28 July 2015

Resepi ~ Lontong Nasi Himpit

Saya tak tahu lontong tu maksudnya apa. Adakah kuahnya atau nasi himpit tu. Confius. Yang saya tahu lontong tu kuah lemak kuning makan dengan nasi himpit. Dan yang saya tahu jugak lontong tu sedapppp sangat. Hahaha.

Hari raya pertama, kakak ipar dah buat lontong tapi sayang sekali adik ipar dia ni tak sempat nak makan. Huhu. So, kempunan la. Sebab saya suka lontong. Tambah lak dengan sambal bilis yang power. Fuhhh! memang sedap.

Last jumaat, Syawal yang ke 8 atau nama glemer is Raya 6 saya decide la nak buat lontong ni. Raya 6 ni antara raya yang meriah sebab meraikan umat islam yang berpuasa 6 hari pada bulan Syawal (bermula pada 2 Syawal). Saya puasa 6 jugak. tapi lambat skit. hihi.



Bahan-Bahan: 
Kacang Panjang (potong)
Terung (potong)
Kobis (potong)
Carrot (potong)
Suhun (basuh je, tak perlu rendam)
Sayur Fucuk (basuh je, tak perlu rendam) 

Bahan Kisar : 
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia 
Lengkuas
Cili Kering
Udang Kering
Ikan Bilis 
Kunyit 

Santan Cair
Santan Pekat

Cara-Cara : 
Tumis bahan kisar bersama serai. Bila dah agak masak, masukkan santan cair. Kacau rata. Kemudian masukkan santan pekat. Kacau sehingga santan masak. Kemudian masukkan sayur yang agak keras barulah sayur yang lembut. Tambah garam secukup rasa. 

Hidangkan bersama sambal tumis bilis.




Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign