25 August 2014

Petua dan Doa untuk Mendapatkan Zuriat

Jodoh, rezeki dan zuriat adalah rahsia Allah yang kita sendiri tidak tahu dengan siapa bakal menjadi suami/isteri kita, apa pekerjaan kita, berapa orang zuriat kita. 

Bercakap soal zuriat, saya sendiri diuji Allah dalam kesukaran mendapatkan zuriat. Hampir 2 tahun lebih berusaha, akhirnya Allah mengurniakan seorang zuriat perempuan pada tahun ketiga perkahwinan. 2 tahun pun dah rasa cukup lama. Apatah lagi pasangan lain yang menanti sehingga 10 tahun. Semoga Allah memberikan hati yang kuat untuk mereka. 

Tunggu 2 tahun lebih pun berlinang air mata tau. Tengok kawan-kawan dukung baby, terasa juga kan?Allah uji sebab Dia tahu kita kuat. Dah dapat tahu pregnant pun dalam hati masih rasa tak selamat selagi tak tengok baby keluar. Fikir macam-macam sebab dah tunggu lama kan. 

Selain mengamalkan pemakanan shaklee, saya juga mengamalkan doa dan amalan lain yang membantu kami mendapatkan zuriat. Allah suka hambaNya yang berusaha kan? Tambah pula saya ni PJJ dengan husband. Kena pandai rebut peluang. Lalalala..

Yang ni saya bagi petua biasa-biasa je. Yang luar biasa segan ler nk kongsi. Hikhik..

Antara doa yang saya amalkan : 

1) Doa mendapatkan zuriat 

Doa ini saya baca setiap kali selepas solat. Baca selalu. Allah suka hambaNya yang meminta pertolongan dariNya. 



2) Zikir Ya Musawwir (Yang Maha Membentuk)

Saya jadikan zikir ini amalan setiap masa yang terluang. Sambil iron baju, Sambil basuh pinggan, dan yang penting selepas bersama. Mengiring ke kanan, zikir Ya Musawwir sambil niat dalam hati moga Allah membentuk janin dalam rahim saya. Bila dah dapat tahu mengandung saya amalkan zikir al-mubdiu. Zikir ni untuk elakkan dari keguguran. 

3) Doa 12 pintu rezeki 

Setiap pagi sebelum memulakan pekerjaan saya baca doa 12 pintu rezeki, kemudian saya baca doa mendapatkan zuriat seperti diatas. Bagus doa ni. Sampai sekarang pun still baca lagi. 


4) Bersedekah 

Setiap kali saya melihat post di facebook memerlukan sumbangan terutama kanak-kanak yang sakit saya akan menghulurkan sedekah walaupun hanya jumlah yang paling minima. Sebab saya yakin sedekah membuka jalan untuk saya menerima lagi banyak. Dan kena rajinkan diri ziarah baby baru lahir. Amik berkat orang kata. 



5) Berdoa untuk ibu mengandung 

Tengok ibu mengandung terasa sangat teruja. Ibu mengandung ni walaupun perut besar tapi comel je kan. Saya suka sangat. Saya amalkan doa untuk dia moga Allah memudahkan segala urusan bersalin dan memberi saya peluang untuk turut merasai perasaan mengandung dan melahirkan. 


Yang ni semua antara sebahagian dari usaha kami, yang penting usaha..usaha..usaha..Jangan putus asa. Sedangkan nabi Zakaria pun Allah uji dengan kesukaran mendapatkan zuriat, apatah lagi kita ini yang hanya manusia biasa. 

Lagi satu saya install Period Tracker dalam phone. Senang nak trace bila sepatut period, bila time subur. Sebab saya memang tak reti nak kira. 





Selamat Mencuba. Semoga Allah memberikan zuriat untuk kalian juga..
Nak tahu petua yang luar biasa, kena tanya personally. i malu la..:-)
Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign