Bila sebut kolestrol, apa yang anda bayangkan?
Saya bayangkan LEMAK, GEMUK, dan PENYAKIT.
Kita selalu bayangkan kolestrol dengan orang yang bertubuh gempal. Sebab bagi kita, dia banyak lemak, dan bila banyak lemak tentu kolestrol dia tinggi.
Hakikatnya, SALAH sama sekali !
Apa itu KOLESTROL?
Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di
usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran
sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain
itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di
dalam badan.
Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga
mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan
seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di
dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding
makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu
dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam
badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.
Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan
boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular
badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam
badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis
pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol
yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding
arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak
seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
Kenapa pembentukan plak BAHAYA?
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang
pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku
hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan
menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila
saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh
menyebabkan serangan jantung berlaku.
Apabila
arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan
sesorang itu mengalami strok.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang
tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit
jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga
tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis
atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi
keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga
akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan
darah menjadi beku di dalam badan.
Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol
Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan
manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh
membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan
mengubah cara pemakanan harian kita.
Dengan mengelak pengambilan makanan
berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan
tahap kolesterol di dalam badan bukan
sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan
kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.
mengurangkan
pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak
haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap
hari.
Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol
tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian
sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar
pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu anda
dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.
Phytocol-st Shaklee membantu masalah kolestrol
Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.
Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh.
Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan.
Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.
Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari.
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.
Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita.
Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita.
Sentiasa periksa kadar kolestrol anda. Jangan sampai ianya mengundang penyakit BAHAYA dalam diam..;)