15 February 2015

Bahaya Asam : Kecur Liur Bila Sebut Asam..:)

Sebut je asam, kelenjar liur pasti berfungsi dengan baik. Kecur tau. Saya pun suka asam2 nih. Tak takdelah suka tahap serius. Kekadang je makan. Masa pregnant aritu pun sebab loya sesangat baru amik asam. Pastu latih diri ambil buah kismis campuran tu. Yang ada kacang, buah tin, aprikot. Lagi sedap kunyah2 kan. 




Kenapa Asam Bahaya?

Makanan seperti jeruk dan asam adalah berasid tinggi. Ia bahaya kerana asid bersifat menghakis dan boleh memudaratkan perut. Ia boleh dimakan, tetapi seharusnya pengambilannya bukanlah secara berterusan. Jeruk dan asam boleh dikategorikan sebagai makanan tidak sihat, kerana secara amnya tiada khasiat secara langsung.

Jika anda pernah pergi ke Muzium Jeruk Madu Pak Ali, anda mungkin berkesempatan melihat bagaimana proses membuat jeruk dilakukan. Jika diamati, buah-buahan adalah segar ketika dihimpun untuk diproses menjadi jeruk. Namun, dek kerana proses menjeruk, khasiat semulajadi yang ada pada buah-buahan ini akhirnya akan hilang.


Bahan asas untuk menjeruk adalah gula dan garam. Kandungan kedua bahan ini adalah sangat tinggi untuk hasilkan jeruk yang sedap, tanpa diketahui bahawa kandungan asid yang terhasil dan terkumpul boleh memberikan kesan terhadap hati dan jantung. Kekerapan memakannya pula akan beri akibat jangkamasa panjang. Ia juga sejenis makanan yang tidak elok untuk pesakit diabetes atau kencing manis.

Ada pula laporan yang mengatakan memakan jeruk boleh membawa akibat kepada meningkatnya risiko kanser. Selain itu, pengambilannya juga dikaitkan dengan punca alahan, kecacatan bayi, dan kurangnya daya tahap imun badan.


Petua Orang Lama Makan Jeruk Hilangkan Loya

Ramai pula kata, antara petua untuk ibu hamil hilangkan rasa loya ialah dengan makan jeruk dan asam. Saya tak nafikan, petua ini memang ada betulnya dari segi pengalaman sendiri. Namun, pengambilannya tidaklah perlu secara berlebihan kerana ditakuti akan beri kesan kepada janin dalam kandungan.

Ada pakar yang menasihati ibu-ibu mengandung - jika mahu hilang rasa loya dan muntah-muntah, cuba ambil Yogurt kerana ia mengandungi khasiat yang lebih baik jika nak dibandingkan dengan jeruk serta asam. Malah, disyorkan ibu mengandung lebih ambil buah-buahan yang boleh dijadikan rojak untuk makanan seharian sebagai ganti buah-buahan yang dijeruk.


Kesan Makan Asam Jika Berlebihan

1) Ia mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi. Boleh mengundang kepada penyakit kencing manis atau diabetes
2) Pengawet yang digunakan amat berbahaya kepada kesihatan
3) Pengawet seperti asid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang
4) Dalam sesetengah keadaan, pengilang menggunakan pengawet berbahaya. Contohnya jeruk dari Thailand menggunakan formalin (pengawet untuk mayat) supaya jeruk tahan lama.
5) Pewarna yang digunakan boleh mengakibatkan alahan.
6)  Jika pewarnanya terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut dan kulit.
7) Namun, ramai mendakwa asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan mengatasi mabuk hamil.
8) Asam dan jeruk yang diambil berlebihan semasa mengandungi ditakuti akan menjejaskan kesihatan diri dan kandungan.
9) Menghakis dinding pada perut dan usus-usus di bahagian abdomen kita
10) Boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa
11) Boleh menumpulkan ketajaman gigi sebab kadar asid yang tinggi




 Fuuhh, tengok asam boi trend sekarang ni hah. Kecur liurrrr...hummmm...
Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign