23 February 2015

Kalsium Menghalang Tulang Rapuh

Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.



Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Sumber-sumber kalsium
Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.
Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.
Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
3 gelas susu,
4.6kg daging,
15 biji telur,
70g cheese,
400g ais krim, atau
2 cawan yoghurt.

Osteoporosis
Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.
Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.



Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :
  1. kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat
  2. kurang pengambilan kalsium
  3. pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause
  4. risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok
Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini.

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.

Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil
bersama-sama vitamin D dan magnesium serta diambil selepas makan

Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.

Saya pilih OSTEMATRIX SHAKLEE ! Sumber kalsium yang mencukupi untuk tubuh badan saya. :)






::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
 ✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam








Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign