22 July 2014

HB Rendah Merbahaya?


Setiap kali mengandung, mesti HB yang selalu kita risaukan. Nurse pun bising je kalau hb rendah.

Kenapa bacaan HB sangat penting kepada ibu mengandung?


Apa itu Bacaan HB?
Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Apakah Bacaan HB Normal bagi Dewasa dan Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Punca kekurangan HB?
  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia


Risiko jika HB RENDAH?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:

Kesan kepada ibu
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan

Kesan kepada Bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

VITALEA SHAKLEE boleh membantu anda yang mempunyai masalah HB RENDAH ketika hamil?

Buktinya?
Saya sendiri mempunyai bacaan HB yang baik iaitu 11.2 sehingga melahirkan. Alhamdulillah. Tak cuba, tak tahu kan?

Kenapa VITALEA SHAKLEE?

VITALEA SHAKLEE merupakan multivitamin hebat yang diperlukan oleh semua orang. Ia merupakan suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Sekiranya anda membeli Vitalea dari saya, anda layak mendapatkan cara pengambilan yang betul untuk bacaan HB yang baik.


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda :::::

Email: nida_anida@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
COD Area: 
Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam


Terima Kasih

Persiapan Menyambut Kelahiran Permata Hati

hihi..:)

Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.
Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah: 
·                     Baju lengan pendek
·                     Baju lengan panjang
·                     Seluar pendek
·                     Seluar panjang
·                     Barut
·                     Sarung kaki
·                     Sarung tangan
·                     Kain bedung
·                     Topi

Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.

·                     Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
·                     Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
·                     Tisu basah
·                     Alas atau pelapik untuk menukar lampin
·                     Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Set mandian
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
·                     Besen mandi bayi
·                     Tuala mandi
·                     Tuala muka
·                     Cecair mandian
·                     Syampu

Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:

·                     Losen bayi
·                     Minyak bayi
·                     Bedak bayi
·                     Sikat atau berus rambut
·                     Minyak telon
·                     Alat pemotong kuku
·                     Kapas muka
·                     Krim ruam lampin
·                     Termometer digital

Tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
·                     Tilam
·                     Bantal kepala
·                     Bantal peluk
·                     Cadar
·                     Selimut

Penyusuan
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.

Penyusuan susu ibu:
·                     Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
·                     Bekas penyimpanan susu ibu
·                     Beg pendingin
·                     Nursing cover

Penyusuan susu formula:
·                     Botol susu bebas BPA
·                     Puting botol susu
·                     Berus botol
·                     Bekas untuk menyimpan susu formula
·                     Bekas menyimpan air panas
·                     Bekas menyimpan air kosong
·                     Alat steril botol susu

Penyimpanan Darah Tali Pusat
Atas kesedaran tentang pentingnya darah tali pusat dan kemampuannya menyelamatkan nyawa manusia, ramai ibu bapa turut memasukkan proses penyimpanan darah tali pusat bayi baru lahir mereka dalam senarai semak persiapan menyambut bayi baru. Tetapi kosnya mungkin tinggi bagi sesetengah pihak.

Nota : Ini adalah panduan/ tips yang bersifat umum dan mungkin tidak merangkumi situasi bagi sesetengah individu.  Untuk keterangan lanjut, anda dinasihatkan merujuk kepada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan anda
Sumber artikel:
1.       Laman web Kumpulan Media Karangkraf
2.       Laman web Baby Center
3.       Laman web Portal Alami Hamil
4.       Laman web Pregnancy
5.       Laman web Women’s Health

CREDIT TO : PA & MA

Berminat dengan SET BERPANTANG SHAKLEE?




Terima Kasih

21 July 2014

Suplemen Untuk Kesuburan Lelaki


Selalunya bila dibincangkan mengenai isu kesuburan, isterilah yang paling banyak menjadi mangsa kan?

Perlu diketahui juga suami memainkan peranan yang besar dalam usaha memperolehi zuriat. Sperma yang sihat dan berkualiti membantu dalam usaha kehamilan. Oleh itu, suami juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk merancang kehamilan.
Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki. 

Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma. 

ZINK
·   Menjaga kesuburan dan system reproduktiviti lelaki.
·   Zink adalah mineral penting untuk fungsi seksual lelaki. Ia terlibat dalam hampir semua fungsi seksual lelaki termasuk metabolisme hormon, pembentukan sperma dan mibiliti sperma.
·   Zink yg terdapat dlm air mani meningkatkan jumlah sperma, pergerakan dan paras testosteron darah.
·    Kekurangan zink merendahkan hormon testosterone dan jumlah sperma yang menyebabkan kurang subur.

VITAMIN E
  • membantu meningkatkan pergerakan dan kualiti sperma yg membolehkan mudah hamil.
  • Antioksidan yg kuat yg dapat membunuh radikal-radikal bebas yg boleh membuatkan kerosakan dan kecacatan sperma.
  • Kuantiti sperma yang banyak memungkinkan sperma yang baik & berkualiti untuk dihasilkan.
  • Pendek kata, kuantiti sperma banyak, air mani pun banyak.



::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 


 Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

Nutrisi Lengkap untuk Ibu Hamil


Sememangnya setiap wanita yang berkahwin pasti teruja setiap kali mengetahui yang dirinya telah mengandung. Yang pastinya kehamilan yang pertama itu yang sangat mengujakan. Macam tak percaya pun ada kan bila tengok pregnancy test positif.
 
Setiap ibu pasti menginginkan yang terbaik untuk si manja yang bakal lahir. Nutrisi lengkap penting untuk ibu dan anak bagi memastikan kesihatan ibu dan anak di tahap yang optimum.
 
Saya memilih Set Kehamilan SHAKLEE yang semestinya memberikan kesihatan yang baik sepanjang mengandung. Alhamdulillah. Segalanya dengan izin Allah jua.



Mengapa Set Kehamilan Shaklee?

Shaklee menawarkan Set Kehamilan yang mengandungi vitamin-vitamin yang lengkap dan dapat memenuhi segala keperluan nutrisi seseorang ibu hamil. Jom kita lihat kandungan yang terdapat di dalam Set Kehamilan Shaklee:

·  Vitalea dengan formulasi zat besi - membantu mengatasi masalah HB rendah, memberi tenaga dan memenuhi mana-mana kekurangan nutrisi yang tidak dapat diperolehi daripada pemakanan harian semata-mata
· B Complex yang dilengkapi dengan asid folik - pengambilannya dari sebelum/awal kehamilan mampu mengatasi masalah kecacatan bayi (spina bifida)
·  Vitamin C - meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan si ibu
· Ostematrix (kalsium) - membantu mengatasi masalah kekejangan otot, sakit pinggang dan sakit belakang serta membantu pelawasan 
· OmegaGuard - minyak ikan terbaik di dunia bagi menyokong perkembangan otak dan penglihatan bayi
·  ESP - sumber protein terunggul untuk menyokong kesihatan si ibu dan perkembangan bayi yang dikandung, juga untuk membekalkan tenaga di sepanjangan kehamilan dan sewaktu dalam proses melahirkan di samping sebagai persiapan untuk menyusukan selepas bersalin

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 

Email: nida_anida@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

17 July 2014

EPISOTOMI vs CAESAREAN




Episotomi dan caesarean merupakan 2 jenis luka bersalin yang biasa didengar. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang penjagaannya, Dr. Khairiah bt Seman, Pakar Perunding O&G dari Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang ada maklumat lanjut.

Menurut beliau, secara umumnya, episotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episotomi. Episotomi berbeza dengan luka biasa. Episotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses kelahiran. “Dahulu, hampir kebanyakan wanita yang bersalin anak sulung secara normal akan dilakukan episotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan yang dialami oleh mereka lebih daripada luka sendiri,” tegas Dr. Khairiah. Tambahnya, banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa episotomi menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak.
Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu  jenis menegak dan melintang. Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.

Dr. Khairiah memberitahu bahawa biasanya luka bagi episotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.

Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang digunakan. Untuk episotomi benang yang digunakan adalah daripada jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benangnya yang digunakan ialah cat gut dan vicryl. Menurut beliau lagi, setiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya sendiri. Makin mahal benang tersebut bermakna benangnya lebih lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.
“Seperti yang diketahui ramai, luka episotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Manakala luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Untuk episotomi biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sedia kala,” terang Dr. Khairiah.

Luka sembuh
Tentang bagaimana untuk memastikan luka tersebut cepat sembuh pula, beliau menekan tentang pentingnya memastikan kawasan luka sentiasa kering. “Bagi luka episotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.”

Dalam pada itu, Dr. Khairiah mengakui ada sesetengah orang gemar menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka. Dari segi klinikal, hal ini tidak digalakkan kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor lazimnya akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E. Dr. Khairiah memberitahu bahawa ‘keloid’ wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

Ketika ditanya tentang jahitan yang terbuka, beliau mengakui kes ini adalah biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka-mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.

Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, beliau menasihatkannya agar bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
Mengenai wanita yang menghidap diabetes, Dr. Khairiah mengakui luka mereka mengambil masa untuk sembuh. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.

“Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan,”tambah beliau.

Turut ditekankan di sini ialah tentang pengambilan ubat-ubatan tradisional yang dimakan. Wanita selepas bersalin perlu berhati-hati terutamanya dari segi kebersihan ubatan yang diambil itu. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan. Sebelum mengakhiri pertemuan kami, Dr. Khairiah menasihatkan agar ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berzat dan pastikan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak. Menurut beliau, dari segi perubatan, tidak ada pantang larang terhadap pengambilan makanan-makanan tertentu kerana semua makanan kaya dengan zat yang diperlukan
tubuh. Cuma sekiranya anda alah kepada sesetengah jenis makanan, eloklah dielakkan.

Tahukah anda:
Biasa rasa sakit akibat episotomi hanyalah selama 2 hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan.

CREDIT TO : PA & MA

Dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE untuk pemyembuhan luka yang cepat dan pemulihan tubuh yang optimum.

Berminat?Boleh baca disini SET BERPANTANG SHAKLEE 


::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
✉ Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam

 


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign