25 September 2014

Tampil Lebih Muda & Menawan dengan Shaklee Collagen Powder


Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Paras kolagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda. 

Malangnya, semakin meningkat usia, kolagen dalam badan akan semakin berkurangan. Tetapi jangan bimbang, kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat menggantikan kolagen yang hilang. 

Bukan itu sahaja, ia juga berupaya menyegarkan semula kulit yang sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut. 


Untuk itu, apa kata mencuba Shaklee Collagen Powder. Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah. 

Kolagen ini memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton. Tujuannya tidak lain, bagi membolehkannya diserap dengan mudah oleh tubuh selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan. Sisik ikan merah juga merupakan sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan yang lebih tinggi dan tahap pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan. 


Shaklee Collagen Powder terdiri dari tujuh bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak Plaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. 

Buktinya ia dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Kesan-kesan lain yang boleh dilihat ialah :

  • Anti Penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan 
  • Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan menggelupas pada wajah 
  • Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan 
  • Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit 
  • Menyubut - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar
  • Mencerahkan - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara 
  • Menyokong sendi - Menyokong kekuatan sendi dan menguatkan tulang serta membantu oto dalam mata supaya lembut 
Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.

Shaklee Collagen Powder adalah pilihan yang tepat. 

Hubungi saya : 




Terima Kasih

24 September 2014

Maternity Photoshoot ~ Little Humaira Inside

Ish..
Tetiba mai teringat my first time perut membulat bagai juara..
Hari-hari kendong ke sana ke mari..
Bestttt...
Best sangat2..
Rindu dah ni hah..:)


Bukak CD dan tengok balik gambar-gambar masa membulat tu..

Rinduuuu..:(




Maternity Photoshoot ni memang dari belum pregnant lagi dah niat nak buat. Kononnya untuk ingatan masa akan datang. Tambah pula yang ini yang pertama, memang teruja sangat setelah sekian lama menanti. 






Saya buat photoshoot di 2 tempat berbeza. Satu buat kat One Stop Baby Cente (Indoor) dan satu lagi buat kat taman kat kuala ibai. Masa buat indoor tu segan juga ler. Sebab orang sibuk nak membeli, kita sibuk nak bergambar. Haha.

Yang jadi 2 tempat ni sebab padang tempat cameraman decide nak shoot tu ada budak-budak tengah main bola. So, takleh nak buat, Kang diorang sorak kita, maluuu tau. 



Photoshoot ni hajatnya nak buat masa 7 bulan. Sebab masa tu muka takdelah sembab sangat. Tapi sebab perut tak besar sangat time tu, so tunda sehingga perut besar. At last, buat photoshoot time dah nak due sangat. Nasib baik sempat. Tu pun siap merajuk dengan en.hubby sebab tak berapa nak layan wife nak photoshoot. hihi. Bila dah nak dekat due ni, paham jelah macam mana rupa. Sembab + kembang..kembangggg sangatttt..haha. 





Photoshoot ni saya amik dengan Shahrol Mohd. Memang sangat sporting orangnya. Mudah berkira. Suka buat lawak. Senyum sokmo. Harga pun murah. Tak sampai RM300 pun. Harga sebenar kena tanya tuan. Takde limit masa jugak. Selagi belum malam, silakan bergambar..kikikiki..





Props tu saya buat sendiri jer. Mulanya nak tempah, tapi sebab kesuntukan masa. So, buat sendiri jer. Jimat pun yer kan? Kreatip saya ni kan..Lalalalala..



Mini black board untuk props tu merata jugak cari. Sebab nak yang kosong. Takde tulis apa-apa kat bingkai dia tu. Tapi memang takde. At last, beli jugak kat mydin tu.



Selongkar kotak lama-lama cari bear pulok. Edisi jimat. Takmo membazir beli-beli bagai. Ilham nak buat props ni semua dari hasil carian encik google. Siap google lagi camne nak posing tau..Ish3..Bersungguh benor..:)








Rindu nak memboyot lagi..Hahaha..Kalau ada rezeki, kita carry adik humaira pulak yer..InshaAllah..Muda-muda ni kena beranak ramai-ramai. 

Alahai..Muda la sangat kan?Dah nak masuk 30 tahun dah ni. Nak meneran pun nafas pendek. Ish..




Terima Kasih

23 September 2014

Penting ke B Complex?

Dulu masa zaman saya belajar, selalu saya dengar nak cerdik kena makan b complex. Masa tu memang lum kenal shaklee lagi. Tahu vitamin yang jual kat watson dan guardian tu jer. Masa belajar memang banyak yang kita nak hafal, nak kejar pointer lagi. So, memang kena makan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan prestasi ingatan ni. 


Kebaikan B Complex


B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.

  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
  • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*


Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

  • Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  • Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
  • Peningkatan penghantaran zat
  • Tablet mudah ditelan
Jangan terkejut bila anda consume B Complex, urine anda bertukar menjadi warna kuning ye. Ini kerana B Complex merupakan vitamin yang larut air dan mempunyai elemen kuning. 

Boleh rujuk disini ---> Kenapa Urine Kuning?

Dapatkan B Complex anda hari ini. Untuk ibu mengandung, anda sangat-sangat digalakkan mengambil B Complex Shaklee kerana ia mengandungi Asic Folic didalamnya yang mana sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. 



Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign