26 March 2015

Saya nak HAMIL !


Siapa yang tidak mahu punya anak selepas mendirikan rumah tangga. Betul tak? Tetapi sebelum merancang utk hamil, anda mesti mengambil kisah tentang beberapa perkara. Semuanya demi keselamatan diri bakal ibu dan bayi. Berikut adalah beberapa perkara yang mesti dipersiapkan sebelum anda disahkan positif hamil.

  1. Berat badan
Anda perlu mengetahui berat badan sebelum mengandung. Sekiranya anda mempunyai berat badan di bawah normal maka lebih baik tambah berat badan sedikit kerana berat di bawah paras normal akan mempengaruhi proses ovulasi. Jika anda dalam kategori berat badan berlebihan, sebaiknya kurangkan dulu berat badan untuk memudahkan proses ovulasi dan mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi dan diabetis ketika hamil.

  1. Hobi melancong
Adakah anda dan pasangan gemar pergi melancong? Jika ya, segerakan hobi anda sebelum disahkan positif mengandung kerana anda tidak akan tahu bagaimana keadaan kesihatan anda ketika hamil.

  1. Buat rawatan gigi
Jika anda mempunyai masalah pergigian, segera lakukan rawatan sebelum hamil. Ini kerana biasanya rawatan pergigian yang kritikal berisiko dilakukan ketika hamil bahkan masalah gigi yang teruk dapat meningkatkan risiko jangkitan kuman seterusnya menyebabkan kelahiran bayi pramatang dan masalah praeklampsia ketika hamil.

  1. Tambahkan pengambilan vitamin
Pengambilan vitamin sangat diperlukan oleh bakal ibu hamil. Vitamin B sangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi. Oleh itu sebaiknya anda ambil asid folik sebelum merancang untuk hamil.

  1. Kurangkan pengambilan kafein
Belajarlah untuk mengurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi. Jika dulu anda minum dua hingga tiga cawan sehari, sebaiknya kurangkan menjadi secawan sahaja dan lama-kelamaan tidak perlu mengambilnya langsung. Ia membantu anda lebih mudah untuk hamil. Pakar menyarankan ibu hamil mengambil tidak lebih 150mg kafein sehari.

  1. Siapkan bajet
Ini yang paling penting! Proses kehamilan dan menyambut kelahiran serta membesarkan anak memerlukan kos yang tinggi. Jadi mulalah belajar menabung untuk memudahkan belanjawan anda kelak.

  1. Katakan tidak pada rokok dan alkohol
Mengambil minuman keras dan merokok merupakan tabiat yang tidak sihat apatah lagi dalam kalangan ibu hamil. Ia sudah tentu membahayakan bayi dalam kandungan bahkan mengganggu kesihatan bakal ibu sendiri. Bahkan ia turut mempengaruhi kualiti sperma si suami. Oleh itu sebaiknya bakal ibu dan ayah perlu terus berhenti tabiat buruk ini demi melahirkan bayi yang sihat.

Credit to : Pa & Ma


Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign