Assalamualaikum dan selamat pagi untuk sahabat-sahabat yang dikasihi. Alhamdulillah, 2 hari ni cuaca di Kuala Terengganu mendung dan hujan. Terasa nyaman dan selesa je cuaca camni kan. Mudah-mudahan bulan Ramadhan nanti pun cuaca tidaklah terlalu panas.
Bila dah masuk bulan Ramadhan, persiapan raya dah perlu diselesaikan. Tapi ada yang dah settle bab baju raya kan. Contoh macam saya la. hehehe. Untuk anak dan diri sendiri, Alhamdulillah 90% dan settle. Tinggal baju tema raya pertama je tak settle lagi. Beli awal bukan sebab teruja nak raya tau. Tapi sebagai salah satu langkah berjimat-cermat. Beli sikit-sikit, simpan. Takdelah nanti kita perlu keluarkan belanja yang besar untuk beli persiapan raya. Untuk hubby, dia biasanya settle sendiri. Sebab susah nak beli baju yang kena dengan taste dia tau. Hukkk.
Untuk yang sedang cari jubah/dress nak raya nanti boleh jenguk di facebook Anida Collection. Anida Collection ni dah beroperasi lebih kurang 2 tahun sebelum saya bergiat serius dalam Shaklee. Sekarang masih running bisnes di Anida Collection dan ada jugak saya join vendor butik di Melaka.
Jubah diatas antara jubah yang terbaru di Anida Collection. Material satin dengan konsep nursing friendly dan wudhu' friendly sangat sesuai untuk muslimah masa kini. Terdapat dalam 5 warna yang menarik.
Koleksi dress diatas merupakan koleksi yang paling hangat di Anida Collection. Paling cepat laris sebab selesa dan harga yang berpatutan. Material chiffon (full lining termasuk lengan) dan cutting yang menarik. Harga dari RM65 sahaja.
Jemput jenguk-jenguk di facebook Anida Collection untuk pelbagai koleksi untuk hari raya anda.