28 July 2015

Resepi ~ Lontong Nasi Himpit

Saya tak tahu lontong tu maksudnya apa. Adakah kuahnya atau nasi himpit tu. Confius. Yang saya tahu lontong tu kuah lemak kuning makan dengan nasi himpit. Dan yang saya tahu jugak lontong tu sedapppp sangat. Hahaha.

Hari raya pertama, kakak ipar dah buat lontong tapi sayang sekali adik ipar dia ni tak sempat nak makan. Huhu. So, kempunan la. Sebab saya suka lontong. Tambah lak dengan sambal bilis yang power. Fuhhh! memang sedap.

Last jumaat, Syawal yang ke 8 atau nama glemer is Raya 6 saya decide la nak buat lontong ni. Raya 6 ni antara raya yang meriah sebab meraikan umat islam yang berpuasa 6 hari pada bulan Syawal (bermula pada 2 Syawal). Saya puasa 6 jugak. tapi lambat skit. hihi.



Bahan-Bahan: 
Kacang Panjang (potong)
Terung (potong)
Kobis (potong)
Carrot (potong)
Suhun (basuh je, tak perlu rendam)
Sayur Fucuk (basuh je, tak perlu rendam) 

Bahan Kisar : 
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia 
Lengkuas
Cili Kering
Udang Kering
Ikan Bilis 
Kunyit 

Santan Cair
Santan Pekat

Cara-Cara : 
Tumis bahan kisar bersama serai. Bila dah agak masak, masukkan santan cair. Kacau rata. Kemudian masukkan santan pekat. Kacau sehingga santan masak. Kemudian masukkan sayur yang agak keras barulah sayur yang lembut. Tambah garam secukup rasa. 

Hidangkan bersama sambal tumis bilis.





Terima Kasih

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum...:)

Lama tak jengah blog ni. Nasib baik lum sempat bersawang lagi. Sibuk benor tuah tanah pi beraya kan? Sedar tak sedar ah 12 Syawal arini. Masih lum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya pada semua sahabat. Semoga raya ini ikatan ukhuwah sesama kita semakin terjalin erat. 



Tahun ni tema raya kami ialah HIJAU LUMUT. Tema last minit jugak kot. Mula-mula nak buat tema dark turqoise. Baju pulak susah nak cari. Masa pun dah suntuk sebab tailor dah nk closed order, beli jelah kain sekayu sama dengan suami dan anak. Huhuhu. 

Nak dijadikan cerita, baju saya siap 1 ari sebelum raya. Dan ada la sikit masalah teknikal. Terpaksa la pakai baju lama macam taun lepas jugakkkkkk. Aduhai. Cuma nasib baik baju lama ni tak la lama sangat. Baru pakai 2 kali rasanya. So, kira ok la kan?

Rasanya tahun ni paling berjimat sekali. Dapat baju banyak tapi at lower cost n time. Takde rushing macam last-last year punye raya. Lagipun dah makin tua ni, kemeriahan raya dah tak terasa sangat. 

Saya dapat 7 pasang baju raya include baju tema. Hihi. Melampau tak? Camne boleh banyak tu? Rahsianya ialah saya simpan baju yang ditempah jahit masa berpantang humaira. Hihi. Kumpul punya kumpul jadilah banyak tu.



Baju humaira pun banyakkkk sangat2. Dan mostly baju dia saya beli time sale. Biasalah kalu husband duk Shah Alam ni, kene pi jenguk-jenguk jugak kan. Tapi pi jenguk time sale la. Saya amik peluang ni shopping baju raya anak. Dah kalau 3 4 kali pegi dapat 4 5 pasang, memang banyak la baju dia. Poney set (pants+shirt) saya dapat 3 pasang RM99. Normal price dia RM66 sepasang. Murah tak murah? :)

Untuk encik husband je dia pi cari sendiri. Sebab saya tak faham sangat taste dia. Kikikiki. 

Next year raya boleh repeat buat camni lagi kan? Simpan baju awal-awal untuk penjimatan di akhirnya. 


Selamat Hari Raya buat semua :)

Terima Kasih

15 July 2015

Packing Balik Kampung ~ Bawak Sekali Shaklee Balik Beraya

Pejam celik pejam celik tinggal sehari lagi kita nak beraya kan. Tapi suasana tu belum terasa lagi. Dengar lagu raya pun tak berapa nak syahdu sangat. Ke sebab faktor usia? Or sebab kampung dekat je. Bukan kampung dekat dah ni. Memang duk kat kampung sokmo. Hihi.

Ramai yang update kat FB arini, jalan LPT Pantai Timur jem teruk. Dah ramai nampaknya warga Pantai Timur pulang ke kampung halaman. My hubby pun gerak time sahur tadi. Alhamdulillah. Dah selamat sampai.

Yang nak balik kampung tu jangan lupa listkan senarai yang nak bawak balik. Karang ada yang tertinggal kasut raya la, kopiah raya la. Hihi. Bawak yang mana penting je ye. Jangan pi sumbat semua dalam beg tu. Memberatkan kereta je nak pikul tau.

Dalam kemeriahan beraya tu jangan lupa makanan kesihatan anda ~ SHAKLEE. Bawak si SHAKLEE tu balik kampung jugak ye. Mencegah tu kan lebih baik dari merawat. :)


Bawak masuk beg sekali barang-barang kat atas ni ye. Kalau ada lagi vitamin lain as VITAMIN E, PERFORMANCE DRINK, ESP ka boleh hangkut semua. Hihihi.

InshaAllah anda akan perlukannya nanti. :)

Selamat Hari Raya.

*********************************************************************************

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam



Terima Kasih

7 July 2015

Lenguh-Lenguh Kaki Hilang Penangan Ostematrix

Bila usia dah semakin meningkat ni, sendi-sendi cepat lenguh. Lagi-lagi bulan puasa ni sebab kita berterawih, bangun tajahud malam dan pi round shopping mall. Eh, ke tak round? Gurau je :)

Bulan puasa nilah kita nak kumpul sebanyak-banyak pahala. Sebab tu pentingnya kesihatan sendi dipertingkatkan. Nak minum susu bulan puasa ni rasanya tak terminum. So, jalan mudah is telan OSTEMATRIX. 

Bagi saya, satu-satunya vitamin yang saya takleh skip ialah ostematrix. Bangun pagi terasa segar dengan ostematrix. Lenguh badan pun cepat hilang. 

Antara kelebihan OSTEMATRIX ialah : 

  • Menguatkan tulang – Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema,konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

  • Meringankan stress – Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf,penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

  • Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

  • Pengalkalian tubuh – Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.

  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

  • Vitamin D: Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets.

  • Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.

  • Magnesium : Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.

  • Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

  • Zinc, boron, manganes, kuprum : Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.




Sebotol 120 biji (1 bulan penggunaan) 

*********************************************************************************

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam


Terima Kasih

6 July 2015

Resepi ~ Roti John Special

Assalamualaikum :)

Sekejap je dah 19 hari kita berpuasa arini kan? Tiap-tiap hari mesti pikir nak masak apa berbuka nanti ye. Nak buat kuih apa ye. Tapi bukan saya la, mak saya. Hihi. Kat umah biasanya balik kerja mak dah siap masak hampir 70%. Bukan anak-anak malas, tapi mak yang sangattttt rajin.

Berbalik kepada kisah si roti john tu. Saya ni memang jenis suka round-round kat bazar. Tak beli pun takpe. tapi best tengok macam-macam jenis makanan kat sana. Last week, saya pi round bazar Batu Buruk. Tengok la roti john. Dalam ati duk cakap nampak sedap roti john ni. Macam banyak inti. Hihi. tapi sekali tengok harga RM5 daaa..:(

Sekarang nak beli kena pikir banyak kali. Worth or not RM5 dengan roti john tu. Kat umah saya ni ramai orang. Biasa adik beradik ipar duai lepas terawih baru bersurai balik. Dan kebiasaanya makanan yang dibeli kurang laku kat umah.

So, saya decide la better buat je roti john ni. Bukannya susah sangat pun. Dan saya dah pernah buat dulu-dulu. Kikiki. Makan panas-panas lagi sedap kan.

Kebetulan my hubby balik ari sabtu, saya buat la roti john ni hah. Bukan senang nak bagi hubby makan air tangan bini dia ni. :P



Bahan-bahan : 

Ayam/Daging Kisar 
Lada hitam kisar
Bawang Holland (potong dadu)
Bawang Putih (diketuk dan potong dadu)
Serbuk Kari 
Garam 
Roti 

Cara-Cara Membuat Inti: 
1. Masukkan minyak/butter dan tumiskan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang holland yang dipotong dadu
2. Masukkan ayam/daging kisar. Kacau sehingga isi ayam/daging betul2 hancur.
3. Bila ayam/daging dah agak masak, masukkan lada hitam dan serbuk kari 
4. Perasakan dengan garam


Cara-Cara Menyediakan Roti John : 

1. Belah roti dari tepi dan sapukan planta
2. Pecahkan telur dalam inti. Tambahkan daun sup dan daun bawang. Kacau telur dan inti biar agak sebati. 
3. Panaskan kuali. Tuang telur tadi secara rata dan agak-agak untuk muat 2/3 pasang roti. 
4. Letakkan roti atas telur. Balikkan sekejap
5. Hiaskan dengan kobis dan carrot yang dipotong halus
6. Paipkan sos cili, mayonis dan sos lada hitam. 
7. Siap untuk dihidangkan :)



Alhamdulillah, bila hidangkan makanan untuk orang lain diri sendiri pun rasa puas dan kenyang. Lepas semua dah balik, barulah saya buat untuk diri sendiri pulak. Sedap sangat aihhh! :)

Selamat mencuba. 

Terima Kasih

5 July 2015

Resepi CheeseKut

Last Sunday singgah Sabasun Hyperuncit sebab nak cari susu humaira. Tapi takde jugak. Alang-alang dah singgah tu, cari la bahan skit-skit nak masak. Kengkonon nak try buat cheesekut. Hihi. Tak cuba tak tahu kan?

Simple je nak buat, bahan pun mudah nak dapat. Amik la cream cheese, biskut jagung dan susu segar. Nestum dah ada kat umah.

Balik rumah, terus kacau. Tak sampai 10 minit pun dah leh siap tau. Mudah sangat. Adik pun cakap sedap. :P


Bahan-bahan : 
1/2 tin susu pekat manis
250 gram cream cheese
1 paket biskut cracker
1 kotak kecil susu segar
150gram nestum 

Cara Menyediakan : 
1. Campurkan susu pekat manis bersama cream cheese
2. Pukul sehingga kembang
3. Rendamkan biskut cracker dalam susu segar. Tapi jangan sampai kembang
4. Susun rapat biskut dalam loyang
5. Buat satu lapisan keju diatas biskut tadi sehingga menutupi biskut
6. Tabur nestum diatas lapisan keju
7. Ulang langkah 3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki
8. Sejukkan dalam peti sebelum dihidangkan



Selamat Mencuba :)

Terima Kasih

4 July 2015

Punca Ketidaksuburan



Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa seseorang wanita atau isteri lambat hamil. Antaranya ialah, masalah isteri, masalah suami, masalah kedua-duanya dan yang terakhir kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat.

Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Berikut adalah masalah-masalah yang menjadi faktor mengapa anda sukar untuk hamil.

1.    Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosok adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.

2.    Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.

3.    Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.

4.    Wanita yang mempunyai kelainan ataupun kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.

5.    Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka dalam lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 hingga 30 tahun.

6.    Emosi yang tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.

7.    Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.

8.    Masalah gagal untuk mendapatkan cahaya mata bukan hanya berpunca daripada golongan hawa sahaja. Dalam beberapa kes, lelaki juga dipercayai menjadi punca mengapa rumahtangga mereka tidak dikurniakan zuriat.

9.    Antara faktornya ialah lelaki juga boleh menjadi tidak subur disebabkan masalah hormon. Gangguan pada hormon sering berlaku kepada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang yang menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.


10.  Masalah sperma adalah masalah utama ketidaksuburan golongan adam. Ologospermia, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap meliliter air mani dan tidak berkualiti adalah perkara lazim terjadi yang mengurangkan peluang pasangannya untuk hamil.

Credit to : Majalah Pa& Ma


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma :)

Boleh baca disini ye Set Kesuburan Shaklee

*********************************************************************************

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam

Terima Kasih

3 July 2015

Homemade Biskut Raya ~ Aktiviti Geng Opis

Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Tahun ni memang saya tak tempah lagi biskut raya kat mana2. Biasanya beli dengan kawan2 kat opis. Tapi tahun ni tak beli apa2 pun lagi. Entahlah, kadang2 rasa membazir. Better buat sendiri kan.

So, ari selasa last week entah camne terkeluar la idea nak buat biskut raya dengan geng opis. Kawan ofis ni sorg ada rumah, tapi tak duduk situ. So, apa lagi..planning on la. Kekeke. Kitaorg ni memang dah biasa plan on the spot.

Arini, ari jumaat kami di Ganu ni tak bekerja. Kebetulan pulak cuti sampai Ahad. Kelepasanam nuzul quran. Plan kul 9pagi start aktiviti. Tapi biasalah, bulan puasa ni ada yang terlajak tidur. Hihi.

Ikut perancangan, 2 jenis biskut je nak buat arini. Biskut cornflakes dan biskut lidah kucing. Kengkonon dalam kepala mudah je lidah kucing tu. Upenya cerewet sangattt.huhuhuhu.



First kitorg buat cornflakes madu dulu. Sebab tak cerewet dan mudah kan. Gaul2 dan letak dalam acuan n then bakar je sekejap. Hihi.




Lidah kucing rupa tak berapa nak ada. Sebab dulang khas untuk buat lidah kucing ni besar. Tak muat masuk oven. Huhu.

Buat punya buat, kul 4 petang baru boleh balik. Fuhhhh. Sakit pinggang. Lambat sebab kami bawak anak-anak sekali. Kekekeke.

Alhamdulillah. Banyak jugak hasil yang dapat. 250 biji cornflakes dan 70 biji biskut lidah kucing. Ok la kan. Kalau beli tu dah berapa. Ni kami just bayar lebih kurang RM26 je sorang tau.

Harap2 biskut ni tahan la sampai raya. Hihihihi. Selamat ari raya 2015 :)
Terima Kasih

2 July 2015

Tingkatkan Tenaga dengan Cinch Energy Tea

Tenaga dibulan puasa memang agak terhad sedikit. Sebab itu kita perlu cari inisiatif nak tambah tenaga, bukan mengeluh sebab puasa tau. Lagi-lagi dengan cuaca yang agak panas camni. Cepat terasa dahaga. 

Dengan puasa yang masih berbaki 16 hari lagi ni, elok kalau saya cadangkan CINCH ENERGY TEA. 

Apa keistimewaan CINCH ENERGY TEA ni? 

1. Rangsangan tenaga secara semulajadi dan selamat

2. Sedap diminum samada panas atau sejuk

3. Alternatif terbaik kepada snek atau minuman manis

4. Cepat bertindak meningkatkan tenaga

5. Bungkusan berbentuk stick yang mudah bagi setiap hidangan. 




Ada yang tak sanggup nak minum CINCH TEA malam-malam sebab takut susah nak tidur. Hihi. Bila minum dia ni mesti bertenaga. Takdelah melepek je pas balik keje tau. Malam boleh keje rumah lagi sambil layan anak-anak main. :)

Tengok orang melepek, kita pun rasa geram je kan. Hihi. 

Sekotak CINCH TEA mengandungi 28 stick pada harga RM131.00 (Harga Bukan Ahli). 

*********************************************************************************

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam

Terima Kasih

1 July 2015

Promo July 2015

Alhamdulillah, melangkah ke bulan baru kita hari ini. 1 Julai 2015. Bermakna kita juga melangkah ke promosi yang baru. Promosi Vitamin E dan Vitamin C dan abis ye.. :)

Semalam jam 12 lebih dah berbunyi telegram dan whatsapp group geng Shaklee bertalu-talu. Tapi saya sahur pagi tadi baru bukak. Ngantuk daaa..:P

Apa promo bulan ni tu ye?

1. VIVIX BUY 6 FREE 1 or BUY 2 GET 5% LESS

2. B COMPLEX BUY 4 @ 3 

3. VITALEA KIDS BUY 4 @ 3 


Macam menarik je promo ni kan? Especially utk sahabat-sahabat yang memang penggemar vivix tegar. Boleh juga hadiahkan kat mak ayah sempena aidilfitri yang bakal tiba nanti.




*********************************************************************************

::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda ::::: 
  Email: nida_anida@yahoo.com
 Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
 COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam




Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign