22 September 2014

Petua Rawat Selsema


Sekarang memang musim demam selsema agaknya. Mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang tak menentu ni kan? 

Kalau demam selsema memang sangatlah tak selesa kan? Kita yang tua ni pun rasa xbest apatah lagi anak-anak kecik tu. 

Alkisahnya, si comel saya tu terkena demam selsema ekoran dari jangkitan saya ni hah. Kesian sangat. Layu terkulai. Tido pun tak lena. Sobbsss.. Memang perasaan keibuan sangat time ni. Baru rasa camne perasaan mak bila anak sakit. Huhuhu...

Sebelum ni pernah terbaca kat FB, orang share petua menghilangkan selsema. Tak amik kisah sangat. Tapi bila dah kena kat anak, cepat-cepat google balik. 

Saya share balik kat korang ye. Dengan izin Allah, inshaAllah selsema cepat sembuh. 

Ni petuanya yer..:)

Kaedah Minyak Bawang Putih 
  1. Bakar bawang putih bersama kulitnya. (Jangan sampai hangus) 
  2. Lenyekkan bawang putih tadi dalam minyak zaitun. Kalau ada lemon, boleh juga perahkan sekali lemon. Sebab lemon kaya dengan Vitamin C.
  3. Sapukan minyak tadi ke dada, perut dan belakang badan anak. 
  4. Sapukan juga pada tapak kaki dan pakaikan stoking sepanjang malam.


Kaedah Stokin Bawang Putih (Garlic Socks)

  1. Pakaikan anak stokin yang berlubang besar sedikit, kemudian ambil sehelai lagi stokin dan masukkan bawang putih yang telah ditumbuk (jangan tumbuk lumat) 
  2. Untuk bayi, ambil separuh bawang putih sebab ditakuti kaki anak kepanasan 
  3. Tujuan guan 2 stokin adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan disebabkan oleh kepanasan bawang putih 
  4. Untuk orang dewasa boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan bawang putih ditapak kaki menggunakan plaster.


Dan bahan yang paling UTAMA ialah DOA. Mohon agar Allah memberikan kesembuhan buat si kecil kita. Sebab doa ibu kan mustajab..:)

Info : 
Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi dan membantu menyembuhkan selsema dan demam. 


Lemon merupakan salah satu buah yang kaya dengan Vitamin C yang mana meningkatkan imun tubuh bagi melawan penyakit. 


Selamat Mencuba..


Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign