5 August 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum sahabat sekalian, :)


Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Mohon Maaf Zahir Batin andai ada kesilapan sepanjang perkenalan kita.

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah menyambut Ramadhan yang penuh berkat dan meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran. 

Alhamdulillah, tahun ini juga merupakan raya pertama saya dengan si kecil permata hati, Nur Qaireen Humaira. Tiada lagi kedengaran suara yang bertanyakan pasal zuriat. Jangan tanya bila nak tambah lagi ye. Sebab rezeki itu Allah yang memberi. hihi. Anak saya kecik lagi tu. Lum puas dukung lagi..:)

Seronok saya beraya tahun ini, dapat memberi duit raya dengan sampul Shaklee. hihi. Biasa sampul upin ipin tu. 


Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, tidak dilupakan pada yang tiada juga pada insan-insan yang serba kekurangan. Pada GAZA juga, saya panjatkan setinggi-tinggi doa moga Allah membantu mereka disana. Allahu, sungguh mereka begitu terpilih. Mereka tahu mereka mampu meraih syahid. Mati kita entah bagaimana.

Beraya-raya juga ye..Jangan lupa jaga kesihatan. Hidangan juadah raya sememangnya sedap belaka. Tapi.....AWAS! mampu mengundang pelbagai penyakit. Jangan lupa amalkan makanan sihat dan makanan tambahan SHAKLEE..:)

Salam Aidilfiti dari saya 
Pengedar Sah Shaklee Anda 



Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign