Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Tahun ni memang saya tak tempah lagi biskut raya kat mana2. Biasanya beli dengan kawan2 kat opis. Tapi tahun ni tak beli apa2 pun lagi. Entahlah, kadang2 rasa membazir. Better buat sendiri kan.
So, ari selasa last week entah camne terkeluar la idea nak buat biskut raya dengan geng opis. Kawan ofis ni sorg ada rumah, tapi tak duduk situ. So, apa lagi..planning on la. Kekeke. Kitaorg ni memang dah biasa plan on the spot.
Arini, ari jumaat kami di Ganu ni tak bekerja. Kebetulan pulak cuti sampai Ahad. Kelepasanam nuzul quran. Plan kul 9pagi start aktiviti. Tapi biasalah, bulan puasa ni ada yang terlajak tidur. Hihi.
Ikut perancangan, 2 jenis biskut je nak buat arini. Biskut cornflakes dan biskut lidah kucing. Kengkonon dalam kepala mudah je lidah kucing tu. Upenya cerewet sangattt.huhuhuhu.
First kitorg buat cornflakes madu dulu. Sebab tak cerewet dan mudah kan. Gaul2 dan letak dalam acuan n then bakar je sekejap. Hihi.
Lidah kucing rupa tak berapa nak ada. Sebab dulang khas untuk buat lidah kucing ni besar. Tak muat masuk oven. Huhu.
Buat punya buat, kul 4 petang baru boleh balik. Fuhhhh. Sakit pinggang. Lambat sebab kami bawak anak-anak sekali. Kekekeke.
Alhamdulillah. Banyak jugak hasil yang dapat. 250 biji cornflakes dan 70 biji biskut lidah kucing. Ok la kan. Kalau beli tu dah berapa. Ni kami just bayar lebih kurang RM26 je sorang tau.
Harap2 biskut ni tahan la sampai raya. Hihihihi. Selamat ari raya 2015 :)