15 September 2014

Anak Mama dah 6 Bulan

Si comel saya tu sebelum 6 bulan dah sibuk nak makan apa yang kita makan. Asal kita suap kat mulut kita, dia pun sibuk nganga sekali. Siap boleh menangis lagi kalu tak diberi makan kat dia jugak. Ish. Memang keturunan mama. Haha. Pantang bab makan orang main-main..hihi..

Orang tua-tua dulu memang tak kisah anak dah 6 bulan ke belum, diorang suap je. Tengok tok wan ngan aki dia suap nasi saya risau jugak. Tapi takkan nak halang kan? Kecik hati diorang nanti.

Awal-awal lagi saya sibuk mengoogle bagai peralatan untuk makanan baby dan resepi dia sekali. Anak sulung kan. Memang excited melebih-lebih. Lalalalala...Tak sabar nak bagi si kecik tu makan. Asyik minum susu je kan? Mesti boring dop?

Baby Food Processor?


Sekarang macam-macam jenis baby food processor yang ada kat pasaran kan? Memang sangat memudahkan kerja ibu-ibu yang bekerja ni hah. Ada duit banyak boleh beli yang branded sikit. hihi. 

Pikir punya pikir, pilih punya pilih, tengok bajet, tengok fungsi akhirnya saya memilih Little Bean Baby Food Processor. Kenapa?

1) Yang pastinya mampu milik. 

Kalau ikut hati memang sangat berkenan yang brand Avent. Sangat berkenan. huhu. harga dia tak silap RM450 ++. Tapi tengok poket, memang tak berapa nak mampu. So, mama pilih yang brand Little Bean. Harga RM199 sahaja. Semoga blender ni dapat berkhidmat dengan baik sehingga anak saya yang ketiga..;)

Berkenan sangat yang ni..huhu

Pilihan yang terbaik. Insha Allah..:)


2) Steamer sekali macam brand Avent 

Makanan baby kebanyakan perlu di stim terlebih dahulu sebelum dikisar bagi melembutkan dulu buah/sayur tersebut dan mendapat hasil kisar yang halus. Rebus tidak digalakkan kerana rebus akan menghilangkan nutrien sayur/buah. 

Baby Food Storage?


Saya berkenan tengok kat google diorang keep makanan baby yang dah dikisar dalam storage kecik-kecik tu. Masa beli blender tu siap ambik dah bekas storage tu. Tapi tengok salesgirl bukak kotak blender dan memang dalam kotak tu dah ada bekas storage, so tak jadi beli yang kecik-kecik tu. hihi. Baru belajar buat makanan baby kan? Kena beli mana penting dulu. Takut-takut kan rajin sekejap je, membazir semua tu hah. hihi. 


Food Warmer?


Yang ni saya dah beli masa awal bersalin haritu. Untuk panaskan botol susu humaira. Dan boleh guna untuk panaskan makanan baby jugak. So, boleh guna untuk panaskan puree humaira yang mama dah freeze kan tu.



Baby bowl set?


Yang ni memang tak payah beli dah sebab ade yang kawan bagi hadiah untuk humaira. So, guna yang tu je. 

Humaira punya brand Anakku. Ni hasil google. Macam comel je kan?

Sekarang ni sibuk la duk google resepi sihat untuk si comel tu hah. Tengok dia makan dari air tangan kita macam seronok je kan? Tak sedap pun mama suap jugak. Haha. 

Semoga Nur Qaireen Humaira membesar dengan sihat dan sempurna.

Nanti ada masa saya share resepi si manja pulok ye..:)

Untuk soalan-soalan lazim mengenai pemakanan pertama bayi boleh baca di Soalan Lazim Pengenalan Makanan Pejal kepada Bayi

Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign