Di tahun 2015 ini salah satu perkara WAJIB saya buat ialah SOLAT DHUHA. Mesti buat. Saya kena PAKSA diri saya untuk buat dhuha walaupun hanya 2 rakaat.
Saya pernah baca, jika anda rasa dengan membuat 2 rakaat dhuha masih belum memurahkan rezeki anda, tambah lagi 2 rakaat. Dan di tahun 2015 ini, saya tambah lagi 2 rakaat solat dhuha sy menjadikan ianya 4 rakaat. Alhamdulillah, rupanya tak berat pun 4 rakaat tu bila kita dah biasa.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Solat Sunat Dhuha boleh
dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala
berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah
meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut
melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah
SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari
tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a.,
Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di
antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap
kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil
adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah
sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu
semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR
Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang
dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan
oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua
rakaat.
Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan
empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu
petang.” (HR Al-Hakim dan
At-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya
di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat
kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah
mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga
dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)