12 May 2015

Ditipu Peniaga Online ~ Apa Perlu Buat

Selamat Pagi Selasa :)

Dah breakfast ke belum ye? Alhamdulillah. Saya dan CINCH + ESP pagi tadi..

Pagi-pagi tadi masa nak bancuh minuman sedap saya tu, datanglah office mate cerita anak sedara dia kene tipu beli telefon online. RM1600. Allahu. Bukan sikit, beribu jugak tu. Saya yang dengar ni pun terketar-ketar. Anak sedara dia ni bukan orang senang. Dah la dia hanya orang tengah antara pembeli dan penjual online tu. Terpaksa ganti RM1600 tu. Ibu dia sampai perlu jual kereta kancil sebab nak ganti duit kawan anak dia. Kesian kan?

Apa yang perlu anda buat sekiranya anda ditipu? 

1) Buat laporan polis

Pergi balai, buat report. Bawak segala dokumen berkaitan seperti slip transaksi. Cuma kebiasaanya kita hanya ada slip bank dan no telefon peniaga tersebut je kan?


2) Buat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna

Pergi ke TTP untuk buat report. Tapi pastikan anda ada alamat orang berkenaan barulah report boleh dibuat. If takde, say bye-bye je. Diorang takkan layan.

Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan ditipu? 

1) Dapatkan salinan ic peniaga online
2) Dapatkan alamat surat menyurat
3) Jangan bank in duit ke akaun yang berlainan dari akaun peniaga. Contohnya deal dengan wanita, tapi nama akaun lelaki. Memang curious kalu gini.

Sekiranya anda ada 2 maklumat ini, kes penipuan lagi cepat boleh settle.

Just my 2 cent, pelik sungguh sistem nak selesaikan kes macam ni. Sebab kebiasanya kita pembeli hanya akan ada maklumat no akaun yang kita bank in dan no telefon penjual online sahaja. Mana nak dapat nombor ic dan alamat diorang kan?

Dan kita takde kuasa nak dapatkan maklumat lengkap pemilik akaun. Pihak bank takkan bagi ! Pihak berkuasa la yang seharusnya ke bank untuk dapatkan details. Hurrmmm. :(
Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign