14 March 2015

Pentingnya Jadual Mengepam

Menyusukan anak adalah perkara semulajadi tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Tanpa ilmu dan pengetahuan misi penyusuan eksklusif sehingga anak mencapai usia dua tahun sukar dicapai. Penyusuan susu ibu bukan sekadar memasukkan puting payu dara ibu ke dalam mulut bayi sahaja.


Banyak cabaran dan rintangan yang bakal ditempuhi di sepanjang perjalanan penyusuan. Oleh itu ibu perlu pastikan sentiasa membekalkan diri dengan tips dan ilmu agar dapat menangis segala cabaran yang dihadapi demi meneruskan usaha murni menyusukan anak.

Sedar atau tidak, tugas mengepam susu adalah sebahagian daripada rutin wajib yang mesti dilakukan oleh ibu menyusu terutama sekiranya bekerja. Tahukah anda bahawa jadual mengepam susu secara konsisten membantu ibu mengekalkan pengeluaran susu.

Bayangkan anda meninggalkan anak selama lapan jam sehari ketika keluar bekerja namun hanya mengepam sekali atau dua kali, tentu sahaja penghasilan susu akan semakin berkurangan. Untuk mengekalkan momentum susu agar sentiasa dihasilkan, ibu perlu menghantar isyarat ke otak. Ia boleh dilakukan menggunakan kaedah jadual mengepam yang konsisten. Ibu jangan sesekali culas dengan jadual tersebut. Disiplin itu penting!

Selang masa mengepam adalah mengikut jarak masa bayi menyusu. Di awal usianya dua bulan, biasanya bayi menyusu dalam tempoh dua jam sekali dan semakin meningkat mengikut peningkatan usianya. Jadi, ibu boleh tetapkan masa mengepam yang sama setiap hari supaya otak terbiasa menghantar isyarat penghasilan susu dan ibu juga tidak terlupa dengan masa mengepam.

Contoh sesi mengepam yang disarankan adalah seperti berikut:

Sesi 1 : 9 pagi
Sesi 2: 12 tengahari
Sesi 3: 3 petang
Sesi 4: 6 petang

Info penting yang mesti diketahui ibu, jangan percaya yang kononnya tunggu sehingga payu dara bengkak baharu boleh mengepam. Tidak kira sama ada payu dara anda bengkak atau tidak, ibu wajib pam susu!

Ini adalah cara ibu merangsang kilang susu supaya sentiasa aktif. Walaupun payu dara tidak bengkak, susu akan tetap keluar juga. Jangan risau walaupun susu yang dipam sekadar 1 auns kerana percayalah hasil yang diperoleh tetap cukup untuk keperluan anak kita. 

Credit to : Pa & Ma


Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign