5 August 2014

Makanan Mudah Bersalin


Kalau ikutkan petua mudah bersalin ni macam-macam la kan? Tak apalah, kita amalkan je. Yang penting banyak-banyak doa mintak Allah mudahkan segala urusan bersalin. :)

Yang ni saya ambil dari majalah Pa & Ma. 
Jom semak petua tersebut yang mudah diamalkan.




Makan kurma
Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim. Selain itu, kurma juga membantu melahirkan anak yang cerdik dan bijaksana. Kurma kan makanan sunnah..:)



Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Air kelapa juga membantu menjadikan kulit bayi yang bakal lahir bersih dan tidak berdaki. 



Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.


Telur ayam kampung
Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah. Kebiasaannya bidan mengurut akan menyediakan minyak selusuh dan telur ayam kampung untuk dimakan ketika tempoh bersalin hampir tiba. Saya pun sempat telan telur ayam kampung 3 biji sebelum bersalin. Alhamdulillah. 



Minyak kelapa

Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah berkesan. Di kampung biasa orang sebut minyak tanak. hihi.

Credit to : Majalah Pa & Ma
Terima Kasih

Promo Hebat OGOS 2014 ~ GLA COMPLEX

Hari ini dah 5 Ogos..lupa nak announce PROMO HEBAT SHAKLEE..

Tadaaaa...Gorgeous Product this month -------> GLA COMPLEX


Berturut-turut SHAKLEE buat promo produk kecantikan kan? Sesuai sangat time raya macam ni. Bulan June aritu promo VITAMIN E, kemudian VIVIX. Hamboiii..seronok kita-kita kaum wanita ni kan? Tapi kaum lelaki boleh ambil jugak ye. 

Apa kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex nih?
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan KESUBURAN
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopous 
  • Membantu mengatasi ekzema
  • Menjadikan kulit berseri-seri 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Mengawal kolestrol 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 

Jom order sekarang. Memang berbaloi-baloi. 

Saya Agen Shaklee Pilihan Anda 
Wan Anida 
SMS / Whatsapp @ 0199879347
COD area Kuala Terengganu, Gong Badak, Losong, Manir 


Terima Kasih

Salam Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum sahabat sekalian, :)


Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Mohon Maaf Zahir Batin andai ada kesilapan sepanjang perkenalan kita.

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah menyambut Ramadhan yang penuh berkat dan meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran. 

Alhamdulillah, tahun ini juga merupakan raya pertama saya dengan si kecil permata hati, Nur Qaireen Humaira. Tiada lagi kedengaran suara yang bertanyakan pasal zuriat. Jangan tanya bila nak tambah lagi ye. Sebab rezeki itu Allah yang memberi. hihi. Anak saya kecik lagi tu. Lum puas dukung lagi..:)

Seronok saya beraya tahun ini, dapat memberi duit raya dengan sampul Shaklee. hihi. Biasa sampul upin ipin tu. 


Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, tidak dilupakan pada yang tiada juga pada insan-insan yang serba kekurangan. Pada GAZA juga, saya panjatkan setinggi-tinggi doa moga Allah membantu mereka disana. Allahu, sungguh mereka begitu terpilih. Mereka tahu mereka mampu meraih syahid. Mati kita entah bagaimana.

Beraya-raya juga ye..Jangan lupa jaga kesihatan. Hidangan juadah raya sememangnya sedap belaka. Tapi.....AWAS! mampu mengundang pelbagai penyakit. Jangan lupa amalkan makanan sihat dan makanan tambahan SHAKLEE..:)

Salam Aidilfiti dari saya 
Pengedar Sah Shaklee Anda 




Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign