19 August 2014

Bahaya GOUT !

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik ialah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing. Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 


Tanda Gout

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerapkali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehingga geseran dengan selimut pun akan merasa sakit yang sangat menyeksakan. Kesakitan mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Gout boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. 

Komplikasi 

Asid urik boleh berkumpul dibawah kulit dan membentuk benjolan di panggil 'tophi". Dalam saluran kencing, ia boleh berkumpul menjadi batu karang. Pengidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan yang lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes. 



Rawatan

Gout adalah satu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. 

Rawatan serangan akut

  • Rehatkan sendi semasa serangan gout
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my

Credit to : My Health Portal


Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign