20 March 2015

Spageti Oglio Olio Version Melayu

Selamat petang semua..:)

Salam jumaat yang penuh keberkatan dan kerahmatan.

Petang-petang minggu ni tekak menggatal nak makan western. Biru mata i arini u olss.. Pagi tadi dah pi bahan-bahan sebenarnya. Cuma tak tau nak masak ape. Orang kat umah lagi suka carbonara dan bolognese je. Tapi tukang masak terasa nak try oglio olio pulak..

Mana nak dapatkan resepi ye ? Opkos la encik google yang sentiasa baik hati membantu.

Resepi dah dapat, pi dapuq siapkan bahan. Cumanya udang takde. Kepah pun takde. Encik sutum je yang ada. Tak apa. Bahan tak cukup tak semestinya tak jadi kan. Yang penting rasa tu sedap. Haha.

Ni bahan-bahannya :
Spagetti (saya guna San Remo)
Seafood (Udang, sotong, kepah)
Mushroom
Oregano, parsley, chili flakes
Cili
Black paper
Bawang putih
Bawang holland

Cara-cara :
Rebus spageti. Letak sedikit garam dan minyak zaitun masa rebus spageti. Rebus seafood dan toskan. Tapi air jangan buang ye. Masukkan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang holland. Kemudian masukkan cendawan. Tumis sekejap. Saya tambah cili kering (gunting kecik2 dalam 2cm). Masukkan 2 senduk air rebusan seafood. Masukkan oregano dan parsley serta garam, blackpaper dan chili flakes.  Masukkan lada merah/hijau dan tomato. Last sekali masukkan spageti dan gaul rata. Ok. Siap untuk dimakan.



Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign