11 May 2015

Akhirnya ~ DIP n DIP

Last week amik peluang cuti lama-lama sikit. Lebih kurang seminggu jugaklah. Kebetulan pulak time ni ada cuti pertabalan dan cuti wesak. Bolehlah duk shah alam berkepit dengan encik suami dan si comel humaira lama-lama kan.

Dan berkebetulan pulak time ni besday encik suami kesayangan. So, kita celebrate sama-sama ye.

Alkisahnya dah berbulan-bulan kepingin nak try kat dip n dip. Penangan tengok kat instagram kawan-kawan makan kat sana. I like CHOCOLATE. So melting, yummilicious !



Pegi The Curve semata-mata nak makan dip n dip. Haha. Padahal one day before tu dah pegi IKEA. Esokkan pegi The Curve pulak. Aduhai puan isteri. Kepingin alah orang mengidam. :)

Lagi satu sebab nak celebrate besday encik suami. Tapi ikut taste puan isteri. Haha. Aci tak?


Apa nama ntah ni hah. RM17.00. Mula-mula makan memang enjoy. At last, MUAK. Haha. Kena order satu pinggan, share 3 orang. Baru tak muak kot. Tak abis makan pun. :(

Encik suami order macam waffle gitu. Abis licin dia makan sorang.



Untuk suamiku, Selamat Hari Lahir. Terima kasih menjadi teman jua suami yang sangat baik buat saya. Semoga kasih sayang antara kita sentiasa bertambah dan rumahtangga ini berpanjangan hingga ke Syurga. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Terima Kasih

12 April 2015

TIPS NAK KURUS - Banyakkan Minum Air

Dah lama saya amalkan minum air 3 liter sehari. Kalau duk kat ofis, inshaAllah boleh abiskan 3 liter air tu. Tapi kalu duk kat umah awatlah susah sangat eh. Hihi.

Dan yang penting, bila minum 3 liter air memang memanjang je ke toilet. Tak nyempat-nyempat. Urine pun cantik bersih je kan. Sebab segala toksin dari badan dah banyak keluar.


Perut pun sentiasa rasa kenyang. Takdelah kita nak mengunyah sentiasa kan? Yang ON DIET memang wajb minum air tak kurang dari 3 liter sehari. Cuba amalkan dan anda boleh lihat kesannya yang ketara nanti.

Nak diet yang lagi sihat? Boleh amik SHAKLEE. Suplement yang membantu anda menurunkan berat badan secara sihat. Shaklee bukan pil dadah ye. Hanyalah makanan tambahan yang penuh nutrisi dan semulajadi.


Berminat? Boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat PERCUMA. 

 ::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
 ✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam





Terima Kasih

8 April 2015

Kenapa masih TAK KAYA ?

Nak kaya? Nak berjaya dalam perniagaan? Nak jadi usahawan? Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya? Kenapa ye?

1. Niat 

Niat tak betul. Tujuan nak kaya sebab nak jadi bos. Boleh rilek, keje pantau orang je. Hek eleh, tahu tak, jadi bos lagi banyak kerja nak kena buat. Lagi banyak masalah nak kena pikir. Belum jadi bos dah nampak sangat sifat bossy dan malas serta angkuh menebal dalam diri.

Niat tak betul juga termasuk nak bantu adik-adik, nak bantu orang itu, nak bantu orang ini, nak bantu makhluk itu, nak bantu makhluk ini. Semua TAK TEPAT. Bantu DIRI SENDIRI dulu yang masih memerlukan bantuan tu.

Sepatutnya niat yang utama untuk jadi kaya, untuk berjaya adalah UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH agar jadi lebih beriman dan bertakwa. Agar dapat beribadah dengan lebih kusyuk, agar Allah sayang, agar lebih bersyukur. Its all about OURSELF. NOT about OTHERS.

2. Bangun pagi

Pukul 8 pagi baru bangun tidur. Subuh entah kemana. Pukul 10 baru keluar rumah. Pukul 2 pagi tak tidur lagi. Melepak kat warung, layan tv. Subuh asyik terlepas. Jangankan dhuha, tahajud jauh sekali. Nauzubillah.

3. Biadab dan Angkuh 

Baru je pandu wira/viva/myvi/kereta-kereta biasa tapi dah berlagak dijalanan. Jadi samseng jalan raya. Cilok sana sini. Tekan minyak kuat-kuat, hon orang sana sini, guna laluan kecemasan, potong queue. TERSANGAT KURANG AJAR. Itu baru pandu wira. Belum lagi mercedes. Sebab tu Allah tak bagi kaya.

Allah bagi setakat wira tu jelah. Kalau Allah bagi kaya dapat beli mercedes tak tahulah macam mana tahap kurang ajar dia atas jalan raya. Sebab tu kalau kita tengok yang kaya drive mercedes tu berhemah je kan. Enjoy the driving. Drive safely. Ikut peraturan jalan raya. Sebab tu mereka bertambah kaya. Sebab mereka layak untuk kaya.

4. Pakai nak cantik, Makan nak sedap, Kerja malas 

Baru je bisnes untung sikit dah berubah imej. Ubah corak. Dah tak pakai baju murah-murah, mesti baju butik terkenal, semua branded. Makan pun di restoren yang highclass. Takboleh makan kat gerai, nanti jatuh standard. Hari minggu bawak family bercuti, tiap malam tak payah masak. Gaya hidup mewah sungguh kan. Bukan nak guna duit untung tu kumpul pergi umrah. Set matlamat selesaikan yang wajib dulu ke.

5. Berkira bab SEDEKAH dan ZAKAT 

Nak keluar sedekah sangat susah. Zakat lagilah. Terlalu berkira. Risau takut duit makin susut.

6. Malas 

Asal ada duit sikit je, dah malas buat kerja. Semua tertangguh, Itu baru sikit rezeki Allah bagi terus lupa diri. Malas nak tambah lagi rezeki. Tidur jadi banyak, makan pun jadi banyak.

7. Solat 

Asal rezeki banyak, lupa Allah yang Memberi. Sibuk sangat sampai solat tak terjaga. Solat dihujung-hujung waktu. Masa susah dulu bukan main berdoa sampai setengah jam.

Copy dari : Dr Azizan Osman

Allahu. Jauhkan saya dari sifat ini Ya Allah.
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign