5 August 2014

Jatuh cinta dengan SHAKLEE Part 1

Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat sebagai penyeri kehidupan rumahtangga juga sebagai penyambung keturunan. Begitu juga saya dan suami. 

Alkisahnya, kami berkahwin pada Februari 2011 tetapi masih belum dikurniakan zuriat selepas setahun berkahwin. Saya dan suami merupakan pasangan PJJ. Saya di Terengganu, suami di Shah Alam. 

Boleh dikatakan setiap hari saya google produk kesuburan, doa mendapat zuriat, petua dan amalan mendapat zuriat. Semua kitorang buat yang doa dan petua tu. Berubat kampung dan mengurut pun saya cuba demi untuk zuriat. 


Akhirnya, pada Februari 2013 saya tekad untuk mencuba produk SHAKLEE. Google punya google, saya memilih untuk ikthiar dengan SET KESUBURAN SHAKLEE. Ikhtiar dengan meletakkan sepenuhnya harapan pada Allah agar mengurniakan kami berita gembira. 


Best sangat bercuti kat sini. Nak datang lagi..:)
Haaa..tengok ni. Sedapppp...

Last period saya 16 Mei 2013. Kitorang pun baru balik bercuti dari Kota Kinabalu pada 9 Mei tu. Ingatkan balik honeymoon tu lekatlah. Tup tup si peot pun datang. Alahai, lum rezeki lagi. Lepas tu kita sibuk mengundi pulak kan. 

Saya ni memang jenis period tak berapa nak stabil. Bulan 6 tu tak datang period lagi, tapi masih buat tak tahu. Saya turun Shah Alam kebetulan nak jumpa suami, siap bawak lagi UPT konon nak test time suami ada. Disebabkan perasaan rasa tak mengandung tu kuat, so bawak balik la UPT tu. Dah puas rasa kecewa sebab UPT single line. Hihi.

Balik Terengganu meneruskan kehidupan suami isteri jarak jauh..huhu. Pada 23 June tetiba terjaga jam 3 pagi sebab nak terkucil. Tapi teringat dah 10 hari terlewat period, so amik la UPT untuk test. 3 pagi tu..hihi..bukan excited tapi orang kata test urine pertama pagi tu. Baru elok line naik katanya. :)

Dah selesai tu dalam keadaan mata tak berapa nak bukak sebab mengantuk, amiklah UPT dan tengok. Allahu..Subhanallah..Alhamdulillah...Betul ke ni? Betul ke ni?

Rasa nak selam muka dalam baldi. Sungguh nikmat Allah yang sangat berharga. Allah tahu bila masa yang tepat untuk kita kan? Allah ganjarkan kita setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. 

Tak pernah saya dapat double line sepanjang 2 tahun lebih usia perkahwinan. Ini kali pertama. Ambil wuduk dan sujud syukur. 

"Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?"
[Surah Ar - Rahman : 13]

Sudahnyaaa...terus tak tido sampai pagi. Senyum memanjang..Walau dalam hati masih rasa macam tak percaya..:) : ) :) 

....will be continue Part 2




Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign