Petang semalam sembang-sembang dengan customer yang anaknya mengidap sawan. Sambil-sambil COD Chewable Vitamin C yang diorder.
Sebelum ni dah tahu anaknya ada penyakit sawan. Dan saya juga tidak tahu yang sawan ni banyak jenis dan tahap teruk atau tidak.
So, hari ini saya cuba google untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai sawan.
Sawan atau epilepsi adalah penyakit akibat ketidakseimbangan
rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa
atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau
jangkitan.
Serangan sawan berbeza dari segi intensiti dan frekuensi, bermula
dengan kehilangan memori ringan - absences sehingga konvulsi (jatuh atau
goncangan badan) berlaku beberapa kali dalam sehari.
Tekanan, demam dan pengambilan alkohol berlebihan berpotensi
menyebabkan sawan. Sehingga kini tiada penyebab utama sawan dikesan.
Kekurangan vitamin boleh menyebabkan sawan dan mendorong doktor
mengawalnya melalui diet.
Perubatan moden mengklasifikasikan sawan kepada tiga kategori:
1) Sawan Menyeluruh/Generalise (melibatkan keseluruhan otak - Grand
Mal atau Sawan Tonik-Klonik). Pesakit kaku, rebah, tidak sedar, badan
bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima
minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga
termenung dan bingung.
2) Sawan Sebahagian (Sawan fokal/partial kompleks atau Gangguan
Psikomotor). Mengakibatkan pesakit bingung dan tidak sedar apa yang
berlaku.
3) Sawan Ketiadaan (Absence Seizure atau Epilepsi Petit Mal). Banyak
terjadi pada pelajar sekolah rendah dan pesakit berada dalam keadaan
tidak sedar dalam masa singkat (30 saat), tidak melibatkan jatuh atau
goncangan badan (konvulsi). Biasa pulih apabila dewasa.
Penyakit sawan berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang
pendidikan dan kedudukan status ekonomi. Lebih separuh kes tidak
mempunyai punca pasti.
Punca Sawan :
- Pengaruh genetik. Sesetengahnya ada sejarah keluarga, atau genetik.
Penyelidik mengaitkan beberapa jenis sawan dengan gen tertentu.
- Trauma di kepala yang dialami semasa kemalangan atau kecederaan trauma lain.
- Gangguan perubatan. Penyakit seperti strok atau serangan jantung.
- Demensia adalah punca utama sawan di kalangan orang dewasa lebih tua.
- Penyakit - meningitis, AIDS dan virus ensefalitis juga boleh menyebabkan sawan.
- Kecederaan pranatal. Sebelum lahir, bayi terdedah kepada kerosakan
otak disebabkan jangkitan daripada ibu, pemakanan atau kekurangan
oksigen. Kira-kira 20 peratus sawan kanak-kanak berkaitan dengan
cerebral palsy atau masalah neurologi lain.
- Masalah pembangunan. Kadang-kala ikaitkan dengan gangguan perkembangan, seperti Autisme dan Sindrom Down.
Gejala sawan berbeza dan bergantung kepada jenis. Ramai menyangka
sawan atau epilepsi sama dengan demam sawan. Walaupun tandanya hampir
sama, ibu bapa perlu peka dan tahu membezakannya.
Demam sawan berpunca daripada demam panas pada kanak-kanak antara
enam bulan hingga lima tahun. Sawan biasanya menyerang orang dewasa
disebabkan faktor semulajadi dan tekanan mental dan mungkin sukar
dikenal pasti di kalangan kanak-kanak.
Contohnya, sesetengah sawan menyebabkan pesakit suka berkhayal atau
anak kecil tersandung. Apabila ini kerap berlaku dalam corak yang sama,
mungkin mereka sawan. Sawan sukar didiagnosis pada kanak-kanak.
Tanda kanak-kanak sawan:
- Merenung kosong seperti berkhayal.
- Jatuh secara tiba-tiba tanpa sebab.
- Kurang tindak balas untuk tempoh singkat.
- Mengantuk berlebihan.
- Mengangguk berulang-ulang.
- Mata berkelip laju.
- Sakit perut tiba-tiba diikuti kekeliruan.
- Kerap cuai bila melakukan sesuatu.
- Tiba-tiba takut tanpa sebab jelas.
Kadang-kala sawan bermula di zaman remaja dan sukar dikenali dan disalah tafsir sebagai masalah psikologi.
Tanda remaja mempunyai sawan:
- Merenung kosong, mengunyah, membelek pakaian, membebel atau pergerakan rawak.
- Takut tiba-tiba, marah atau resah.
- Otot, anggota atau badan bergoncang atau mengigil (seizure), terutama awal pagi.
- Perubahan deria seperti perkara yang kelihatan (halusinasi), bunyi (skizophrenia), bau, berasa pelik atau berbeza.
- Masalah memori atau kerap lupa.
- Tidak dapat bercakap atau berkomunikasi secara biasa untuk masa singkat.
Kehadiran tanda berkenaan tidak bermakna anak atau anda sawan, tetapi
perlu perhatian serius.
Doktor biasanya merawat sawan dengan ubatan. Jika tidak berkesan,
pihak hospital mencadangkan pembedahan atau rawatan lain. Kebanyakan
pesakit bebas sawan dengan mengambil ubat anti-epileptik. Jika tidak
berhasil, doktor mencadangkan pembedahan atau terapi lain.
Pembedahan dilakukan jika ujian menunjukkan serangan berasal dari
kawasan kecil dalam otak dan tidak mengganggu fungsi penting. Jika
serangan berasal di bahagian otak yang tidak boleh dikeluarkan, doktor
mencadangkan pembedahan di mana pakar bedah membuat satu siri bukaan
atau potongan di dalam tisu otak.
Terapi rangsangan saraf melibatkan alat perangsang saraf vagus yang
ditanam di bawah kulit dada seperti perentak jantung. Tidak jelas
bagaimana ia berfungsi, tetapi ia mengurangkan sawan hingga 40 peratus.
Kanak-kanak dapat mengurangkan serangan dengan mengekalkan diet ketat
seperti tinggi lemak dan rendah karbohidrat. Diet ketogenic,
menyebabkan badan memecahkan lemak dan bukan karbohidrat untuk tenaga.
Seperti diterangkan, wujud gangguan pada sistem saraf pesakit. Punca
sebenar belum disahkan dan terdapat banyak hadis mengenai sawan menyebut
gangguan jin.
Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s., baginda melihat
seorang perempuan tua rambut beruban, mata biru, kening bertanduk, betis
kecil, rambut kusut masai, mulut ternganga dan keluar pucuk api, dapat
membelah bumi menggunakan kuku tajam dan memecahkan batu besar dengan
pekikan suaranya.
Nabi Allah Sulaiman bertanya, siapakah kamu? Adakah kamu manusia atau
jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang paling hodoh selain engkau.
Perempuan itu menjawab: Akulah Ummu Sibyan (Jin ibu penyakit sawan)
yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan,
"
Dari Husain bin Ali r.a., ia berkata Rasulullah saw bersabda: Siapa
yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan diazankan pada telinga
kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan tidak
akan mengganggunya."
Abu Sulaiman berkata apabila sekumpulan sahabat dalam perjalanan dan
bertemu orang terkena sawan. Salah seorang membacakan Surah Al-Fatihah
dan meniup di telinga beliau. Pesakit itu segera sembuh.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dimaklumkan mengenai perkara ini, beliau
berkata: "Ia (Surah Al-Fatihah) adalah" Ibu Al-Quran "(Ummu al-Qur'an)
dan penawar setiap penyakit."
Di sini, pesakit sawan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah mohon penyembuhan. Ayat tersebut adalah:
Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Al-Araaf ayat 43 hingga 56
Surah Ambiya ayat 74 hingga 81
Pesakit hendaklah membaca surah pertama, tiga kali pada malam dan
surah kedua, tiga kali siang. Amalkan tiga hingga empat minggu. Selepas
itu, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.
Selepas itu, pesakit hendaklah mengulang surah seterusnya. Lebih baik
pesakit datang berjumpa perawat supaya kami memeriksa jika ada gangguan
makhluk halus.
"Kami menurunkan dari Al Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."-(Al-Israa', 17:82)