5 August 2014

Makanan Mudah Bersalin


Kalau ikutkan petua mudah bersalin ni macam-macam la kan? Tak apalah, kita amalkan je. Yang penting banyak-banyak doa mintak Allah mudahkan segala urusan bersalin. :)

Yang ni saya ambil dari majalah Pa & Ma. 
Jom semak petua tersebut yang mudah diamalkan.




Makan kurma
Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim. Selain itu, kurma juga membantu melahirkan anak yang cerdik dan bijaksana. Kurma kan makanan sunnah..:)



Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Air kelapa juga membantu menjadikan kulit bayi yang bakal lahir bersih dan tidak berdaki. 



Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.


Telur ayam kampung
Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah. Kebiasaannya bidan mengurut akan menyediakan minyak selusuh dan telur ayam kampung untuk dimakan ketika tempoh bersalin hampir tiba. Saya pun sempat telan telur ayam kampung 3 biji sebelum bersalin. Alhamdulillah. 



Minyak kelapa

Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah berkesan. Di kampung biasa orang sebut minyak tanak. hihi.

Credit to : Majalah Pa & Ma
Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign