13 March 2015

Hyperthyroid atau Hypothyroid ?

Assalamualaikum..

Semalam ada sorang customer saya mencari suplemen untuk penyakit hyperthyroid. Dia kata badan cepat letih. So, memerlukan kepada suplemen yang boleh membantu dia mengurangkan kesan yang dia dapat dari hyperthyroid yang dia ada tu. 



Thyroid terbahagi kepada dua jenis samada hyperthyroid atau hypothyroid. Dan thyroid ialah benjolan atau saiz leher lebih besar dari biasa. 


Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan. 


Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid.



Banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid.



Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon. 

Individu berusia 40 tahun ke atas dan wanita lebih terdedah kepada risiko penyakit tiroid. Kadangkala, penyakit tiroid dialami wanita hamil kerana lebih banyak hormon tiroid diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. 



Bagaimanapun, bengkak itu bersifat sementara dan akan hilang selepas wanita melahirkan anak. 




Gejala hyperthyroidism:
  • bengkak di leher
  • degupan jantung yang cepat
  • cepat marah
  • cepat berpeluh
  • tidak tahan cuaca panas
  • tangan bergetar
  • kitaran haid tidak teratur
  • sentiasa gelisah
  • penurunan berat badan
  • rambut gugur
  • masalah sukar tidur (insomnia)
  • bengkak di sekeliling mata
  • kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
  • cirit-birit
  • tubuh badan lemah
  • osteoporosis 

Gejala hypothyroidism:
  • kurang tenaga
  • rasa sejuk
  • denyutan jantung perlahan
  • kemurungan
  • berat badan bertambah
  • kurang daya ingatan
  • kulit kering
  • rambut gugur
  • sembelit
  • beguk
  • nafsu seks turun
  • suara serak 

Antara suplement bagi pesakit tyhroid ialah Vitamin E, Zink, B Complex, Vitamin C dan Kalsium. Pengambilan Omega-3 juga digalakkan. 






Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign