, dia banyak lemak, dan bila banyak lemak tentu kolestrol dia tinggi. 

Hakikatnya, SALAH sama sekali !

Apa itu KOLESTROL? 

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Kenapa pembentukan plak BAHAYA?

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.


Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.


Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol
Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. 

Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan 
tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.
mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.

Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu anda dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.

Phytocol-st Shaklee membantu masalah kolestrol

Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh.


Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 

 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato  setiap hari. 

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. 

Sentiasa periksa kadar kolestrol anda. Jangan sampai ianya mengundang penyakit BAHAYA dalam diam..;)




Terima Kasih

18 November 2014

Eczema dan Kanak-Kanak


Ekzema merupakan penyakit kulit yang kerap dialami di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa. Ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Penyakit kulit ini merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit.

Ia boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak.
Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Bukan setakat rasa gatal, merah dan ruam, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.



"Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit. Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering.

Apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula. Ini menyebabkan kelembapan kulit hilang menyebabkan berlakunya ekzema atopik," ujar Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Leong Kin Fon.

Bayi yang berhadapan dengan ekzema atopik akan mengalami keresahan dan sukar untuk tidur.

Akibatnya, penjaga turut mengalami masalah yang sama sehingga menyebabkan tekanan meningkat.

Daripada kes yang berlaku, kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

"Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria. Jika seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.
Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mendapat asma atau alahan rinitis. faktor persekitaran seperti cuaca dan pencemaran juga dikatakan menjadi faktor utama penyakit ini," katanya ketika kempen kesedaran ekzema atopik anjuran Leo Pharma di Bangsar, Kuala Lumpur.

Rawatan Dalam pada itu Pakar Dermatologi, Pensyarah Kanan Hospital Hammersmith dan Pakar Kehormat Dermatologi di Kolej Imperial dan Diraja Lepasan Ijazah Sekolah Perubatan, London, Dr. Anthony Chu berharap pesakit berbincang dengan individu yang pakar terutama dalam pengurusan bagi meminimumkan serangan ekzema.

Menggambarkan bayi yang menghidap penyakit ini akan resah dan tidak boleh duduk diam, Dr. Anthony berpendapat ia sesuatu yang serius kerana kesan gatal atau ruam yang digaru itu boleh luka dan berdarah.

Menurut beliau, terdapat dua pilihan rawatan iaitu menggunakan streoid atau kombinasi streoid antibiotik dan krim.

Selain menggunakan pelembap, steroid untuk keradangan dan anti ubat gatal, pesakit boleh mengawal keadaan itu sendiri. Ini termasuk mengurangkan penggunaan cecair pencuci, penghilang bau, kosmetik, debunga dan makanan tertentu.

Dalam pada itu, pesakit-pesakit ekzema tidak disarankan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit.

Sebaliknya, mereka disarankan menggunakan pembersih dan pelembap yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga pelembap terutama kulit yang alergi.

Berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:

* Bawa anak berjumpa doktor
* Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
* Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
* Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
* Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
* Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.

Credit to : Utusan Malaysia 



Terima Kasih

11 November 2014

Zuriat Yang Dinanti


Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan ZURIAT sebagai pelengkap rumahtangga, sebagai penghibur penyeri kehidupan. Namun, segalanya atas kehendak Allah. 
Kun fayakun..

Ada yang Allah bagi awal, ada yang Allah uji dengan kelambatan dapat zuriat, ada yang Allah uji tiada zuriat, ada yang Allah pinjamkan zuriat buat sementara. Yakinlah, ketentuan Allah pastinya yang terbaik. 

Alhamdulillah, saya diuji kelambatan mendapat zuriat. 3 tahun perkahwinan barulah Allah berikan zuriat yang sangat comel, penghibur rumahtangga kami. Tak tahulah dah berapa kali saya cerita pasal ni dalam blog. hihi. Sekadar perkongsian perasaan menunggu dan mendapat apa yang kita hajati. 

Dalam tempoh berusaha nak dapatkan zuriat, saya berubat di banyak tempat juga. Makan macam-macam yang orang cadangkan. Jarang sangat menolak cadangan orang. Bab kata orang, tak kira berapa habis RM pun, saya sanggup selagi berkemampuan. 

Sampailah satu saat, kami suami isteri redha. Ni baru Allah uji 2 tahun. Bagaimana yang Allah uji sampai 10 tahun? Allahu.. 2 tahun pun menangis kalau tadah rasanya berbaldi-baldi..hehe..

Kemudian, terdetik hati ingin mencuba shaklee. Tak tahu lah macam mana, Allah lorongkan hati kami mencuba shaklee. Google untuk dapatkan produk shaklee yang boleh membantu kami mendapatkan zuriat. 

Dalam hati, saya berharap moga ikhtiar kami dengan shaklee Allah jadikan asbab untuk mendapatkan zuriat. 

So, saya dapatkan khidmat nasihat dari seorang akak shaklee ni mengenai produk untuk kesuburan. Saya ni masalah period yang sangat tidak teratur. Tambahan pula kami pasangan jarak jauh. Mungkin salah satu faktor kelambatan mendapat baby. 

Untuk period tidak teratur, GLA sangat-sangat wajib diambil. Sebab GLA membantu menstabilkn hormon wanita dan membantu mewujudkan persekitaran yang baik untuk dapat baby. 

B complex juga membantu mengurangkan stress dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Kebiasaan stress menganggu hormon wanita dan menyebabkan gangguan pada kitar haid. 

Alfalfa pula membantu membuang toksin dalam badan yang menggangu fungsi sistem tubuh kita juga membantu wanita yang mengalami masalah keputihan. 

Untuk suami, zinc membantu meningkatkan tahap testosterom dan bilangan sperma. Manakala vitamin e membantu meningkatkan sperma yang berkualiti serta mencegah kerosakan sperma. 

Selepas 3 bulan usaha kami dengan shaklee, Allah sahkan saya mengandung. Perasaan yang tidak dapat digambarkan. Syukur padaMu Ya Allah. 





Anda juga berikhtiar untuk hamil?
Saya bantu anda. Insha Allah. 

Hubungi saya : 

Wan Anida 
Whatsaap : 0199879347
FB : Wan Anida






Terima Kasih

6 November 2014

Manfaat Utama OMEGAGUARD


Omega-3 merupakan asid lemak yang penting dan tidak boleh dihasilkan oleh badan. Oleh itu, kita perlu mendapatkan Omega-3 dari makanan. 

Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepda EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan. 

Manfaat OMEGAGUARD

1. Mencegah Penyakit Saluran Darah dan Strok 

DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan salurah darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, Omegaguard sangan efektif untuk mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher juga meredakan sakit kepala. 


Omegaguard membantu merendahkan tahap kolestrol, menghindarkan pembekuan darah dalam badan, mengawal masalah obesiti serta mengurangkan sakit jantung. 


2. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori

DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. DHA sangat bagus dalam meningkatkan keupayaan daya ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran juga mencegah migrain.

3. Meningkatkan Sistem Imun dan Menyihatkan Paru-Paru 

Mengawal sistem imun seperti membaiki masalah alahan kulit, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis dan buah pinggang. 

4. Menentang kanser

Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru0paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga membantu merangsang hari selepas pembedahan dan membantu prankeas pesakit hati untuk berfungsi dengan lebih efektif. 


6. Memelihara Fungsi Sendi 

Paras asid lemak Omega-3 larut dalam rawan tisu. Oleh sebab itu, Omega boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif. 



7. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan autism dan kanak-kanak hiperaktif. 

Dapatkan OMEGAGUARD anda sekarang.

Bulan ni PROMO OMEGAGUARD tau..



Terima Kasih

5 November 2014

Manfaat Bedung Bayi Anda

Masa saya kecik dulu memang saya selalu tengok mak bedung adik. Memang bedung hari-hari sampai la tak muat kain nak bedung. 

Sekarang dah jadi mama, saya pun bedung jugak humaira tu. Orang tua-tua kata bedung baby ni untuk elak kaki dia mengangkang bila berjalan nanti. 

Bila jadi mama ni, kadang-kadang datang juga perasaan kesian kat baby. Takut anak panas la. Pastu biasanya memang baby tak suka dibedung. Humaira tu lagi la, perempuan..tapi boleh tahan lasak. Bedung sekejap. Pastu 10minit nanti tangan dah terjolor keluar. Pandai sungguh. 

Tangan dah keluar..:)

Bila dah masuk usia 2 bulan, humaira suka pulak dibedung. Nak tido, mesti bedung dulu baru dia tido. Agaknya dia rasa selamat macam kene peluk kot..

Lena je tido kalau bedung

Ada beberapa teknik yang harus diikuti untuk memastikan bayi selamat apabila anda mengangkat, mendukung atau membuainya ketika dibedung. Bedung yang tidak kemas akan membahayakan keselamatan bayi.

Antara kebaikan membedung bayi adalah seperti berikut:

*Bayi yang masih kecil perlu dibedung. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan bunyi bising di sekelilingnya.

*Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi tersa seperti di dalam rahim ibunya.

*Ia turut membantu mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.

*Ia turut mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan kehangatan pada tubuh bayi serta mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.

*Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.

*Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.

Tak muat kaki dah tu..

Ada dua jenis teknik membedung bayi.

  1. Teknik konvensional cara lipatan atau simpulan. Biasanya ia menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung diperbuat daripada kain kapas.
  1. Teknik moden iaitu menggunakan kain bedung yang direka khas untuk memudahkan bayi dibedung dengan penggunaan butang atau pelekat.

Kena bedung pun happy lagi..
Sekarang bermacam-macam jenis kain bedung dan design bedung yang dijual. Takde lagi masalah untuk membedung baby..

Selamat membedung baby anda...:)



Terima Kasih

3 November 2014

Pengambilan Kopi Ketika Hamil


Adakah anda seorang peminum kopi yang tegar? Tentu sukar meninggalkannya sebaik diri disahkan hamil. Kopi merupakan minuman yang kaya dengan kafein. Seperti diketahui kafein bersifat diuretik yang mengganggu penyerapan zat besi dalam tubuh yang amat diperlukan oleh ibu hamil.

Bukan bermakna ibu hamil langsung tidak boleh minum air kopi cuma jika sebelum ini anda mengambilnya empat hingga lima cawan sehari, cuba perlahan-lahan kurangkan kuantiti pengambilan. Ini kerana berhenti serta merta pengambilan kopi bagi peminum tegar akan membuatkan tubuh menjadi tidak selesa dan mengganggu keseimbangan diri anda. Jadi, apa kata ambil langkah berikut bagi mengawal pengambilan kopi demi kesihatan diri sendiri dan anak dalam kandungan.

*Kawal pengambilan
Sebenarnya minum kopi sebanyak dua cawan sehari dengan jumlah kafein lebih kurang 200mg adalah selamat untuk ibu hamil. Tetapi semakin sedikit kafein yang terserap dalam badan ketika hamil adalah lebih baik. Apa kata, anda kurangkan kuantiti kopi yang diminum dengan menukar saiz cawan yang digunakan. Jika sebelum ini anda menggunakan cawan yang besar, tukarkan kepada cawan paling kecil. Anda juga boleh lebih mencairkan kopi tersebut. Perlahan-lahan kurangkan kekerapan minum daripada sehari  empat cawan kepada tiga, dua, secawan dan berhenti sepenuhnya. Mungkin juga anda boleh minum kopi seminggu sekali (tetapi hanya secawan kecil sahaja) bagi melepaskan ketagihan terhadap kopi.


*Bertukar kepada teh
Teh juga mengandungi kafein namun jumlah kurang berbanding kopi. Sebaiknya minum teh hijau yang tinggi kandungan vitamin C dan antioksidan. Lebih elok jika anda buat minuman teh menggunakan daun teh sebenar. Caranya didihkan daun teh dalam air mendidih selama 30 saat dan terus tuang ke dalam cawan. Dengan cara ini, kandungan kefein dalam teh tidak terlalu banyak. Elakkan daripada minum teh herba yang boleh memberi kesan bukur kepada kehamilan.

*Sentiasa ingat tujuan
Biarpun sudah menanamkan niat untuk berhenti minum kopi sepanjang hamil tetapi kadang kala keinginan tersebut sukar dikawal apatah lagi jika anda sememangnya peminum kopi tegar. Tetapkan azam dan sentiasa ingat tujuan anda berhenti minum kopi adalah untuk memastikan anak dalam kandungan sihat dan bebas daripada sebarang masalah dan kesan buruk ketagihan kafein.

*Cara pengganti
Mengapa agaknya anda terlalu gemar minum kopi? Adakah kerana aromanya atau rasanya yang pahit manis atau juga kesan yang diperoleh selepas menikmati secawan kopi iaitu menjadi lebih bertenaga? Dengan cara ini anda dapat mencari pengganti bahan lain yang boleh memberikan anda rasa yang sama seperti kopi.  Misalnya anda boleh mencuba minuman lain yang memberikan kemanisan dan aroma yang sama. Sekiranya kopi sebagai sumber tenaga anda, apa kata ubah ia dengan mengambil snek yang kaya karbohidrat kompleks dan protein atau membuat aktiviti ringan seperti berjalan kaki selama 10 minit dan pastikan anda mendapat tidur berkualiti yang cukup.

Selamat melalui pengalaman indah mengandung dengan cara hidup sihat..:)

Terima Kasih

November vs OmegaGuard


Alhamdulillah,

1 November 2014, 
menginjak ke usia 29 tahun...

Tahun pertama menyambut kelahiran sebagai seorang mama..Hadiah yang sangat-sangat berharga buat saya dan suami..

Tahun pertama menyambut hari lahir di On9 Shop Festival. Menyambut bersama ribuan pelanggan. Kelasss kan? Kalah retis..hihi. 

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang telah diberikan. Nikmat yang melimpah ruah yang tak terhitung banyaknya. 

Semoga doa-doa yang sahabat kirimkan dimakbulkan Allah. 
Saya juga mendoakan agar kalian diberikan rezeki yang banyak lagi berkat dan diberikan kebahagiaan hingga ke Syurga Allah. 


Dan PROMO SHAKLEE bagi NOVEMBER ialah OMEGAGUARD.
Hadiah untuk hari lahir saya, sebab saya suka sangat OMEGAGUARD nih tau..

Masa pregnant, wajib makan OMEGAGUARD nih. Saya jenis yang suka makan macam-macam. Takde alahan. Memang melambung la badan ni hah. Tapi pas makan saya telah OMEGAGUARD. Risau jugak obesiti time pregnant kan. Bahaya tu. 

Saya juga pernah membuat pemeriksaan kesihatan yang kebetulan bertempat di ofis last year. Pengamal perubatan menggunakan satu alat ala-ala microskop gitu. Letak jari dan dia akan check darah ketika dengan melihat gambar pada skrin. 

Alhamdulillah, darah saya lancar dan tiada kolestrol katanya. Siap tanya lagi consume pe..

So, jangan ambil mudah tentang kolestrol ni ye. Kolestrol boleh menyumbang kepada penyakit bahaya seperti DARAH TINGGI, JANTUNG dan STROK ye. Antara penyakit bahaya didunia tu..:)

Dapatkan OMEGAGUARD dengan harga menarik bulan ini.
Beli 6 PERCUMA 1..

Boleh hadiahkan pada parents jugak..:)


Hubungi saya : 








Terima Kasih

2 November 2014

Tingkatkan Bacaan HB anda !


Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. 

Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti
*Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
*Minum jus buah-buahan.
*Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
*Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.



Saya cadangkan anda mengambil VITALEA SHAKLEE kerana ianya merupakan multivitamin lengkap dan sangat-sangat digalakkan untuk ibu mengandung bagi meningkatkan HB. 

Kandungan Vitamin dalam VITALEA : 

1) Vita A
Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

2) Vita D
Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

3) Vita E
Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

4) Vita C
Anti-oksida, melawan kanser, meransnag fomasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

5) Asid Folik.
Kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kuarngkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.

6) Vita B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

7) Vita B2
Tukarkan makan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

8) Vita B3
Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

9) Vita B6
Metabolisme protein, baiki otot, seggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah, bibir kering, glositis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia.

10) Vita B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetes dan rabun.

11) Biotin
Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.

12) Vita B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat penyembuhan luka.

13) Kalsium
Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

14) Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

15) Iodin
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen / otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

16) Zat besi
Membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

17) Magnesium
Kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.

18) Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.

19) Zink
Perkasa sistem imun, percepat penyembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.





Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign