Masa saya kecik dulu memang saya selalu tengok mak bedung adik. Memang bedung hari-hari sampai la tak muat kain nak bedung.
Sekarang dah jadi mama, saya pun bedung jugak humaira tu. Orang tua-tua kata bedung baby ni untuk elak kaki dia mengangkang bila berjalan nanti.
Bila jadi mama ni, kadang-kadang datang juga perasaan kesian kat baby. Takut anak panas la. Pastu biasanya memang baby tak suka dibedung. Humaira tu lagi la, perempuan..tapi boleh tahan lasak. Bedung sekejap. Pastu 10minit nanti tangan dah terjolor keluar. Pandai sungguh.
Bila dah masuk usia 2 bulan, humaira suka pulak dibedung. Nak tido, mesti bedung dulu baru dia tido. Agaknya dia rasa selamat macam kene peluk kot..
Lena je tido kalau bedung |
Antara
kebaikan membedung bayi adalah seperti berikut:
*Bayi
yang masih kecil perlu dibedung. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan
bunyi bising di sekelilingnya.
*Kain
bedung yang membalut bayi membuatkan bayi tersa seperti di dalam rahim ibunya.
*Ia
turut membantu mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri
terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.
*Ia
turut mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan
kehangatan pada tubuh bayi serta mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut
(SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.
*Sama
ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat
membantu meredakan tangisan bayi.
*Membantu
penyusuan susu ibu dengan mudah apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.
Tak muat kaki dah tu.. |
Ada
dua jenis teknik membedung bayi.
- Teknik konvensional cara lipatan atau simpulan. Biasanya ia menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung diperbuat daripada kain kapas.
- Teknik
moden iaitu menggunakan kain bedung yang direka khas untuk memudahkan bayi
dibedung dengan penggunaan butang atau pelekat.
Kena bedung pun happy lagi.. |
Sekarang bermacam-macam jenis kain bedung dan design bedung yang dijual. Takde lagi masalah untuk membedung baby..
Selamat membedung baby anda...:)