Episotomi dan caesarean merupakan 2
jenis luka bersalin yang biasa didengar. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut
tentang penjagaannya, Dr. Khairiah bt Seman, Pakar Perunding O&G dari Pusat
Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang ada maklumat lanjut.
Menurut beliau, secara umumnya,
episotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun
begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episotomi. Episotomi
berbeza dengan luka biasa. Episotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor.
Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semula jadi semasa proses
kelahiran. “Dahulu, hampir kebanyakan wanita yang bersalin anak sulung secara
normal akan dilakukan episotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan yang dialami
oleh mereka lebih daripada luka sendiri,” tegas Dr. Khairiah. Tambahnya, banyak
kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa episotomi menyebabkan risiko
luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan
sendirinya. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak.
Luka caesarean pula adalah luka akibat
pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang.
Biasanya seboleh-boleh doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat
sembuh dan kurang sakit.
Dr. Khairiah memberitahu bahawa
biasanya luka bagi episotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari.
Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum
kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi
tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua
jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.
Bagi menjahit luka pula, ada beberapa
jenis benang digunakan. Untuk episotomi benang yang digunakan adalah daripada
jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benangnya
yang digunakan ialah cat
gut dan vicryl.
Menurut beliau lagi, setiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya
sendiri. Makin mahal benang tersebut bermakna benangnya lebih lembut dan tahan.
Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.
“Seperti yang diketahui ramai, luka
episotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya
sedikit. Manakala luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam
rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini
menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Untuk
episotomi biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sedia
kala,” terang Dr. Khairiah.
Luka sembuh
Tentang bagaimana untuk memastikan
luka tersebut cepat sembuh pula, beliau menekan tentang pentingnya memastikan
kawasan luka sentiasa kering. “Bagi luka episotomi, pastikan luka dilapkan
kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor.
Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut
dilapkan kering-kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kapas atau
tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa
kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.”
Dalam pada itu, Dr. Khairiah mengakui
ada sesetengah orang gemar menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak
atau herba untuk menyembuhkan luka. Dari segi klinikal, hal ini tidak
digalakkan kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula
kulit. Doktor lazimnya akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang
ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit.
Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk
membuat apa yang diingini pada luka tersebut.
Apabila bercerita tentang luka, kita
tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut
atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah
disapu dengan vitamin E. Dr. Khairiah memberitahu bahawa ‘keloid’ wujud akibat
reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan
individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka
tersebut sudah kering.
Ketika ditanya tentang jahitan yang
terbuka, beliau mengakui kes ini adalah biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh
beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada
benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu,
bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang
tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka-mereka ini memang berisiko
untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut
menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu
ketat, masalah boleh timbul.
Sekiranya seseorang wanita itu
mendapati jahitannya terbuka, beliau menasihatkannya agar bertemu doktor untuk
pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit
semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar,
doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan
yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan
memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan
tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
Mengenai wanita yang menghidap
diabetes, Dr. Khairiah mengakui luka mereka mengambil masa untuk sembuh. Oleh yang
demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula
dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.
“Sekiranya inginkan luka cepat sembuh,
pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin
terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas
bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak
kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya
sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera
kerana takut ada jangkitan,”tambah beliau.
Turut ditekankan di sini ialah tentang
pengambilan ubat-ubatan tradisional yang dimakan. Wanita selepas bersalin perlu
berhati-hati terutamanya dari segi kebersihan ubatan yang diambil itu.
Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan. Sebelum mengakhiri
pertemuan kami, Dr. Khairiah menasihatkan agar ibu-ibu hamil mengambil makanan
yang berzat dan pastikan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat
mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak. Menurut beliau,
dari segi perubatan, tidak ada pantang larang terhadap pengambilan
makanan-makanan tertentu kerana semua makanan kaya dengan zat yang diperlukan
tubuh. Cuma sekiranya anda alah kepada
sesetengah jenis makanan, eloklah dielakkan.
Tahukah anda:
Biasa rasa sakit akibat episotomi
hanyalah selama 2 hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada
jangkitan.
CREDIT TO : PA & MA
Dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE untuk pemyembuhan luka yang cepat dan pemulihan tubuh yang optimum.
Berminat?Boleh baca disini SET BERPANTANG SHAKLEE
::::: Saya Agen Shaklee Pilihan Anda :::::
✉ Email:
nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam