12 March 2015

Pantang Larang Pengambilan ESP

Assalamualaikum warga blogger..:)

Dah sarapan ke belum tu? Dah jam 10 lebih ni. Pi sarapan lekaih. Sarapan tak boleh skip tau. Walaupun anda tengah diet.






Saya dah sarapan. Minum ESP + Nasi Kerabu Ayam Daging. hihi. Berselera u ollss..

Ok, dan amik ESP tu kene tahu PANTANG LARANG dia. Jangan main teguk je naa..

Pantang Larang Ketika Pengambilan ESP :

1. TIDAK boleh mengambil ESP LEBIH DARI 3 SUDU SEHARI 

ESP hanya boleh diambil sebanyak 3 SUDU BESAR SAHAJA. Tak boleh lebih ye. 3 sudu besar bersamaan 28g ESP. Pengambilan berlebihan boleh membebankan ginjal.

2. TIDAK boleh dibancuh dengan AIR PANAS

ESP perlu dibancuh dengan air suam yang tidak melebihi 40c. ESP merupakan protein dan protein akan musnah dalam suhu yang tinggi. Dan sebab itulah ESP perlu dibancuh dalam air suam atau air sejuk. Sukatan air adalah bergantung kepada pengguna samada suka yang pekat atau kurang pekat.

3. ESP perlu digoncang/ SHAKER

Sekiranya ESP dibancuh dalam cawan kebiasaanya akan bancuhan akan berketul. Saya galakkan anda bancuh guna shaker. Rasa pun lagi sedap tau bila guna shaker. Untuk pembeli ESP or CINCH SHAKE saya akan bagi anda SHAKER PERCUMA. :)



4. ESP tidak boleh diambil bersama minuman BERKAFEIN atau BERGAS

Kafein dan minuman bergas boleh menjejaskan kadar penyerapan protein dalam badan. Rugi je nanti kalau anda bancuh dengan tea or kopi. Tak dapat apa-apa khasiat.

5. Perlu minum 3 LITER air sehari

Pengambilan apa-apa jenis vitamin sekalipun, anda perlu ambil 3 LITER air setiap hari. Kekurangan air membantutkan darah membawa nutrisi ke badan kita. Dan salah satu sebab kenapa anda rasa suplemen tidak berkesan adalah kerana ketidakcukupan 3 liter air sehari.

Selamat ber ESP. Bulan ni PROMO ESP. Dapatkan sebelum harga GST bermula..



::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
 ✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam




Terima Kasih

11 March 2015

Beef/Chicken Lasagna Campak-Campak..:)

Assalamualaikum..:)

Selamat petang. Semoga sahabat-sahabat saya sihat semuanya. Asal petang je saya mesti menulis. Sebab? Ngantuk sungguh duk kat ofis yang berekon ni hah. Kalau letak kepala mesti boleh tidur nyenyak tau.

Teringat la seorang jiran mintak resepi lasagna. So, saya share kat sini. Senang nak rujuk nanti kan. Saya ni tak pandai sangat nak masak, campak-campak aje pun.

Ok. Lets cook..:)

Bahan Sos Putih
Tepung Gandum 
Butter 
Mushroom Soup Cream (Bancuh dengan air panas) 
Susu Full Cream 


Bahan Sos Merah 
Daging/Ayam Kisar 
Tomato Puree
Blackpaper 
Lada Benggala 
Bawang Holland
Tomato 
Button Mushroom (saya guna Ayam Brand) - potong slice
Sosej 
Oregano / Italian Herbs 

Bahan Sampingan
Cheese
Lasagna Sheet 


Cara Membuat Sos Putih
Masukkan butter. Kemudian masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga tepung tu larut. Masa ni memang mencabar sket sebab takut bancuhan akan jadi berketul. Bila dah larut masukkan mushroom soup dan susu full cream. Sos putih banyak takpe. Sebab nanti sos putih ni akan melembutkan kepingan lasagna tu.

Cara Membuat Sos Merah 
Panaskan butter dan tumis bawang holland yang telah dipotong dadu. Bila dah agak wangi tu, masukkan daging/ayam kisar. Bila dah agak masak, masukkan sosej dan button mushrooom yang telah di potong. Kacau sekejap. Kemudian masukkan tomato puree dan blackpaper. Tambahkan sedikit garam dan oregano. Masukkan tomato dan lada benggala.

Cara Membuat : 
Sapukan loyang/bekas dengan butter/mentega. Lapisan pertama ialah lasagna sheet. Kemudian letakkan sos merah dan sos putih. Tabur cheese. Saya letak cheddar slice dulu baru tabur cheese mozarella. Ulang balik. Letak lasagna sheet, sos merah, sos putih dan tabur cheese. Saya suka letak cheese banyak-banyak gitu. Sedap..hihi.

Ok, dah boleh bakar. Make sure dah panaskan oven 180c sebelum tu ye. Turunkan suhu dalam 100c dan bakar dalam 30-40 minit camtu. Agak-agak dah garing kat atas, masaklah tu.


Sebelum masuk oven

Selepas siap dibakar. Korang jangan kasi hangus camni ye..:P

*** Tengah taip ni pun kecur liur..Sedappnyaaa...macam nak balik buat je satgi :)

Terima Kasih

10 March 2015

Badan BerASID ?


Bahagian badan yang paling berasid adalah PERUT. Perut menghasilkan banyak asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan mengambil pemakanan yang berasid seperti ayam, daging dan produk dalam tin boleh menjejaskan aktiviti pencernaan lalu meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan. 

Lebihan asid yang banyak tidak dapat dirembes oleh ginjal dan bertakung dalam salur pencernaan (salur kencing). Keadaan ini menyebabkan kegagalan ginjal untuk berfungsi dan menyebabkan pembentukan kristal dalam salur pencernaan. 

Kristal yang terbentuk ini dikenali sebagai BATU KARANG. Keadaan ini akan berterusan dan akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan semakin meningkat lalu mengakibatkan pelbagai penyakit lain dan boleh mengundang kematian. 



Penyakit yang disebabkan oleh BADAN BERASID 

1. Kanser Sel 
Sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser

2. Kencing Manis 
Bahan toksid berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin 

3. Darah Tinggi 
Toksid berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

4. Darah Rendah 
Toksid berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah 

5. Penyakit Buah Pinggang 
Pengumpulan toksid berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang. 

6. Osteoporosis 
Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis

7. Gout 
Toksid berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sedi membengkak dan sakit 

8. Sembelit 
Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit. 

Seimbangkah pH dalam tubuh kita?

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign