4 September 2014

Mengapa Omega-3 Perlu Untuk Anak?



Apa itu Omega-3?

Omega-3 juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3 yang merupakan lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, telur, kekacang dan brokoli. 

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa bezanya diantara Omega-3 daripada ikan dan kekacang juga sayur-sayuran. Jawapannya Omega-3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA dan didalam sayuran dan kekacang dikenali sebagai ALA. 

DHA dan EPA didapati mempunyai manfaat yang lebih berbanding ALA. Namun begitu sebahagian kecil daripada ALA akan ditukarkan kepada EPA dan ALA oleh badan. Bukan itu sahaja, Omega-3 juga dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, simptom kemurungan, sakit sendi dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pengambilan Omega-3 dapat menghalang penyakit-penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan. 

Omega-3 juga dapat mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung). 


Kebaikan Omega-3


  • Kolestrol rendah
  • Tekanan darah rendah
  • Mencegah penyakit kardiovaskular
  • Meningkatkan daya ingatan 
  • Mencegah beberapa jenis kanser
  • Perlindungan terhadap alzheimer dan nyanyuk
  • Mengurangkan keradangan

Sumber pemakanan Omega-3

  • Ikan laut dalam seperti salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna
  • Biji gandum atau bijirin
  • Minyak canola
  • Kacang soya dan minyak kacang soya
  • Biji labu
  • Minyak kacang 
  • Minyak biji Perilla 
  • Rumpai laut 
  • Udang krill

Kebaikan minyak ikan kepada kanak-kanak

  • kaya dengan kandungan kalsium dan  omega-3 yang baik untuk tumbesan dan perkembangan otak anak
  • membantu meningkatkan kemampuan anak untuk membaca dengan mudah dan cepat
  • anak cepat fokus dan lebih memberi perhatian 
  • membantu anak yang hiperaktif, disleksia serta yang berdepan dengan gangguan perkembangan koordinasi

Kenapa Omegaguard Shaklee?

Terdapat banyak produk kesihatan yang berasaskan minyak ikan di pasaran hari ini. Namun adakah produk tersebut benar-benar merupakan Omega-3 atau hanya lemak ikan? Kajian di Shaklee telah membuktikan 85% kandungan Omegaguard adalah Omega-3. 

Pilihan di tangan anda..;)

Sebotol Omegaguard Shaklee mengandungi 90 biji dan tahan sehingga 3 bulan. 
Berbaloi bukan?
Melabur untuk kebaikan anak-anak tersayang.





Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign