4 September 2014

Kisah Si Batu Karang

Bila menyebut batu karang, bunyinya seola-olah biasa dan tidak merbahaya. Namun hakikatnya batu karang tidak boleh dibuat main-main dan perlu dipandang serius. Difahamkan kesakitan akibat batu karang boleh disamakan seperti bertarung sakit untuk bersalin. 

Elakkan pengambilan daging merah bagi mencegah batu karang

Punca utama terbentuknya batu karang terbahagi kepada dua faktor luaran yang membabitkan diet yang tinggi kandungan bahan kimia atau purin. Bahan kimia ini ada di dalam organ dalam haiwan, angsa, estrak daging, makanan laut, telur ayam dan bayam. 

Faktor lain ialah kurang minum air, keadaan kerja yang tidak banyak pergerakan seperti di pejabat atau kerjaya pemandu lori, teksi dan juga kerja diluar yang terdedah kepada matahari. Mereka yang terdedah kepada matahari memerlukan air yang banyak bagi menggantikan balik peluh yang keluar. Apabila dehidrasi, kebarangkalian untuk terkena batu karang sangat mudah. 


Batu karang merujuk keadaaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini mengandungi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan uretra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian di singkir dari tubuh. 

Bayangkan sesudu garam di masukkan ke dalam secawan air, garam akan larut di dalam air. Jika lima sudu garam dimasukkan kedalam secawan air, akan terdapat garam yang tidak larut dan pengumpulan garam menyebabkannya menjadi keras lama-kelamaan. 

Jika kadar air kurang, ini menyebabkan garam tidak larut dan menjadi kristal. Apabila kristal terbentuk, ia boleh menjadi besar apabila molekul-molekul kecil garam yang lain melekat padanya, juga apabila kristal-kristal bergabung sesama sendiri dan menjadi besar. Oleh itu, pengambilan air yang banyak sangat diperlukan bagi melarutkan garam tersebut dan mengelakkan dari terjadinya pembentukan kristal.

Terdapat juga elemen lain seperti jangkitan kuman yang menyebabkan kristal terbentuk melekat pada dinding dalam buah pinggang. 

Lelaki lebih berisiko


Kelompok usia yang mengalami masalah batu karang biasanya diantara 20  hingga 40 tahun. Penyakit batu karang mudah menyerang lelaki berbanding wanita iaitu pada nisbah tiga lelaki bagi setiap seorang wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi. Ini juga menjelaskan mengapa orang tua dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka yang rendah. 

Tanda-tanda utama penyakit batu karang termasuklah rasa senak secara mengejut dan berulang-ulang dan terlalu sakit yang lebih teruk dari sakit bersalin, kencing berdarah, muntah-muntah dan kencing tak lawas. Ada juga pesakit yang akan merasa sakit pada rusuk. Bagi tanda-tanda penyakit batu karang yang serius ialah kegagalan buah pinggang, loya, muntah dan sesak nafas. 

Mengenai saiz batu karang, ia bergantung kepada lokasi letaknya batu karang dalam buah pinggang. Maksimum saiz adalah 4 cm. Dalam pundi kencing pula, ia boleh memenuhi rongga pundi kencing sehingga 10cm dan di saluran uriter pula selalunya kurang dari 1cm. 

Jenis batu karang 


1) Batu Kalsium 

Jenis paling lazim. Batu kalsium membabitkan dua bahan iaitu kalsium dan oksalat. Ia disebabkan oleh kalsium yang banyak didalam air kencing. Contohnya apabila hormon parathyroid adalah tinggi. Sebab lain ialah kandungan purin yang tinggi disebabkan diet yang mengandungi banyak daging merah. 

2) Batu Struvite

Berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan saluran kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing dam membentuk kristak struvite. 

3) Batu Asid Urik

Batu ini terbentuk daripada asid urik iaitu hasil sampingan daripada metabolisme protein. Ia juga disebabkan oleh kandungan purin yang tinggi. Urin lebih berasid. Ia juga boleh terjadi kepada pesakit yang menjalani kemoterapi dimana sel yang mati mengeluarkan asid urik. 

Selain mengamalkan pemakanan yang baik untuk mencegah dan merawat batu karang, anda juga boleh mengambil pemakanan tambahan Shaklee. 


B-Complex – menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang

Vita-C – mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid

OsteMatrix – mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang

Alfalfa Complex – mengurangkan infeksi & inflamasi

Lecithin – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang


Jika anda, keluarga anda, saudara mara anda mahupun sahabat handai anda mempunyai masalah batu karang, jangan berlengah untuk dapatkan VITAMIN SHAKLEE ini dengan tawaran harga ISTIMEWA! 





Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign