Kerisauan
ibu-ibu yang menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang
pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di
kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu
saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?
Adakah
anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut.
Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau
kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan
berikut:
1.
Disiplin waktu makan
Ibu
menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500
kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam
tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari
iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.
2.
Kurma,kurma,kurma
Makanan
sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya
dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi,
kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma
sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.
3.
Makanan seimbang dan supplement
Pastikan
ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat,
protein dan lemak. Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka
dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk
ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.
4.
Minum banyak air
Keperluan
cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari.
Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air
masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan
sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang
malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan,
minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka
dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu
melancarkan pengeluaran susu ibu.
5.
Bertenang dan yakin
Secara
psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan
terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi
hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya
dipermudahkan Allah.
6.
Kerap menyusu dan mengepam
Ibu
perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan.
Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan.
Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara
dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun
berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang
susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu
akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan
disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus
atau mengepam.
CREDIT TO : PA & MA
Untuk SET PENYUSUAN SHAKLEE, anda boleh lihat di sini SET PENYUSUAN SHAKLEE