11 September 2014

Kencing Manis ketika Mengandung?

Kebiasaannya ibu hamil memang mudah dijangkiti kencing manis ketika hamil ye? 

Kenapa klinik menitikberatkan kencing manis ketika hamil?
Sebab ianya memudaratkan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan dan boleh berterusan sehingga bersalin dan hingga bayi itu membesar. Ngeri kan?

Sebab itu masa mengandung ramai ibu-ibu TERPAKSA minum AIR GULA. heeeee... 
Untuk mengesan  samada kita mempunyai kencing manis atau tidak. Lebih-lebih lagi yang memang ada keturunan yang ada penyakit kencing manis. 

Kesan kencing manis semasa mengandung 


Kesan pada ibu: 

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang besar 
  • Luka bersalin lambat sembut dan berisiko mendapat jangkitan pada luka
  • Berisiko mengidap diabetes tahap 2 kemudian hari 
Kesan pada bayi : 
  • Berisiko lahir pra-matang
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan 
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin 
  • Masalah kesihtan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (kuning) 
  • Berisiko untuk menjadi obesiti dan menghidap penyakit kencing manis pada masa akan datang 

Kenapa kencing manis hanya ketika hamil?


Semasa mengandung, tubuh sepatutnya akan menghasilkan insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutamanya pada pertengahan hingga akhir kehamilan. Jika gagal menghasilkan isulin tambahan ini, tubuh akan mempunyai banyak gula dalam darah. Dan inilah yang menyebabkan kencing manis. 

Insulin ialah hormon yang mengawal dan memetabolismekan gula dalam darah. 

Kebanyakkan kes, kencing manis semasa hamil akan hilang selepas bersalin. Namun yang dirisaukan ialah risiko untuk mengidap kencing manis tahap 2 pula. 
kencing manis ketika mengandung

Siapa yang berisiko??
  • Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan. Makan untuk 2 orang katanya...
  • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg atau lebih.
  • Sejarah penyakit kencing manis dalam keturunan.
  • Kehamilan kembar.
  • Ibu yang hamil ketika berusia lebih 35 tahun.

Tanda-tanda???
  • Sering keletihan
  • Acapkali membuang air kecil
  • Sering dahaga yang melampau
  • Penglihatan yang kabur
  • Luka atau lebam yang lambat sembuh
Cara untuk mengawalnya ialah dengan mengawal diet dan lakukan senaman. Diet yang disarankan ialah Kurangkan makanan dan minuman bergula, banyakkan pengambilan karbohidrat berserat, protin tanpa lemak seperti ikan dan soya dan lemak jenis baik (HDL)

Dalam 10-20% kes, ada yang tidak lagi dapat dikawal dengan diet dan senaman. Oleh itu perlu ambil buat untuk kawal tahap gula dalam darah atau dengan cara lain menyuntik insulin.


Cadangan Set Bajet Shaklee untuk Kencing Manis : 

  1. ESP (850gm) ~ Minuman protin rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu mengawal paras gula.
  2. BComplex (120 biji) ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.
  3. Vitalea (120 biji) ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.
Dapatkan Set Diabetes anda sekarang dengan tawaran yang menarik. 



Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign