10 August 2014

Jangan Ambil Mudah dengan PCOS !


Ramai wanita menganggap kitaran haid tidak teratur adalah pekara biasa dan tidak mengambil perkara ini secara serius. Malangnya, masalah ini mungkin menjadi punca kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Kitaran haid yang tidak menentu antara gejala seseorang wanita mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) yang merupakan punca lazim menyebabkan wanita itu kurang subur. 

PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 

Ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal. Bahkan gadis seawal usia 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur, gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan dan pertumbuhan bulu roma yang luar biasa juga merupakan simptom awal PCOS. 

PCOS boleh menggangu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular. 

Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak dan mengandungi sista kecil didalamnya. 

Rawatan PCOS : 

1) Ubat 
Pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai untuk wanita langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali stau enam kali sahaja. 
2) Pembedahan 
Pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi 
3) IVF
Jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF. 

Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign