Sebut je asam, kelenjar liur pasti berfungsi dengan baik. Kecur tau. Saya pun suka asam2 nih. Tak takdelah suka tahap serius. Kekadang je makan. Masa pregnant aritu pun sebab loya sesangat baru amik asam. Pastu latih diri ambil buah kismis campuran tu. Yang ada kacang, buah tin, aprikot. Lagi sedap kunyah2 kan.
Kenapa Asam Bahaya?
Makanan seperti jeruk dan
asam adalah berasid tinggi. Ia bahaya kerana asid bersifat menghakis dan boleh
memudaratkan perut. Ia boleh dimakan, tetapi seharusnya pengambilannya bukanlah
secara berterusan. Jeruk dan asam boleh dikategorikan sebagai makanan tidak
sihat, kerana secara amnya tiada khasiat secara langsung.
Jika anda pernah pergi ke Muzium Jeruk Madu Pak Ali, anda mungkin berkesempatan
melihat bagaimana proses membuat jeruk dilakukan. Jika diamati, buah-buahan
adalah segar ketika dihimpun untuk diproses menjadi jeruk. Namun, dek kerana
proses menjeruk, khasiat semulajadi yang ada pada buah-buahan ini akhirnya akan
hilang.
Bahan
asas untuk menjeruk adalah gula dan garam. Kandungan kedua bahan ini adalah
sangat tinggi untuk hasilkan jeruk yang sedap, tanpa diketahui bahawa kandungan
asid yang terhasil dan terkumpul boleh memberikan kesan terhadap hati dan
jantung. Kekerapan memakannya pula akan beri akibat jangkamasa panjang. Ia juga
sejenis makanan yang tidak elok untuk pesakit diabetes atau kencing manis.
Ada pula laporan yang mengatakan memakan jeruk boleh membawa akibat kepada
meningkatnya risiko kanser. Selain itu, pengambilannya juga dikaitkan dengan
punca alahan, kecacatan bayi, dan kurangnya daya tahap imun badan.
Petua Orang Lama Makan Jeruk Hilangkan
Loya
Ramai
pula kata, antara petua untuk ibu hamil hilangkan rasa loya ialah dengan makan
jeruk dan asam. Saya tak nafikan, petua ini memang ada betulnya dari segi
pengalaman sendiri. Namun, pengambilannya tidaklah perlu secara berlebihan
kerana ditakuti akan beri kesan kepada janin dalam kandungan.
Ada pakar yang menasihati ibu-ibu mengandung - jika mahu hilang rasa loya dan
muntah-muntah, cuba ambil Yogurt kerana ia mengandungi khasiat yang lebih baik
jika nak dibandingkan dengan jeruk serta asam. Malah, disyorkan ibu mengandung
lebih ambil buah-buahan yang boleh dijadikan rojak untuk makanan seharian
sebagai ganti buah-buahan yang dijeruk.
Kesan Makan Asam Jika Berlebihan
1) Ia mengandungi kandungan
garam dan gula yang tinggi. Boleh mengundang kepada penyakit kencing manis atau
diabetes
2) Pengawet yang digunakan
amat berbahaya kepada kesihatan
3) Pengawet seperti asid
benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang
4) Dalam sesetengah
keadaan, pengilang menggunakan pengawet berbahaya. Contohnya jeruk dari
Thailand menggunakan formalin (pengawet untuk mayat) supaya jeruk tahan lama.
5) Pewarna yang digunakan
boleh mengakibatkan alahan.
6)
Jika pewarnanya terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut
dan kulit.
7) Namun, ramai mendakwa
asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan
mengatasi mabuk hamil.
8) Asam dan jeruk yang
diambil berlebihan semasa mengandungi ditakuti akan menjejaskan kesihatan diri
dan kandungan.
9)
Menghakis dinding pada perut dan usus-usus di bahagian abdomen kita
10)
Boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa
11)
Boleh menumpulkan ketajaman gigi sebab kadar asid yang tinggi
Fuuhh, tengok asam boi trend sekarang ni hah. Kecur liurrrr...hummmm...