Trend masa kini ramai wanita yang gemar minum air detoks. Apakah minuman detoks? Ia adalah air yang membantu mencuci sistem dalam badan secara semula jadi. Air detoks menyediakan antioksida untuk membuang keluar segala toksin dari dalam badan dalam medapatkan sistem penghadaman yang baik, kulit yang cantik, badan yang sihat dan tubuh yang bertenaga.

Jom cuba buat sendiri minuman detoks yang mudah dan berkhasiat ini jika diamalkan selalu. Sudah tiba masa untuk menyahkan toksin dari dalam badan anda sempena bulan puasa ini.


Lemon dan Timun
Kedua buah ini merupakan sumber hebat vitamin C dan antioksida. Timun juga sumber terbaik mengurangkan kembung sementara lemon bagus untuk menguatkan sistem imun badan.

Cara menyediakan
Hiris separuh biji lemon dan ¼ timun. Campur kedua bahan dalam bekas besar diisi dengan dua cawan ais dan penuhkan air ke dalam bekas tersebut. Biarkan bahan tersebut selama sejam sebelum boleh diminum.

Strawberi dan Lemon
Strawberi kaya dengan antioksida dan sumber terbaik potasium yang membantu mengurangkan paras kolesterol, risiko tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung! Ia juga mengandungi sumber anti penuaan seperti biotin dan asid ellagic yang membantu mengurangkan kedutan kulit. Lemon pula meningkatkan sistem imun anda menghalang sebarang jangkitan selesema dan demam. Bila dicampurkan kedua buah ini rasanya memang lazat.

Cara menyediakan
Hiriskan separuh buah lemon dan campur dengan enam biji buah strawberi yang dipotong empat. Tambahkan air dan ais. Untuk menambah rasa, boleh juga ditambah dengan daun basil. Biarkan selama sejam sebelum diminum.

Blueberi dan Oren
Oren bertindak sebagai pembekal vitamin C yang membantu melawan penyakit kronik. Oren juga baik untuk melegakan masalah sembelit, menghindari penyakit buah pinggang dan penentang kanser yang bagus. Blueberi pula memang terkenal bagus kerana kaya dengan antioksida. Keduanya juga tinggi dengan serat dan yang pasti rendah kalori!

Cara menyediakan
Tambah enam cawan air, dua biji oren yang dipotong bentuk baji dan segenggam buah blueberi. Tambahkan segenggam air dan biarkan ia sejuk di dalam peti ais selama 24 jam.

Kiwi dan Strawberi
Kiwi adalah ‘superfood’ kerana ia dipenuhi dengan vitamin A dan E yang membantu menghalang radikal bebas serta beberapa jenis kanser. Kiwi juga membuang segala toksin dari dalam usus, yang membantu memperbaiki kesihatan diri secara keseluruhan. Gabungkan ia dengan sumber anti penuaan iaitu strawberi, jika diminum selalu anda akan merasai kesegaran diri.

Cara menyediakan
Campurkan empat biji strawberi dan dua biji kiwi. Tambahkan segenggam air, penuhkan bekas dengan air sejuk. Biarkan dalam peti asi selama 24 jam sebelum diminum.

Anggur, Strawberi dan Limau nipis
Limau nipis adalah sumber serat terbaik selain membantu penghadaman dan menghalang masalah sembelit. Ia juga mengandungi minyak semula jadi yang menghindarkan jangkitan kulit serta meremajakan semula kulit anda! Anggur pula membantu mengurangkan keletihan dan kelesuan, juga melegakan masalah migrain. Tambahkan pula dengan strawberi yang kaya antioksida.

Cara menyediakan
Potong 20 biji buah anggur kepada bentuk separuh. Tambah sebiji limau nipis yang dikupas kulit dan dihiris, kemudian tambah dua hirisasn buah strawberi. Biarkan minuman ini dalam peti ais selama 24 jam.

Minum semasa berbuka nanti mesti best kan. Tengok pun dah rasa segar je tekak. :)

Selamat berdetoks. :P