5 February 2015

Kenapa Botol SHAKLEE tiada logo HALAL?

Kisahnya seorang anak nak beli AJHT untuk maknya yang sakit lutut. Dah siap order, tapi mak dia taknak sebab mak dia kata kat botol shaklee takde logo halal..:)

Takpe. Kalau kita sekalipun mesti kita tengok kat botol ada halal ke tak kan? 

Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America) :
  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)

Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. ISA ini pula merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM. 



Kita boleh tengok lain-lain badan yang diktiraf oleh JAKIM dalam Halal Directory. Banyak lagi badan-badan lain yang diiktiraf oleh JAKIM. Tak semestinya logo halal mesti sama dengan JAKIM punyer ye..

Dan ini sijil HALAL Shaklee yang paling latest. Dalam sijil ni terdapat senarai produk Shaklee yang telah mendapat status halal. Jangan ragu-ragu lagi yer. Syubhah nanti.:)



Mudah-mudahan entry ini membantu anda bertambah yakin dengan produk shaklee dan mengamalkan tanpa rasa was-was..

"Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas),dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara syubhah (tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya."
(Imam Bukhari dan Muslim)



::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
 ✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

4 February 2015

Oh My PAVLOVA

Dulu-dulu popular sungguh si PAVLOVA ni. Sempat la saya buat masa tengah glemer tu. Tapi sekarang mai teringin nak makan lagi. Tapi sebab utama ialah OVEN BARU tu hah. Semangat nak try sume masakan. Haha. Rajin benor ye. 

Ni resepi saya copy dari blog aziejaya.blogspot.com (Azie Kitchen)

Bahan-Bahan: 
4 biji telur putih (gred A)
1 cawan gula kaster (boleh kurangkan)
1/2 sk pure extract vanila 
1 sk vinegar/lemon juice
1/2 sb tepung jagung

Topping:
1 cawan heavy whipped cream
Fresh fruits


Cara cara:
Lukiskan bulatan pada kertas minyak menggunakan ukuran pinggan kuih dan terbalikkan.
Jangan lupa panaskan oven dengan suhu 150c dulu. 

Putar putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga kembang dan kental. Masukkan 1 sudu besar gula setiap kali sambil diputar sehingga habis. Masukkan vanilla. Setelah rata, keluarkan mixer bowl.

Tapiskan tepung jagung, kacau rata dengan spatula dan akhir sekali masukkan  cuka. Kacau rata. JANGAN GUNA MIXER ye. 

Tuang adunan ke atas bulatan yang dilukis tadi dan ratakan permukaannya. Bakar dalam oven pada suhu 130C selama 1 jam -  1  jam & 15 minit atau sehingga kelihatan berwarna pale, pinkish eggshell yang rangup di luar.

Bila masak, buka pintu oven dan biarkan pavlova di dalamnya selama 5 minit.

Bila dah sejuk, boleh letakkan whipping cream dan hiaskan dengan fresh fruit.

Untuk whipped cream : 
Putarkan whipped cream sampai adunan kental. Tambah sedikit gula. Dan putarkan lagi sehingga cream kental. 

Tips : saya masukkan pemutar cream dalam peti beku dulu. Supaya cream tak berketul bila putar. :)



Ni pavlova terabur saya. Tak pandai nk hias-hias. hihi

Tips Meringue Yang Cantik Merekah 
Copy dari Blog Kak Ya oh Yaya: http://silariangkanaku.blogspot.com


·                     Jangan ada setitik pon telur kuning.
·                     Jangan ada setitik pon air.
·                     Jangan ada setitik pon minyak / kotoran.
·                     Masa pukul telur jangan terus masukkan gula. Pukul sampai berbuih putih. 
·                     Masa masukkan gula jangan terus masukkan semua. Sabar, masukkan sikit-sikit tapi masa tu pakai kelajuan maksima.
·                     Kalau saya buat saya stop kejap then gaul kan gula yang melekat dekat dinding bowl supaya rata gulanya. Then putar balik.
·                     Panaskan oven dulu. Oven saya nak 150 darjah celcius.
·                     Meringue kita tak sama macam mat saleh. Meringue diorang putih cantik kita punya akan perang-perang sikit. Maybe sebab telur lain / lebih esen vanila.
·                     Masa masak tu kalau boleh jangan buka oven. Saya masak 1 jam. Suhu saya buat 140 darjah celcius.
·                     Gula kalau boleh 1 cawan. Kalau takde penyukat pakai cawan polisterin yang putih yang selalu ada dekat open house ataupon party tu saya dah ukur memang ngam ngam 1 cawan. 
·                     Kaup jer esen vanila tepung jagung dengan cuka. Dulu saya pakai lemon. Sekarang cuka jer. Lemon tak berapa mahir.
·                     Gula kastor tau.
·                     Lepas dah tamat waktu masak. Jangan bawak keluar. Bukak pintu oven sikit. Biar dia sejuk sendiri. Nak keluarkan boleh. Lepastu kempis la meringue awak.
·                     Kalau dah masak sejam tapi cucuk lidi pastu lembik. Awak tambah 10 minit. 
·                     Kalau pavlova sukar nak tarik dari baking paper, kemungkinan tak cukup masak.
·                     Saya pernah kurangkan gula. Tapi pavlova saya lembik.
·                     Pavlova ni akan mengambang gebu. So masa letak dalam loyang jangan rapat sangat ke dinding loyang. 
Selamat Mencuba yer. 

Saya pun cuba kali ke berapa puluh ntah, baru menjadi PAVLOVA yang CANTIK. 



Terima Kasih

3 February 2015

Vitalea Kids untuk Si Manja


Namun, kids are kids. Mereka tetap suka makan macam-macam jenis makanan. Lebih-lebih lagi jika kita pun suka makan junk food.
Jadi, sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.
  • Dari lahir sampai usia tiga tahun, perkembangan otak sangat sensitif dan bergantung terhadap gizi bayi dan anak-anak. 75% dari kapasiti otak mereka berkembang selama waktu ini. Kerana itu bayi harus diberi susu ibu, dan ibu hendaklah menjaga diet agar mendapat nutrient yang mencukupi untuk dirinya bagi menjaga tahap penting dalam perkembangan bayi.
  • Setelah usia dua tahun, diet anak harus mengandungi cukup rendah lemak untuk mengelakkan perkembangan penyakit jantung, obesiti, dan masalah kesihatan yang lain di sepanjang pembesaran mereka.
  • Pada usia lima tahun, otak anak telah berkembang sebanyak 90%.
  • Antara usia 11 dan 16, anak-anak mengalami growth sput, selari dengan pertambahan berat badan, pembentukan otot dan kematangan alat reproduksi.
Memandangkan kebanyakan ibu bapa hari ni adalah bekerja, maka tugas memberi makan anak-anak jatuh kepada pengasuh atau penjaga, termasuk guru taska, pembantu rumah dan sebagainya. Jika anak dijaga pembantu rumah, mungkin ibu bapa boleh menetapkan ‘rules’ tentang apa yang boleh dan apa yang tidak. Dan boleh meninggalkan makanan berkhasiat dari sumber organik misalnya untuk anak-anak. Namun jika anak dijaga pihak luar, nutrisi harian yang diambil tidak boleh dipandang mudah.

Ingat, makan bukan untuk kenyang tapi untuk membekalkan nutrien kepada tubuh.

Oleh itu, pilihan untuk ibu bapa bagi melengkapkan keperluan harian anak-anak, kini boleh diperolehi di Shaklee.

Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea® for Children Chewable disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian! 

Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea® bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya!


Fakta ringkas Vita-Lea® for Children Chewable Shaklee:
    • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak
    • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi
    • Memberi 100% nilai harian vitamin C
    • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia.
    • Berasaskan phytonutrien semulajadi
    • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti.
    • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan
    • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa berri


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
 ✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign