15 September 2014

Pentingnya DHA untuk Minda Anak


Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas?

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh.

DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
 
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:

*Meningkatkan daya fokus
*Perkembangan otak yang baik
*Menajamkan penglihatan
*Meningkatkan sistem imun
*Mencegah ekzema
 
Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:

*1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
*2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
*4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.
 
Makanan yang kaya DHA:

*Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi  10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.

*Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.

Credit to : Pa & Ma

Omega Guard Shaklee merupakan  minyak ikan paling tulen didunia. Ini kerana setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi antaranya EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard  membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA. 



Omega Guard diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) diperairan negara Jepun. Ianya tidak diambil dari minyak hati ikan. Ketumpatan Omega Guard juga adalah 3x ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.

Kaedah mengekstrak minyak ikan iaitu kaedah penyulingan tekanan tinggi, biasa digunakan oleh kebanyakan kilang masa kini. Kaedah ini boleh memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak mampu menapis logam-logam berat yang membahayakan kesihatan.
           
Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Omega Guard dihasilkan oleh melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 paling tulen  dan paling semulajadi.

Kaedah ini berjaya menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl  - sejenis bahan kimia industri yang sangat toksik). 

Berikan yang terbaik untuk minda simanja anda bermula hari ini. 

Sebotol Omega Guard mengandungi 90 kapsul 
Dapatkan dengan harga terbaik dari saya. 










Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign