31 May 2015

Begedil Ayam Untuk Ma

Last week, tetiba ma cakap rasa nak begedil dengan sos black pepper. Aik, pelik sungguh. Tak pernah dibuat orang rasanya makan begedil dengan sos black pepper. Hihi. Takpelah, dah selera dia camtu kan.

Dua tiga kali dia ulang macam nak makan, so anak kena buat paham hokey. Sila ke dapur dan siapkan begedil tu.

Tengok jam dah dekat jam 9 malam. Waktu humaira tidur ni. Saya rebus kentang dulu dan naik atas tidurkan si humaira. Dalam kul 10 jugak baru saya turun setelkan si begedil tu.


Dah lama saya tak buat begedil sebenarnya. Ingat-ingat lupa. Bila dah siap buat dan goreng tu, barulah teringat. Mana orang rebus kentang tu. terus goreng je daaa..Kikiki.

Tapi serius, begedil tu sangat SEDAP tau. Penuh kasih sayang gitu kan.



InshaAllah kalau ada masa nanti saya tempek resepi dia naaa..:)




Terima Kasih

27 May 2015

MEALSHAKES + OMEGAGUARD untuk anak tersayang

Bila humaira dah masuk umur setahun, saya dah start bagi vitamin tambahan untuk dia. Maklumlah, masa ni pasir dah jadi makanan dia, mainan semua masuk mulut, kutip makanan atas lantai, jilat sana sini. Haaa..kan parah tu.

As precaution, untuk sistem imun dia saya mesti bagi supplement. Takkan la nak bagi supplement cap abcde, mestilah Shaklee kan. Dah namanya mak dia jual Shaklee. Hahaha.


Mealshake + OmegaGuard
Saya bancuh dalam susu dia setiap hari. Sekali sehari je tau. Tengok atas kesesuaian umur.

Khasiat Mealshake?
Membantu meningkatkan sistem imun anak
Mengatasi sembelit
Membantu mengurangkan eczema anak
Membantu meningkatkan berat badan anak
Mengurangkan masalah asthma
Mengatasi masalah sembelit

Omegaguard
Aritu saya bancuh dalam susu je. Tapi bila saya cuba bagi dia kunyah. Elok dia kunyah tau. Bila minyak ikan dah abis dia hisap dari kapsul tu, tu ludahkan kulit kapsul tu.  Hihi. Dannnnnnn lepas bagi terus kena sorok botol. Waaaa…dia mengamuk nak lagi dan lagi nanti.


Nanti bila dia dah pandai kunyah tablet baru saya bagi Chewable Vitamin C dan Chewable Vitalea Kids. 


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam




Terima Kasih

Cinch Shake Mix Shaklee Memang SEDAP

CINCH kegemaran saya sejak promosi last month. Sebelum ni tak pernah cuba, tapi bila dah promosi ni, as seller mesti cuba dulu tau. Baru tahu rasa camne, kesan camne. Tapi seriusssss tahap gaban, saya suka sangat CINCH CHOC. Yang LATTE saya tak cuba sebab saya ni memang kurang sikit caffe2 nih.


Dah abis satu tong cinch ni, esok kena bawak tong baru mai ofis. Dan yang penting saya kena buat stok untuk bulan puasa. For me, cinch ni sangat membantu perut saya kenyang lebih lama. Mulut nak makan, tapi perut cakap full daaaa.. Nanti bulan pose kena amalkan cinch. Yeaahhhh…


Selain itu, cinch juga membantu mengelakkan otot dari menggeleber. My sideline Shaklee konsisten minum cinch + esp tau. Dan amazing is berat yang sama, Cuma saiz tubuh lagi kecik. Nampak tak macam mana cinch membantu? 



::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam




Terima Kasih

Beef Steak Kegemaran Sekeluarga

Last Thursday orang gomen dah gaji.  So saya plan elok jugak kalu buat makan ramai-ramai kat umah ma malam khamis tu. Esok Jumaat, takdelah penat sangat kalau tidur lewat pun. Apa lagi, whatsapp kat group adik-beradik. Sonang zaman sekarang kan. Ade group whatsapp. Cakap kat situ je. Semua orang boleh baca.

Mintak adik suri rumah tu pi beli ayam n daging untuk diorang perap awal-awal. Nanti saya balik kerja boleh kacau sos blackpepper dan buat coleslaw je.


Waktu rehat, saya n ofismate pi hock kee seng (pasar raya terdekat dengan UniSZA). Beli sayur untuk buat coleslaw dan bahan sampingan lain.

Balik kerja, pas amik anak. Salin uniform dulu dan start tung tang kat dapur. Si humaira macam biasalah, naik motor pusing-pusing dengan pak sedara dia.



Ok, pas magrib dah boleh makan. Yummy !


Resepi, macam biasa yang saya dah share sebelum ini. J



Yang penting bila masak sendiri, dengan bajet kecik je tapi boleh makan ramai-ramai. Sama-sama masak, sama-sama makan. Jimat dan eratkan ukhuwah. Love u my family!

Terima Kasih

17 May 2015

Basic H Kini Kembali !

Akhirnya setelah beberapa bulan, Basic H datang balik. Rindu tau. Sebab takde stok, terpaksa saya jimat-jimat basic h yang ada kat umah tu. Tapi, yang ada kat umah tu pun baru luak sikit. Nampak tak betapa tahannya Basic H ni.


Satu yang paling saya suka bila guna Basic H ialah kerak susu pada botol anak cepat hilang dan botol nampak macam baruuuuu. I like !

Hari minggu saya amik botol-botol anak, titis Basic H + air panas dan rendam seketika. Bagi kerak-kerak tu kembang sebelum kita sental dia guna berus. :)



Mai lekaih sapa yang nak order. Jangan tunggu takde stok baru haru cari Basic H tau. Ready stock di tangan sayaaaaa...:P


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam






Terima Kasih

Resepi ~ Laksa Penang

Dah lama teringin nak makan laksa penang buatan sendiri. Kuah jelah buatan. Nak buat laksa sendiri ngak pandai.


So, pagi sabtu tu ajak la ma n kakak pi pasar manir. Cari bahan-bahan nak buat laksa penang. Cuma yang susahnya, dekat pasar manir takde laksa.


Bahan - bahan hiasan :
Nenas
Telur Rebus
Timun
Bawang Besar (Mayang)
Lada (Mayang)
Limau Nipis
Salad

Kuah :
Bunga kantan
Serai
Asam Keping
Bawang besar (mayang)
Daun kesum
Lada giling
Ikan kisar



Cara Penyediaan Kuah :
1. Rebus ikan. Tambah garam dan asam keping. Asam keping ni nanti boleh guna untuk kuah. Air rebusan jangan buang.
2. Asingkan isi ikan dan tulang. Kisar isi. Saya suka tambah lada kecik. Nak bagi rasa pedas
3. Kisar tulang ikan. Tapis air kisar.
4. Ambil periuk. Masukkan air sedikit. Letak serai, daun kesum, lada giling. Bila dah mendidih, masukkan ikan kisar tadi. Masukkan juga air rebusan ikan dan air tulang kisar.
5. Masukkan asam keping dan garam.
6. Siap.

Selamat Mencuba. Dan yang paling saya terharu is tak cukup kuah 1 periuk. Petang tu saya kacau lagi 1 periuk. Suka tau bila orang makan menambah-nambah.


Terima Kasih

13 May 2015

Port Makan @ Simply Scrumptious

Sejak berjodoh dengan kedai ni, rasenya dah 4 kali saya pergi dalam 2 minggu berturut-turut. Time puasa, siap pi tapau lagi. Kuat betul penangan sup kat sini. SIMPLY SCRUMPTIOUS 



Saya ni memang hantu sup. Suka sangat-sangat tau. Makan tiap ari pun takpe. Aduyai. Patutlah si kecik humaira tu suka jugak. Lagi-lagi kalau bubur nasi.

Nak dijadikan cerita, last week terasa nak makan sup. Keluar la sengsorang tengahari tu sebab ofismate dah ade makanan sendiri.

Mula-mula try pi kat bazar, tapi kat situ tutup. So, pi round ikut hati je. Sampai dekat sekolah Gong Badak, area perumahan baru tu (depan ILP Gong Badak), nampak banner TULANG  (tulisan dia elok besar) senang nak baca sambil drive. :).





Bila berenti tu risau gak nak masuk, sebab tak macam kedai makan sup. Cantik. Kemas. Bersih. Senyap. Nak makan pun selesa, tapi bila ketawa kena cover-cover sikit. Silent please. kekekeke.




Punya cantik dia bungkus tau. Bukan ikat dalam plastik macam kat kedai makan biasa tu. Letak dalam bekas macam mangkuk tu. Kuah je letak dalam plastik. Saya order BIHUN SUP SPECIAL. Hah, amek kau. SPECIAL terus. Tapi, memang tak nyesal. SEDAP tau. Kicap pun PEDAS. I like. :)

Masa bawak balik kt ofis, kawan-kawan tegur pi bungkus kat mana cantik sangat bekas tu. Bila bawak rumah pun, mak tegur beli kat mana siap bungkus dalam bekas camni. :P



Selain sup, kedai tu ada jugak makanan sampingan macam aneka tart, durian crepe, kek, tapi saya hanya cuba cream puff yang kiut miut ni. Kulit dia memang agak ranggup, tapi cream dia memang sedap. Macam aiskrim. 3 biji RM1.00


Ada 3 pakej pilihan - EKONOMI, NORMAL, SPECIAL. Untuk pakej EKONOMI include sekali air strawberry macam dalam gambaq tu. RM4.50. Berbaloi kan. Beza setiap pakej ialah bahan kat dalam tu - bergedil, tulang, meatball.





Balik keje, singgah tapau untuk budak kesayangan mama lak. Nasi air. Hampir habis satu bekas humaira makan sorang tau. Suka mama tengok.

Nak pegi makan kat situ lagi arini boleh tak. Hiksss. Lagi tak puas cemuh, camni ler..:P




Terima Kasih

Nappy Cream Terbaik ~ Shaklee Herbal Blend

Sebelum ada anak, nappy cream yang warna pink tu memang famous kan? Saya tengok adik-adik guna yang tu. Maklumlah adik lebih dulu dapat anak dari kakaknya ni hah.

Dan bila ada anak, saya pun sempat guna sekejap sebab masa tu herbal blend takde stok. Bila stok dah masuk, borong banyak-banyak terus. Kikiki. Dan sekarang adik-adik pun dah tak guna cream pink tu. Guna HERBAL BLEND SHAKLEE jugak.



Anda bayangkan, dengan harga RM27.50 boleh tahan hingga 3 bulan tau. Dan yang saya paling suka is cream ni memang cepat hilangkan ruam pampers baby. Bukan setakat ruam, malahan if anak kene gigit nyamuk or semut memang cepat surut bengkak tu.

Bau cream ni memang macam minyak panas sikit, tapi still safe untuk baby. Sapu nipis-nipis je. Jangan lak pi picit smp 2cm sapu kat pepet anak. :)

Ready stok dengan saya, boleh order 2 3 tiub untuk stok anda pulak. Hik..:P


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam






Terima Kasih

12 May 2015

Big Bad Wolf @ UniSZA

Sebelum ni dengar-dengar je Big Bad Wolf ni. Tak pernah pergi pun. Pesta Buku Antarabangsa pun pernah sekali je pergi dulu-dulu. :)

Alang-alang BBW ni buat event kat UniSZA,(tempat tumpah darah mencari rezeki ) wajib pergi tau. Orang lain sanggup datang jauh-jauh nak mai BBW ni. Takkan aku yang dekat ni takleh pi jenguk kan.

So, ari khamis amik la peluang pi BBW dengan geng ofis ni. Masa kitorang pergi tak ramai sangat orang. Boleh la membeli dengan tenang. Tapi yang tak tenang, duit pinjam ngan ofismate dan phone tak bawak. Takleh nak snap pic banyak2. Hukkk.

Masuk dalam, tengok banyakkknyee NOVEL. RM5 above. Murah tak murah? Tapi, saya tak suka sangat. kikiki. Tengok buku lain mostly ENGLISH VERSION. Sian kat mak i takleh nak belikan untuk dia buku masakan.



Tapi yang paling teruja is BUKU ANAK ! Masya Allah, banyaknya buku budak. Cantik ! Menarik ! Murah! Aishhh. Geram je mama nak beli banyak2. Tapi kena sedar diri, i pinjam duit ofismate. Lalalala.



My First 1000 Word RM8
My First Things That GO RM10
My First Farm Words RM10
My Book Block (5 books inside) RM6
The Number Garden RM6

TOTAL is RM40

Tapi, esokkan hari jumaat tu ajak Ma n adik-adik pegi. Hihi. Tak puas ati. Rasa macam banyak lagi buku kena beli untuk humaira. Winkkk..


Haha, nak jugak posing sikit. Kikiki. Jangan meluat naaa..:P

Terima Kasih

PORT MAKAN ~ QAWA COFFEE

Sebenarnya dah lama tengok kat insta orang share minum kat sini. Katanya air sedap macam starbuck. Tempat pun lapang dan bersih je.

So, petang ahad pas balik kerja pusing-pusing dengan akak. Kengkonon nak belikan nasi air untuk humaira. At last, pi lepak sini.



Dah park kete tu, pi la cari tempat duduk. Nak duduk tu, terpandang kat kaunter. Dia tulis ORDER HERE. Hihi. Tak jadi duduk. Pi order dulu. Dah memang macam starbuck kan.

Nak order tak reti sangat. Biasa beli air kat starbuck tu pun encik somi yang tolong order. Tengok menu, nampak JAVACHIPS. Biasa minum yang tu. Order yang tu jelah.

Tengok lak kat menu sandwich. Tanya la kat cashier tu biasa customer order yang mana. Katanya meat lover or chicken tu je. Saya order chicken. :)

Lepas bayar, pi duduk satgi diorang panggil nama. Khelass gitu. Orang melayu bisnes ala omputis. :P


 Ni dia sandwich yang saya order. Isi dalam lupa nak amik gambar. Tapi for me, rasa dia takleh lawan Subway. Sebab roti pun dah beza. Sedangkan harga lebih kurang Subway.

Air tak amik gambaq sebab budak kecik kesayangan tu sibuk nak minum. Hihi. Air boleh tahan kira. Sedap jugak. So, nak air ala-ala STARBUCK boleh mai minum kat sini. Terengganu takde STARBUCK. :)
Terima Kasih

YES PACK ~ YOUNG ENTREPRENEUR SYSTEM

Young Entrepreneur System (YES) terbuka kepada ahli baru yang mendaftar pada Mei hingga Oktober 2015.

Apa yang anda dapat dari YES ni? 

1) Harga Ahli 
2) Tambahan diskaun 5% 
3) Vitalea PERCUMA (Worth RM88.75) 
4) Bonus CASH bernilai RM23*

 Terdapat 4 Pilihan YES :

1) HEALTHY PRENATAL 
2) HEALTHY POSTNATAL 
3) HEALTHY FITNESS
4) HEALTHY YOUNG LIVING 





Ada kekeliruan? Boleh terus whatsapp saya ye. InshaAllah saya bantu anda. 

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

Ditipu Peniaga Online ~ Apa Perlu Buat

Selamat Pagi Selasa :)

Dah breakfast ke belum ye? Alhamdulillah. Saya dan CINCH + ESP pagi tadi..

Pagi-pagi tadi masa nak bancuh minuman sedap saya tu, datanglah office mate cerita anak sedara dia kene tipu beli telefon online. RM1600. Allahu. Bukan sikit, beribu jugak tu. Saya yang dengar ni pun terketar-ketar. Anak sedara dia ni bukan orang senang. Dah la dia hanya orang tengah antara pembeli dan penjual online tu. Terpaksa ganti RM1600 tu. Ibu dia sampai perlu jual kereta kancil sebab nak ganti duit kawan anak dia. Kesian kan?

Apa yang perlu anda buat sekiranya anda ditipu? 

1) Buat laporan polis

Pergi balai, buat report. Bawak segala dokumen berkaitan seperti slip transaksi. Cuma kebiasaanya kita hanya ada slip bank dan no telefon peniaga tersebut je kan?


2) Buat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna

Pergi ke TTP untuk buat report. Tapi pastikan anda ada alamat orang berkenaan barulah report boleh dibuat. If takde, say bye-bye je. Diorang takkan layan.

Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan ditipu? 

1) Dapatkan salinan ic peniaga online
2) Dapatkan alamat surat menyurat
3) Jangan bank in duit ke akaun yang berlainan dari akaun peniaga. Contohnya deal dengan wanita, tapi nama akaun lelaki. Memang curious kalu gini.

Sekiranya anda ada 2 maklumat ini, kes penipuan lagi cepat boleh settle.

Just my 2 cent, pelik sungguh sistem nak selesaikan kes macam ni. Sebab kebiasanya kita pembeli hanya akan ada maklumat no akaun yang kita bank in dan no telefon penjual online sahaja. Mana nak dapat nombor ic dan alamat diorang kan?

Dan kita takde kuasa nak dapatkan maklumat lengkap pemilik akaun. Pihak bank takkan bagi ! Pihak berkuasa la yang seharusnya ke bank untuk dapatkan details. Hurrmmm. :(
Terima Kasih

Kulit Makin OK ~ Penangan Shaklee

Antara SET SHAKLEE yang popular is SET KECANTIKAN KULIT. Dan kebiasa-biasannya kaum wanita la yang banyak mengorder set kulit cantik ni hah. Wanita memang suka pada yang cantik, yang bersih. :)

One of my customer consume set kulit shaklee ni is student. Minggu ni di whatsapp saya nak order Vitamin E pulak. Salah satu vitamin kulit yang wajib diambil untuk pudarkan parut, untuk kulit berminyak dan berjeragat especially. 


Nabilah baru consume 3 minggu. Saya tertinggal GLA yang dia consume jugak untuk kulit dia yang nampak dah ok tu. :)

Alhamdulillah. Sapa yang tak nak kulit cantik berseri kan. 


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam


Terima Kasih

11 May 2015

Si Sate Kajang Hj. Samuri

Dulu-dulu saya kurang suka sate ni. For me, mana-mana sate pun sama je. Rasa ayam, rasa daging. TAPI, lepas encik suami bawak balik umah. Aish, sedap pulak. Yang sedap tu sambal lada dia tu. Perghh!! Sedap sangat tau. Sate Kajang Hj. Samuri.

Baru ni, masa pi cameron behenti kat RnR, kebetulan lak parking betul-betul depan sate kajang. Rezeki sungguh. Tak tahu pun kt RnR tu ada sate kajang. Apa lagi, pi tapau la makan dalam kereta. Waaa, sedap sangat. Ummm...

So, niat dalam hati nak bungkus bawak balik bagi ma rasa. Mana boleh kami je yang rasa kesedapan sate kajang tu kan.

Balik dari Cameron, singgah tido umah kakak ipar kat kajang sebab esoknya nak terus gerak balik Terengganu. Jumpa anak-anak buah yang comel-comel tu. Layan mulut pok pek diorang yang suka berkeletah. Budak-budak cakap KL best je bunyinya kan. Hik.

Pagi tu, sebelum balik. Memang singgah tapau 30 cucuk sate ayam, 30 cucuk sate daging. Dalam hati, aish..cukup ke tak eh. Haha. Tamak!


Kebetulan ma memang bercadang nak buat nasik himpit. So, boleh lah makan dengan sate kajang yang mabeles tu. Bismillah. :)
Terima Kasih

Resepi ~ Chicken Chop

Kali pertama buat CHICKEN CHOP. Sebelum ni layan Beef Steak je. Ni kes ma makan yang jiran sebelah bagi, terus dia request kat anak dia yang pandai masak ni hah untuk buat CHICKEN CHOP lak. Haha, puji diri sendiri lols. :P

Sos Black Pepper: 
Panaskan butter, tumis bawang holland dan black pepper. Masukkan bancuhan tepung gandum. Saya kacau guna pemukul telur tau. Bancuhan lagi cantik dan tak berketul. Masukkan kicap, sos tiram, dan garam. Masukkan stok ayam. Kali ni saya masukkan stok ayam Mc Cormick ~ Chicken Gravy. Pastu saya campak segala herbs yang ada. Basil, Oregano, Paprika. Haha. I like. 

Bahan Perapan Ayam : 
Guna Ayam (Peha) Tanpa Tulang. Tumbuk bawang putih, black pepper dan halia kemudian gaul bersama sos tiram, kicap. Perap ayam selama lebih kurang 3 jam. Lagi lama lagi bagus. 

Cara Buat : 
Sediakan 3 pinggan yang berlainan. 

Pinggan 1 - untuk tepung gandum 
Pinggan 2 - untuk telur 
Pinggan 3 - untuk bread crumbs 

Celup ayam yang telah diperap dalam Pinggan 1, kemudian Pinggan 2 dan last Pinggan 3. Goreng dalam api yang perlahan. 

Then, SIAP. Hidang dan Makan. :)



Terima Kasih

Ronda-Ronda @ Cameron Highland

Lepas celebrate besday encik suami, we all decide bercuti ke Cameron Highland. Tak tahu yang keberapa kali dah pegi sana. Haha. Suami i suka tempat sejuk-sejuk agaknya. Asalnya nak pegi Pulau Pangkor, tapi cuaca seakan tak mengizinkan. Bertambah pula kena naik bot, saya macam agak risau nak bawak humaira. Huhu.

Lewat jugak kami bertolak. Jam 8 malam baru sampai kat Cameron. Atas highway nak ke ipoh tu boleh tahan jugak jalan jem.

Dalam dalam perjalanan tu jugak la kami baru tempah bilik. Pegi gamble camnilah. Unplanned holiday. Main redah je. Bukak booking.com cari bilik yang paling murah. Sebab dah lewat malam. Esok tengahari nak check out dah. Membazir amik bilik mahal-mahal kan. Dapatlah booking bilik kat Chua Gin Hotel kat Brinchang. RM98 per night. Bilik yang ada balcony.

Bila dah sampai tu, tunjuk booking number. Tapi malangnya bilik balcony dah fully booked. Dia tukar ke bilik yang ada tingkap dengan harga RM88. Bolehlah tu kan. Just to sleep for a night.

Lepas mandi, solat semua. Turun makan kat restoran orang kelate. Tempat yang sokmo-sokmo kitorang makan everytime pegi cameron.

Balik bilik ~ TIDO.

Esokkan, pagi-pagi bangun breakfast dan macam biasa jejalan kat Kea Farm. Tempat wajib. Saya suka sangat-sangat tengok sayur yang menghijau tuh. Ish, rase nak beli. Nak bawak balik kat Ma. :(

2 benda yang mesti makan kat Cameron is JAGUNG dan STRAWBERRY.




Tengok keadaan cameron macam makin banyak kereta yang berpusu-pusu masuk, kami decide untuk check out awal. Gerak balik KL lebih awal untuk elakkan jam. Bosan jam tau. Tambah-tambah kalau anak jugak buat perangai dalam kete. Haha.

Kitorang pegi 30 April. 1 Mei tu cuti hari pekerja. Boleh bayang tak camne keadaan kat Cameron tu?

Dan sepanjang kami balik atas highway menghala ke Cameron memang jem teruk ! Nasib baik menghala ke KL lengang je. Kikiki.



Kat atas tu budak yang tak sabar nak keluar bilik !

Terima Kasih

Akhirnya ~ DIP n DIP

Last week amik peluang cuti lama-lama sikit. Lebih kurang seminggu jugaklah. Kebetulan pulak time ni ada cuti pertabalan dan cuti wesak. Bolehlah duk shah alam berkepit dengan encik suami dan si comel humaira lama-lama kan.

Dan berkebetulan pulak time ni besday encik suami kesayangan. So, kita celebrate sama-sama ye.

Alkisahnya dah berbulan-bulan kepingin nak try kat dip n dip. Penangan tengok kat instagram kawan-kawan makan kat sana. I like CHOCOLATE. So melting, yummilicious !



Pegi The Curve semata-mata nak makan dip n dip. Haha. Padahal one day before tu dah pegi IKEA. Esokkan pegi The Curve pulak. Aduhai puan isteri. Kepingin alah orang mengidam. :)

Lagi satu sebab nak celebrate besday encik suami. Tapi ikut taste puan isteri. Haha. Aci tak?


Apa nama ntah ni hah. RM17.00. Mula-mula makan memang enjoy. At last, MUAK. Haha. Kena order satu pinggan, share 3 orang. Baru tak muak kot. Tak abis makan pun. :(

Encik suami order macam waffle gitu. Abis licin dia makan sorang.



Untuk suamiku, Selamat Hari Lahir. Terima kasih menjadi teman jua suami yang sangat baik buat saya. Semoga kasih sayang antara kita sentiasa bertambah dan rumahtangga ini berpanjangan hingga ke Syurga. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign