Tekanan
darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi
bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. Ia
tidak tetap. Sila jangan banding-banding ya.. Biar doktor yang menganalisisnya...
Namun sekiranya tekanan melebihi 140 sudah tentu ia dikategorikan sebagai
tinggi.
Terdapat
dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung
bila ia berlaku:-
Berlaku
sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
Ini
mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah
yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada
terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan
keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
Berlaku
selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan
tekanan darah tinggi semasa mengandung.
Kenapa
Berlaku Darah Tinggi?
Darah
tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses
perkembangan uri.
“Perkembangan
uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak
saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral
arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan
darah tidak mengalir dengan sempurna”.
Kenapa
ia berlaku? Sebabnya tidak diketahui....
Apa Risiko / komplikasi?
Ramai
ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan
selamatnya.. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa
pemeriksaan doktor... Kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah
atau komplikasi.. Antaranya adalah:-
- Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan baby mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran baby dengan berat badan yang rendah.
- Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
- Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan baby dari kandungan sebelum waktu matang.
- Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ siibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, siibu boleh kena sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.“
Rawatan
Sekiranya
tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan
supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.
Kawalan
dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah
tinggi.
Ibu
hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana
darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang
yang tidak mengandung.
Pendek
kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan
seperti pengambilan garam berlebihan.
“
Jika
tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan
bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah
terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.
Wanita
hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu
sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung
itu akan turun,” kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah
mencecah 40 tahun.
Terdapat
kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab
mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya
kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.
Credit to : Utusan
Online, Baby Center, Blog Dr. Zubaidi
Untuk ibu hamil yang mengalami masalah darah tinggi ketika hamil saya cadangkan OMEGAGUARD dan GARLIC SHAKLEE.
Untuk ibu hamil yang mengalami masalah darah tinggi ketika hamil saya cadangkan OMEGAGUARD dan GARLIC SHAKLEE.
OMEGA GUARD iaitu minyak ikan
Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh
menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan
membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan
tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala.
Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan,
mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
GARLIC SHAKLEE membantu merendahkan
kadar kolesterol dan tekanan darah. Selain itu, garlic juga mampu mengurangkan
alahan ibu mengandung.
Untuk
sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti
berikut:
✉
Email: nida_anida@yahoo.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9879347
➲ COD Area: Kuala Terengganu, Gong Badak, Wakaf Tengah, Manir, Losong juga Shah Alam