15 August 2014

Haid Penunjuk Kesuburan


Kedatangan haid menjadi petunjuk seorang gadis itu sudah mencapai usia balighnya dan secara automatik menunjukkan sistem reproduktifnya sudah mula berfungsi. Proses haid ialah membuang keluar darah, mukus dan sel mati dari dinding rahim. Proses ini berlaku dalam tempoh tetap daripada masa akil baligh hinggalah menopous (putus haid) kecuali ketika wanita mengandung dan menyusu. 

Gangguan haid seperti aliran darah yang banyak, tempoh haid yang terlalu panjang, waktu didatangi haid tidak tepat, kesakitan semasa haid perlu diberi perhatian serius kerana ia mungkin petunjuk ketidakseimbangan hormon terutama bagi wanita yang berusaha untuk hamil. 

Faktor lain yang mempengaruhi gangguan haid ialah ketidakseimbangan hormon, stress, obesiti, kurang berat badan, PCOS, tiroid dan peningkatan hormon prolaktin. 




Tempoh Kitaran Haid dan Proses Ovulasi 


Proses ovulasi (pengeluaran telur) memainkan peranan penting dalam menentukan kitaran haid. Satu kitaran haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. 

Satu kitaran kebiasaannya diantara 28 hari hingga 30 hari. Walau bagaimanapun, ada sesetengah yang mengalami kitaran yang panjang iaitu 35 hari. Kitaran yang normal adalah diantara 21 hari hingga 35 hari. Waktu subur untuk kitaran 28 hari ialah hari ke 14, manakala waktu subur untuk kitaran 35 hari ialah hari ke 17. 


Kenapa pentingnya ovulasi?


Ovulasi merupakan tempoh subur seseorang wanita yang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Sebab itu setiap wanita perlu mencatat kitar haid masing-masing seperti tarikh mula datang haid dan tarikh akhir haid bagi memudahkan perkiraan tempoh haid dan waktu subur. 




Sekarang, dalam teknologi yang makin canggih aplikasi kiraan haid boleh didownload dengan mudah di telefon anda. Aplikasi yang saya gunakan untuk kitaran haid ialah period tracker. Saya gunakan semasa dalam usaha mendapatkan zuriat juga sampai sekarang. Sangat mudah dah user friendly. Boleh install dari PlayStore di Android anda. 





Untuk merawat masalah ketidaksuburan, anda boleh mencuba GLA Complex. 
Komen
0 Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mama Humaira Vitamin Shoppe | Design By MaiGraphikDesign