Waktu di Sabah awal 1 jam dari waktu KL. Subuh kat sini jam 4.30 pagi. Dan syuruk jam 6.02 pagi. Hoho. Awal. Timing tido pun da lari daaa.
Dan, kami bangun agak lewat pagi ni. Gara-gara tido balik lepas subuh. So, masuk dewan lewat sikit la. Kikiki.
Untuk hari kedua, program sampai jam 5 petang sahaja. So, petang tu kami ada masa untuk pusing-pusing area berdekatan.
Abis program kami amik peluang untuk lepak kat sekitar hotel. Dan berjalan ke mall. Orang pompuan lagu ni la. Pi mana pun mesti kena singgah mall. Kami berjalan ke Suria Sabah. Lebih kurang 5 minit berjalan.